2

9 0 0
                                    


Terima kasih kerana sudi lagi membaca 💕

"Assalamualaikummmmm!!!! Umiiiii ooo umii!!" Jerit Syahzana. Kunci kereta dibaling ke atas meja sebelum dia berlari ke dapur.

"Hesy anak dara sape ni terpekik terlolong. Tak molek haih!" Tangan Puan Hasina mendarat je perut kempis gadis muda itu. "Aduh! Aduh!Sakit lah umi. Sakit!! Alaa umi ni kakak bukan selalunya balik. Kakak balik ni bising lah sikit rumah ni" tangan Syahzana mengusap-usap perutnya yang sudah menjadi mangsa. Muncung panjang sedepa ditarik.

Tak sporting larh umi neh! " angah bila balik umi?" Soal syahzana. Seketul cekodok goreng kegemarannya di capai lantas selamat medarat ke mulut.

" adoii!! Panass hah hah hah" dia memuntahkan kembali cekodok itu kedalam sinki. Lidah dijelirkan dengan harapan lecuran itu bertambah reda.

" ha tulah padahnya, umi ni pon tak makan lagi kakak sedap sedap makan ea. Padan muka!" Aduh, umi dah start perangai budak budak dia tu. Cemberut syahzana semakin panjang ditarik.

" Angah balik minggu depan bawak anak isteri dia. Ada kenduri cukur jambul aiman, takkan kakak tak ingat? " umi mengangkat cekodok goreng setelah warna kekuningan.

" oh haah. Lupa pulak. Kakak kene ada ke umi? " raut wajah Syahzana bagai merayu supaya umi katakan tidak. umi diam seperti memikirkan sesuatu. " umi..." tak sempat umi meneruskan kata, bunyi pintu gate terbuka memecah ruang suasana. " abah dah balik. Nah kakak angkat kejap cekodok ni umi nak sambut abah." Umi menghulurkan sudip itu kepada Syahzana.

Syahzana memandang uminya sekilas. Umi membetulkan rambut yang terburai kedepan, apron umi sangkutkan di kerusi. Memang rutin harian umi menyalam menyambut abah tika pergi dan pulang dari kerja. Tidak disangkal lagi umi memang isteri yang baik. Biarpun disatukan dalam keadaan terpaksa, satu tanggungjawab sebagai isteri tidak terlepas dari bahunya. That's why umi was the best idole for her children.

Eh, dah hangus cekodok ni. Pantas syahzana mencapai tapis dan mencedok cekodok ke dalam penapis. Aduh! Sudah hangus semuanya dong. Udah kayak cekodok hitam. Gimana ni??

Ting!Ting!💡
Idea sudah mali maa!!

Ditergolekkan cekodok itu ke dalam tong sampah hitam, alang alang sampah dah penuh kita buang sajalah. Api ditutup. Syahzana mencapai tong hitam itu dan berlalu ke belakang rumah. Matanya meng'aim' tong sampah besar itu. Dibaling nya plastik itu dan GOALLL!!!✔⚽🎊 tepat pada sasaran. Syahzana tersenyum bangga. Dia mengorak langkah menuju semula ke dapur.

Tuan Ahmad bersama Puan Haslina elok duduk di meja makan. Syahzana duduk bersebelahan ibunya. " hai abah, " Syahzana melambaikan tapak tangannya. Tuan Ahmad tersengih mengangguk.

" kakak balik kan minggu depan? " ah sudah. Bila abah berbicara mesti tanya soalan cepucemas. Syahzana menayangkan sengihan bak kera sumbang. "Tersengih sengih, jawab lah" jeling umi. Lahaii umi ni. Cover lah kakak!

"Balik kot" syahzana menghela keluhan panjang. Dia beru ura untuk bangun namun dihalang pantas. "Balik lah eh. Dah lama kan tak jumpa asha, arman dengan aiman. Diorang mesti rindu acu diorang " pujuk ibu. Lagaknya seperti faham apa yang bermain di fikiran anak gadisnya sekarang. Syahzana hanya senyum mengangguk.

Asha Arman dan Aiman adalah anak abang syahzana iaitu syazwan. Syahzana mempunyai 2 abang. Dan semestinya Syahzana satu satunya puteri dalam keluarga kecil itu. Kerana itu lah dia yang paling rapat dengan ibunya. Anak sulung puan Hasina, Syukri telahpun berkahwin dan menetap di United Kingdom bekerja sebagai doktor perubatan ditemani isterinya yang juga bekerjaya sebagai doktor. Akibat kesibukan bekerja, mereka masih memilih untuk 'berdua'

Syazwan, anak kedua dan menetap di bukit jalil. Bekerja sebagai pensyarah dan isterinya sebagai guru tadika. Dikurniakan tiga cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.

Dan akhir sekali, Syahzana. Gadis kalut yang beperwatakan biasa biasa. Muka pure melayu. Berumur 23 tahun. Muda 5 tahun dari syazwan dan 7 tahun dari syukri.

_____

Mata dilelapkan secara paksa. Hatinya masih gusar memikirkan sabtu minggu depan. Apa alasan nak bagi ek, mesyuarat? Atau ada kursus? Atau ada bengkel SPM?.

Haish Syah, baru bape tahun hidup dah pandai menipu eh. Umi abah tak pernah ajar kau menipu. Aduhai, serba salah pulak nak tipu dorang ni. Hmm.. kau hadap jelah Syah. Dia bukan sape sape lagi dalam hidup kau.

Kau patut buka hati kau untuk orang lain. Semua lelaki tak sama Syah.

Haih.. sakit hati ni belom hilang lagi, nak cari pengganti. Memang tak lah.

Tapi bila kenangkan apa yang dia buat kat aku..

Air mata diseka. Entah bila dia keluar Syahzana tak tau. Syah kau dah janji tak nak nangis pasal bende yang sama kan? Kau janji kan syah?

Hmm.. ye aku janji!!

Cinta Bukan KauWhere stories live. Discover now