Syahzana pantas mencapai kunci kereta. Dia berlari menuju ke kereta swift putih yang elok terpakir di halaman rumah tuan Ahmad.
Matilah aku! Aku dah lambat sangat ni. Tu lah syah, galak sangat marathon Legend Of The Blue Sea sampai tido pukul 3 pagi syah? Pekena ni?
Kereta dibawa selaju boleh. Biarlah kene saman. Dia tak kesah. Asalkan dia sampai sebelum pukul 9.00. Jam dikerling sekilas. 8.50!
Yes! Baru sampai simpang ampat dah 8.50. Perjalanan tersebut memerlukan lebih kurang 40 minit.
Good job syah, good job! Baru sebulan kerja dah buat hal. Salute lah syah! Eh tak, semua ni salah Lee Min Ho. Dia yang buat aku terpaku sepertinya diriku yang mahu diri kamu~~ eh, sempat lagi!
Pedal minyak ditekan. Satu satu kereta dipotongnya. Bunyi hon dihadiahkan oleh pemandu lain buat Syahzana. Ah, peduli apa aku! Mesyuarat untuk guru guru bahasa melayu sekitar negeri sembilan ini wajib dihadiri mengikut masa yang telah ditetapkan. Ulang eh syah, masa yang telah ditetapkan!
Haih, ujian! Selekoh terakhir dan syahzana pantas memarkir kereta di bawah garaj. Beg tangan, file merah jambu dan beg laptop dicekau. Kereta tak sempat dikunci, dia terus berlari menuju bilik mesyuarat.
Takpe, relaks syah. Baru 9.30. Awal lagi. Dia berdiri tegak. Tudung dibetulkan dan peluh di dahi dilap. Tombol dibuka dan....
Mana? Mana semua orang ni? Asal kosong je bilik ni. Kaki diaturkan ke pejabat sekolah.
"Kak Mar, kenapa bilik mesyuarat kosong je? Bukan ada mesyuarat ke?" Soalan itu dibalas tepukan dahi oleh Kak Mar. Hai cikgu satu ni! " Syahzana oii, mesyuarat dibatalkan lah. Proceed minggu depan. Takkan kau tak dapat message. Dalam group sekolah kan dah bagitau. Haish kau ni, lupa lah tu"
Mulut terbuka luas. Rahang mulut bagai diisi batu bata.
"Ha?! Saya tak tau pun" protes Syahzana. Mana adil! Penat bawak keta 180km/j tadi last last mesyuarat tak jadi. "Mana nak ditaunyaa kalau kerja asyik mengejar min ho min ho kau tuuuu!!"
Syahzana terdiam. Haishh kantoii sudah. "Lee min ho lah kak. Jangan salah sebut. Berdosa!"
" eleh, hukum sesat!" Mereka berdua menghamburkan tawa sebelum Syahzana mengundurkan diri dan menapak ke bilik guru!"
Sabau jelah Syah.
___"Okay saya nasihatkan, dah nak dekat SPM ni jangan nak berangan lagi, fokus dekat target. Ingat tips tips peperiksaan yang saya dah bagitahu. Jangan sia sia kan masa dan tenaga kamu. Saya doakan kamu berjaya semua. Itu saja terima kasih."
Syahzana menapak keluar dari kelas. Buku di tangan diperkemaskan. Haish.. penat jugak jadi cikgu ni. Tu laa. Dulu kemain kau nak jadi doktor lah bagai. Sekali pekse memain. Dah padan muka kau kene humban kat maktab perguruan tu.
Hmm tapi okaylah lepastu kau kene masuk sekolah menengah. Kalau kau kene ngajar sekolah rendah. Haa lagi teruk. Ah dah dah lah tu merepek.
"Assalamalaikum" Syahzana pantas menoleh menghadap gerangan yang bersuara itu. " Eh Cikgu Hafiz, waalaikumsalam."
"Tengah fikir apa sampai berkerut kerut dahi tu ?" Soal dia. Hish sebok betul lah dia ni. Sukahati aku laa nak pikir apa.
" Tengah pikir kucing kat umah tu beranak bape kali" kata Syahzana selamba tanpa sebarang riak di muka.
"Haish cikgu ni, garang betul" adu cikgu hafiz. Syah ketawa perlahan. "Okay lah saya masuk dulu eh" aju Syahzana bila dia sudah sampai di hadapan bilik guru perempuan.
Bilik guru lelaki hanyalah bersebalahan dengannya. Cuma dipisahkan dengan aturan almari.
"Oh okay assalamualaikum" katanya. Aku meluri masuk setelah menjawab salamnya. Haish..penatnya lahaii.. aku buka whatsapp family. Entah apa riuhnya sampai 200 lebih conversation.
Mak ngah: kenduri pukul berapa dik?
Ibu: pukul 3.00 kak. Tapi datang lah awal sikit nak prepare apa yang patut.
Eh.. kenduri apa pulak ni. Tibe tibe je. Kenduri arwah ke, ke doa selamat.Angah💕: okay. Secara rasmi angah jemput semua saudara mara datang rumah ibu angah pada minggu hadapan bersamaan 3/9 untuk sama sama kita memeriahkan majlis upacara cukurjambul anak angah yang ketiga,Aiman.
Ouh, cukur jambul Aiman. Ingat ape lah tadi. Aku tutup kembali handphone. Buku yang menimbun masih belum diperiksa ku pandang sekilas. Aduyaii.. bebannya jadi cikgu.Dulu ingat best. Boleh denda budak, marah budak. Hakikatnya.. haishh.
Sempat ke nak tanda semua buku ni. Minggu depan dah majlis cukur jambul aiman.
Hmm.
Jap! Kalau majlis aiman mesti ada mak Aiman.
Kalau ada mak Aiman confirm ada family mak Aiman.
Kalau ada family mak Aiman, mesti ada ...........
Tak!!!!!

YOU ARE READING
Cinta Bukan Kau
RomanceTak tau pula rasa cinta ini indah Indah dan sukar untuk gambarkan, ungkapkan. Sungguh aku tak menyesal jatuh cinta. 20 tahun bernafas di muka bumi baru pertama kali rasa cinta ini berputik pada Arya . Tiap kali jumpa pasti bertukar rasa. Ya Allah. A...