" Nak makan kat mana ni?" soal Aryan.
Syahzana disebelah menoleh sekilas. "Makan dekat Steamboat sebelah simpang tu la"
Aryan mengangguk kemudian memulas stereng kereta ke arah kedai kegemaran kekasihnya.
Kekasih?
Ya, setelah Aryan berterus terang Syahzana tidak terus menerima. Dalam beberapa minggu baru dia memberikan jawapannya.
Nak kata Syahzana tak risau. Dia risau juga. Risau apa yang dikatakan oleh Zamri benar benar berlaku dan terjadi pada dirinya sendiri.
Tapi,
Katanya tak kenal maka tak cinta.
Jadi dia mengambil keputusan untuk kenal kenal dahulu. Apa salahnya, memang dia sukakan Aryan dari dahulu lagi."Terima kasih eh terima saya" luah Aryan. Syahzana tersenyum. Bahagia rasanya.
"apa yang membuatkan awak pilih saya ek?"
"Hmm. Entah lah"
"Takdelah mesti ada sebab kan. Saja saya nak tau seb..."
"mencintai kerana harta itu kesempatan, mencintai kerana rupa itu kesian, mencintai kerana tidak tahu sebab mencintai adalah cinta yang sesungguhnya. Kerana sesungguhnya cinta tidak perlukan alasan untuk mencinta"
Syahzana terdiam. Susah lah dapat marka kuat jiwang ni. Dia tersenyum sendiri.
----------
Suapan terakhir itu Syahzana suakan kemulutnya.
"awak. Amanda tau tak pasal kita?"
"Hmm.. I think so la"
"Jadi awak tak risau?"
"Saya tak de rasa risau. Dia bukan attack saya pun. Hahahahaah" tawa Aryan. Suka mengenakan kekasihnya itu.
"Awakkk!!!"
"Hahahaha.." Aryan menghabiskan tawa sebelum menyambung kata.
"Nah.. No worries lah sayang. Saya ada dekat sini jaga awak."
"Jap jap. Apa awak cakap tadi?" Syahzana ingin kepastian.
"cakap apa?"
"tak tadi awak cakap apa?"
"saya dekat sini ada jaga awak"
"No before that"
"What? sayang?"
"Yea..that word. Hahahah" hatinya berbunga malu.
Aryan menggeleng tergelak.
"So awak kene hati hati sikit eh. Tak semua orang kita boleh percaya. Lagi lagi orang yang paling kita sayang" nasihat Aryan.
"ha? What do you mean?"
"No. Just reminding"
"Ouh I see." entahlah. Sekarang yang Syahzana tahu dia rasa bajagia. Rasa gembira.
Kejap kejap datang juga peringatang Zamri.
"erm..awak"
Aryan yang sedang menghabiskan makanan mengangkat muka. "ye?"
"Erm haritu Zamri...
Ting! Ting! Ting!
Aryan mengangkat telefon. "Ouh okay okay. Saya kesana sekarang.
"Syah sorry. I have to go. I hantar you balik sekarang eh"
Syah mengangguk. Dia melepaskan hela.

YOU ARE READING
Cinta Bukan Kau
RomanceTak tau pula rasa cinta ini indah Indah dan sukar untuk gambarkan, ungkapkan. Sungguh aku tak menyesal jatuh cinta. 20 tahun bernafas di muka bumi baru pertama kali rasa cinta ini berputik pada Arya . Tiap kali jumpa pasti bertukar rasa. Ya Allah. A...