11

12 0 0
                                    

     "Syah, dah la tu, dah nak pagi ni. Karang esok sambung. Kita tidur dulu" nyata umi seraya ingin mengatur langkah ke bilik.

     Aku yang sedang menyangkung membasuh saki baki periuk yang digunakan semasa menyediakan hidangan pada esok hari menyahut. "Tak apa umi, sikit je lagi ni"

     Umi mengangguk lalu melangkah ke bilik. Beberapa periuk lagi dan aku siap membasuh. Kain lembap di tepi sinki aku capai untuk membersihkan tembok bahagian memasak.

     Ramai jugak jiran dan mak mak saudara belah ibu dan ayah yang datang. Rasa seperti malam raya apabila semua sibuk mengerah tenaga. Pada aku adat melayu yang ini yang patut masyarakat kita budayakan. Silaturahim dapat dieratkan. Salahfaham dapat dibetulkan.

 
     Banyak sebenarnya adat melayu yang elok dipraktikkan. Cuma pengamalnya sahaja yang tidak mahu.


     Okay, pinggan mangkuk dah siap basuh, dapur gas dah siap lap. Settle. Kini aku sudah boleh naik dan tidur.

     Klak! Bunyi cawan berlaga. Aku tersentak. Aku seorang sahaja yang ada disini. Mana mungkin angin mampu meniupkan barang seberat gelas itu sendiri.

     "Maaf ye. Ada cawan lagi ni tadi awak belum kutip" sebaik mendenganr suara itu aku menghembus nafas lega. Nasib yang dibelakang itu manusia biasa. Bukan jelmaan ghaib.

      Aku berpaling ke belakang. Seperti yang aku agak, itu 'dia'. Takpe syah, tenang. Relax. Dia bukan makan kau pun.

     Aku menarik senyuman ringkas. "Takpe letak je situ nanti saya basuhkan" lega apabila masih mampu mengungkapkan kata.

     "Syah, saya nak mintak maaf..."

     "Let just not talk about that" Aku memejamkan mata. Menahan tangis.

     "No syah, apa yang awak nampak tu hanya salah faham. No I means..."

     "Saya masuk dulu" cawan yang berbaki itu aku tinggalkan. Esok esok boleh basuh. Tapi memang aku tak nak cakap pasal bende ni.

     Makan tahun untuk aku lupakan kisah cinta perit ini. Perlahan lahan tangga dapur aku daki. 

     Ku lirik Aryan yang masih memerhatikanku. Terbit rasa kasihan pada dia.

     Bukan tak nak dengar penjelasan dari pihaknya tapi cukuplah yang lepas biarkan lepas. Tak usah diungkit ungkit lagi. Aku takut luka lama kembali berdarah.

      Tombol pintu bilik emak kupulas. Bilikku dihuni oleh keluarga Mak Teh dan Mak Cik.
Bilik umi kuredah. Debaran tadi kian menghilang.

      Sakit itu aku tak mahu ulang. Silap aku terlalu senang buka hati ini. Hati yang masih baru dalam alam percintaan. Kata orang masih belum bersedia untuk menerima sesiapa. Biarlah luka berparut ini hilang sebelum aku mula kisah yang baru.

      Esok pasti memenatkan. Get yourself enough rest syah. Lupakan dia. Aku memejam mata erat. Sejenak mutiara kaca jatuh dari mata ku. Sakit itu masih aku rasa

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Bukan KauWhere stories live. Discover now