Aku mengeluh panjang sebelum melangkah keluar dari bilikku. Tetiba saja dia sudah terpacak dihadapan pintu bilikku dengan hanya memakai tuala separas pinggang. Badannya yang berketul ketul dan seksi itu membuat aku tergamam. sungguh terpukau.
"Zahrah I nak you ikut bibik belanja barangan dapur ye. I nak you masak sedap-sedap sebab harini I bawa kawan-kawan I datang ke rumah. sebelum tu you buatkan dulu I breakfast. But the way, you nak sangat cari kerja kan. Okey! I bagi you kerja dalam rumah ni. Faham??! ujarnya sebelum kembali ke biliknya sendiri.
Ishhh! dia ni bagi aku kerja macam tak ikhlas je, serupa macam aku ni hamba dia. Alahai Zahra ni lah akibat orang kampung bertemu dengan jejaka bandar, rasa hina dan maruah dipijak pijak saja.
*********
Dah siap masak. Syukur Alhamdulillah. ucap Zahra dengan nada perlahan sambil menghidang makanan.
Setelah itu kawan- kawan Aryan dah sampai. Mereka duduk di meja makan dan aku sempat terdengar perbualan mereka.
"Amboi Aryan orang gaji baru ke?" seorang lelaki mengenakan tshirt berwarna putih bertanya.
"Ya. baru datang dari kampung." selamba saja dia jawab. Aku membisu tidak berkata sepatah kata pun.
"Emm aku sekarang confius, ni orang gaji ke atau bidadari? lawa sangat ni fuhh," seorang lelaki lagi bersuara sambil tersenyum manis ke arahku. Alamak malu pula rasanya kena puji.
"Mesti best kan datang dari kampung, lepastu tinggal dirumah besar , then dapat kerja dekat rumah orang kaya macam ni? Dulu mesti duduk rumah papan je sekarang duduk rumah batu dan beraircond. Mesti kau sekarang tengah syok kan?. Wanita semalam bersuara iaitu Angel. Aku geram sungguh bila menerima penghinaan macam tu. Kau ingat aku nak sangat tinggal dengan jantan ni ke hah?
"Angel tak baik tau kau cakap macam tu". Lelaki yang memuji aku mempertahankan maruah ku.
"Kau nak bela dia ni kenapa Pasha? Terpikat ke? kau jaga-jaga Pasha. Orang kampung macam ni pandai guna-guna. Esok lusa bakal hanyut la kau ni".
"Mulut takde insurans betul lah perempuan ni!"
"Eh kau cakap tu elok sikit. Aku bukan perempuan macam kau yang tergedik sana tergedik sini. Make up tebal macam hantu Kak Limah. Jangan ingat saya ni takde maruah ye. Tolong beringat sikit". Kain ditangan yang aku pegang erat-erat takut melayang kat mulut perempuan sial ni.
"Sayangggg, tengok orang gaji you cakap dekat I. Dia tidak hormat I langsung". Dia mencapai tangan Aryan Marquez dan mula mengusap lembut tangannya.
"Dah-dah . Angel? Zahra? stop! heii korang ni aku nak makan pun hilang selera dengar bahasa korang ni. Tak hormat langsung orang tengah makan sempat pula korang berdebat ye". Ujar Aryan dengan nada bengang .
Pasha hanya berdiam diri sambil menikmati makanan yang lazat.
Tapii sayangggg , perempuan ni mulakan dulu tau? Dia cakap I bukan-bukan . paling I tak tahan dia cakap muka I macam hantu Kak Limah". Sakit hati Angel dengar perkataan tu.
"You pun satu jangan mulakan boleh tak? I tak suka you start dulu. Haa mendapatlah". Respon Aryan yang simple terhadap Angel.
Angel hanya mencebik tidak berpuas hati respon Aryan.
Zahra terus masuk dapur. menyampah pula lama-lama dekat meja makan tu. Tapi dia tak rasa bahagia pun even Aryan bela dia. Memang patut pun si Angel tu yang bersalah.
Hai guys korang rasa kenapa Aryan tak bela Angel? Korang rasa kenapa erk?? cubaa teka 😂😂
YOU ARE READING
Kasih Nur Azzahra
Romance"Arghhh!!! sakitt ! sakitt sangat!" mengalir air mata yang membasahi pipi mulusnya. "Sikit je lagi sayang. Sayang tahan ye. I selalu berada disisi you. itu janji I". Ujarnya yang penuh keyakinan. Tangisan bergema didalam bilik .. nak tahu kisah se...