10

6 0 0
                                    

Tudung bawal ikat belakang menjadi sarunganku dalam menyertai majlis rewang bersama di rumah Kak Sakinah. Dengan baju-T labuh dipadankan dengan seluar tracksuit hitam kami bersilat bersama.

Kerja potong memotong sudah sinonim dengan muka ini. Termasuklah memotong ayam melapah daging dan sebagainya.

Beberapa menu ringan seperti menggoreng papadom dengan pantas ku siapkan.

Aryan?

Sampai bila aku nak lari dari dia sedangkan lambat laun berjumpa juga. Jadi aku membuat keputusan untuk hadap keadaan ini sekarang.

Aryan belum sampai lagi. Dia perlu menguruskan kerja di luar negeri tengahari tadi. Kata mereka dia akan sampai pada malam sedikit.

Setelah selesai menyiapkan bahan bahan untuk dimasak esok hari, kami bersama mengemas barang barang yang telah digunakan.

Aku seperti biasa mengambil kontrak basuh membasuh. Sudah menjadi kegemaran aku dalam apa apa majlis. Entah mengapa, mungkin kerana suka bermain air kot.

"Eh syah, sebelum kau duduk situ, kau pergi kutip cawan cawan dekat depan yang pakcik pakcik kau guna tu" laung Mak Nit dari jauh.

Ah sudah! Ni yang maleh ni. Bukan apa, malas hendak tayang muka. Nanti macam macam soalan diajukan.

Aku mengangguk senyum. Tak mahu dilabel biadap. Nama baik ibu ayah perlu dijaga walaupun hanya dihadapan saudara mara.

Langkah diaturkan pada khemah hadapan. Jam dikilas. '11.30 malam'. Mata dihadapkan kehadapan.

Zap!

Setelah dua tahun tidak bertemu. Kelibat Aryan benar dihadapannya. Fizikalnya sedikit pun tidak berubah. Tetap kacak seperti dahulu. Kemas berkemeja dengan bahagian lengan dilipat. Cukup membuat mana mana hati terjatuh.

Hish, cukup Syah. Awak dah move on!

Aku membuka ikatan tudung dibelakang dan bawa kehadapan kemudian disimpulkan separas pusat. Dulang ditangan diperkemaskan.

Dengan tenang aku mengatur langkah.

Sampai sahaja di meja bulat yang terletak di bahagian tengah khemah, aku terus mengutip semua cawan dan jug kotor tanpa memandang sekeliling.

Dulang sudahpun penuh. Syahzana mula mengatur langkah.

"Eh Syahzana meh sini, ada lagi cawan kotor sini" suara Pak Cheq memecah ruang.

Terlihat Aryan yang membelakangiki sedikit terkejut dan menoleh menghadapku. Allah! Berdebarnya Ya Allah.

Takpe syah. Relax. Takde apa pun. Dia tak makan kau pun.

Syahzana mengukir senyuman dan menukar arah ke meja di bahagian hujung khemah.  Dengan mata yang hanya menunduk ke bawah, aku kutip cawan cawan yang telah mereka gunakan.

Suasana masih membisu. Alaa alak diam ni memasing?

"Syahzana  buat apa sekarang ni? Belajar?" akhirnya Pak Andak bersuara. Aku mengukir senyuman dahulu sebelum mengatur ayat

"Sekarang mengajar dekat sekolah menengah je. Praktikal" tenang aku menjawab. Setelah semua cawan dikutip aku kemudian meminta diri.

"Syah pergi belakang dulu eh" sempat aku memandang Aryan sekilas yang daripada tadi tekun menenungku.

Dengan pantas kaki ini melangkah. Hish...nasib takde pape jadi.

Cinta Bukan KauWhere stories live. Discover now