hai readers ! sebelum korang baca story ni author minta maaf sngt2 kalau ada yg tertypo ke atau tatabahasa tak betul ke hehe and author harap korang enjoy . Jgn lupa add story ni dekat library korang ok ! tq so much 😘
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Nur Azzahra . Seorang gadis yang berasal dari kampung yang ingin mencari rezeki di KL. Zahra seorang perempuan yang baik dan berpewatakkan menarik serta memiliki wajah yang sangat di idamkan para lelaki. Malangnya Zahra bukannya gadis yang bersosial.
Kedua ibu bapa Zahra meninggal dunia ketika usianya 15 tahun akibat kemalangan jalan raya. Kini Zahra berusia 23 tahun . Betapa hancur hidup Zahra ketika itu tapi Allah masih menyayanginya kerana dia dibesarkan oleh adik arwah ibunya , Risma.
Zahra merasakan hidupnya lebih sunyi setelah makciknya Risma meninggal dunia akibat kanser payu dara. Hidupnya kini sebatang kara. Zahra merancang untuk mencari kerja di KL. Dia berharap mendapat kerja secepat mungkin. Zahra melabuhkan punggungnya diperhentian bas.
"Adik dari mana ? tunggu siapa?". tegur seorang lelaki yang berkulit sawo matang. Dia memandang wajah Zahra tanpa berkelip-kelip. Lebih-lebih lagi Zahra mempunyai kulit putih , rambut yang terurai dan memakai baju putih itu terserlah keayuan di wajahnya.
"Saya dari kampung , saya cuma nak cari kerja dekat sini Encik?". jawab Zahra sambil melemparkan senyum paksa kepada lelaki itu.
" Ish.. janganlah berencik-encik dengan saya . Nama saya Azad Amirudin . Panggil saja abang Azad. saya pemandu teksi dekat sini , kalau adik nak cari kerja abang boleh bantu". ujar Azad kepada Zahra. Zahra mendengar kata-kata Azad itu sungguh gembira . Dia memang betul-betul berharap mendapat kerja secepat mungkin.
"Nama saya Nur Azzahra. panggil Zahra je . Hmm .. betul ni abang nak tolong saya?". tanya Zahra kepada Azad. Azad hanya menggangguk sebagai tanda nak menolong Zahra.
"wah gembiranya saya bang. Tak sangka saya dapat jumpa lelaki sebaik abang dekat KL ni nak tolong saya cari kerja". Kata Zahra sambil mengucap syukur banyak kali. Azad hanya tersenyum memandang gadis itu.
Semasa berada dalam teksi . Mereka berdua hanyut dalam fikiran masing-masing . Azad terus menyapa Zahra. "First time ke Zahra datang KL?". Tegur Azad setelah Zahra lama berdiam dalam teksi itu.
"Err .. iya". jawab Zahra.
"Habis tu Zahra nak abang hantar dekat mana ni?" ujar Azad kepada Zahra sambil memandu. Zahra hanya berdiam diri . Dia memang tak tahu nak pergi kemana . Sebab dia tiada saudara-mara dekat KL ni .
"Tak apalah Zahra tinggal je dekat rumah abang . Okey!". Pelawa Azad kepada Zahra.
"Eh saya tak boleh! saya bukannya kenal abang. abang pun tak kenal saya." jawab Zahra dengan pantas.
"Abang bukan orang jahat pun. Niat abang baik nak bantu Zahra. Sementara je Zahra tinggal dengan abang . Dah dapat kerja bolehlah tinggal rumah sewa lain". Kata Azad yang cuba menyakinkan Zahra.
Sampai sahaja dirumah sewa Azad. Zahra rasa tidak sedap hati dengan lelaki ni ."kenapa berdiri dekat luar , masuklah". ajak Azad sambil memegang tangan Zahra membawanya masuk kedalam rumah.
"Abang Azad jangan sentuh saya!". Tegas Nur Azzahra.
" woww.. wow.. okeyy . I'm sorry". Azad meminta maaf sambil tersenyum sinis memandang tubuh gadis itu. Zahra tidak sedap hati berada dalam rumah Azad . Mahu saja dia beredar daripada situ .
"Zahra duduk dulu ye , abang buatkan air . Zahra kan tetamu abang". lembut Azad.
"Tak payah. Zahra tak haus pun". balas Zahra acuh tak acuh.
"Okeyy ! hmm.. abang bosanlah . Zahra tak bosan ke?". tanya Azad sambil memandang Zahra dari bawah ke atas. Zahra hanya menjeling memandang lelaki bernama Azad ni .
"Tak bosan". Jawab Zahra acuh tak acuh.
Azad tidak henti-henti memandang gadis yang dihadapannya. Zahra memang begitu cantik . Kulit yang putih dan bersih.
"Kata nak tolong carikan saya kerja ? kenapa terus singgah ke rumah awak? Saya datang sini bukan nak menumpang dirumah sesiapa." Ujar Zahra yang tak puas hati dengan soalan Azad.
"Wow ! tegas juga rupanya awak ni kan . I like it". Geram Azad dengan jawapan Zahra kepadanya. Tiba-tiba Azad nekad menyentuh Zahra.
"Eh apa ni ! lepaskan saya! tolong!" jerit Zahra . Azad membaringkan Zahra dilantai lalu menindih tubuh Zahra.
"Kau jeritlah kuat-kuat ! tak dah siapa yang dengar! "ketawa Azad lalu menyembam mukanya ke leher Zahra .
"Argghhh!!". Zahra terus menolak badan Azad sekuat tenaganya dia terus bangun dan melarikan diri dari rumah itu . Dia tidak peduli bahawa dia sudah tidak memakai selipar . Zahra berlari sekuat mungkin untuk melepaskan diri daripada Azad yang berpura-pura baik terhadapnya.
"Heii perempuan kau jangan nak lari dari aku !" jerit Azad sambil mengejar Zahra. Zahra memperlajukan lagi setiap langkahnya . Dia tidak mahu jadi mangsa rogol Azad.
Tiba-tiba...
"Arghhhhh!!" jerit Zahra sekuat hati apabila kereta BMW dihadapannya.
Jangan lupa Vote and komen yer .
YOU ARE READING
Kasih Nur Azzahra
Romance"Arghhh!!! sakitt ! sakitt sangat!" mengalir air mata yang membasahi pipi mulusnya. "Sikit je lagi sayang. Sayang tahan ye. I selalu berada disisi you. itu janji I". Ujarnya yang penuh keyakinan. Tangisan bergema didalam bilik .. nak tahu kisah se...