9

14 0 0
                                    


"Saya sayang awak. Yea really. Saya sayang awak"

"Saya ikhlas dengan awak. Saya betul betul sayang kan awak"

"mencintai kerana harta itu kesempatan, mencintai kerana rupa itu kesian, mencintai kerana tidak tahu sebab mencintai adalah cinta yang sesungguhnya. Kerana sesungguhnya cinta tidak perlukan alasan untuk mencinta"

"no worries, sayang. saya ada dekat sini jaga awak"

Satu satu memori lama singgah di kotak fikirannya. Air mata yang sudah lama bertakung itu mulai mengalir.

Pipi yang dulunya tebam mulai cengkung. Tak pernah kering dek air mata.

"betul apa kau cakap Aryan. Jangan terlampau percaya dengan orang. Lagi lagi orang yang paling kita sayang. Silap aku kerana terlampau sayang"

Mutiara jernih itu jatuh lagi ke pipi.

Tok! Tok!

"Syah sayang. Bukak pintu ni sayang. Syah tak makan dari semalam kan? Bagi umi masuk ye sayang?"

Syahzana mengangkat muka. Benar dia lapar. Dia sangat lapar. Balik dari semalam tiada sesuap  pun dia jamah. Tetapi sehingga sekarang dia tidak punya selera.

"Tak..takpe umi. Syah tak lapar"

"Syah sekurang kurangnya bagi umi masuk ye sayang" Puan Hasina memujuk. Sungguh dia risau akan anaknya.

Daun pintu terbuka. Terpapar muka pucat Syahzana.

Puan Hasina meletakkan dulang makanan di meja dan terus mendapatkan puteri tunggalnya. Dipeluk erat anaknya.

"Sabar sayang sabar ye"

Tangisan Syahzana semakin kuat. Pelukan semakin erat.  Hatinya semakin lega. Benar umilah tempat dia meluahkan segala.

" syah tak kuat umi. Syah penat. Syah tak pernah lalui keadaan macam ni umi. Syah tak tau macam mana nak handle."

"sabar eh syah. Tadi Umi ada call kak Sakinah kamu. Katanya family Aryan tak tahu menahu lansung pasal kamu dan dia" terang umi. Ini tujuan sebenar dia ingin sampaikan.

Syahzana memejam mata mengerat pelukan menarik hela memperoleh kekuatan.

----------

Kini sudah dua tahun berlalu. Tiada khabar berita dari Aryan selain 'Ini semua salah faham'. Secebis nota darj Aryan buatnya. Dia sedaya upaya mengelak daripada bertembung dengan Aryan.

Dia tidak mahu menyimpan dendam. Jadi dia mengambil langkah untuk terus 'move on'. Kak Sakinah pernah juga lah sekali memohon maaf atas perbuatan adiknya.

'Takpe kak. Saya tahu tu salah faham. Tapi cukuplah sampai sini sahaja antara kami'

Benar kata Kak Sakinah, Aryan tidak pernah memaklumkan perihal ini pada mereka. Kak Sakinah pun tahu melalui umi. Yang lebih menyakitkan hati apabila Zamri memberitahu hubungan Aryan dan Amanda semakin diketahui ramai.

Tidak mengapa Syah. Mungkin ini titik permulaan kau hendak kenal tentang cinta. Cinta yang bawa dua rasa. Bahagia dan derita.

Cinta Bukan KauWhere stories live. Discover now