Bab 1 : Coretan Memori

744 40 9
                                    

Bismillahirrahmanirrahim.

Zaman sekolah menengah, Form 3,

Kecoh satu aspura bila aku dapat surat cinta. Ni semua Suhaimi punya pasal la nih, mulut tempayan dia tuh tak boleh nak tutup langsung. Sekarang satu aspura tahu Siti Humairah tu syok kat aku. Perasaan aku? Aku tak kisah pasal aku bukan minat sangat nak layan bende-bende macam nih. Bukan nak bajet hot tapi aku memang dah biasa dapat love letter, just kali ni kecoh sebab surat tu terlepas kat tangan Suhaimi.. kesian kat Siti Humairah tuh, lepas ni mesti teruk dia kene usik. Nak bela lebih-lebih pun aku tak berani, tak pasal-pasal nanti diorang cakap aku pulak yang syok kat dia.

Zaman sekolah menengah, Form 4.

Siti Humairah menggemparkan satu sekolah dengan keputusan PMR-nya yang cemerlang. Satu sekolah kecoh sebab Siti Humairah ni budak kelas bawah-bawah yang selalu dapat bottom 3 jer dalam batch. Semua cikgu yang suka kutuk dia dalam kelas dulu macam nak terbeliak je biji mata bila tengok result board tuh. Cikgu Asiah, guru kelas dia jer yang kool sebab beberapa bulan sebelum PMR memang dia ade nampak improvement dalam pelajaran Humairah ni.

 Saje tulis pasal Humairah ni, bagi aku persistent dia tu kena contohi...usaha tangga kejayaan. Kan...dah dapat kaler terbang....

Aku takpernah ambil tahu lagi pasal Humairah sebab lepas tuh aku pindah sekolah. Dengan result straight A aku melanjutkan pelajaran kat sekolah asrama penuh. Aku tak pernah fikir pun Humairah tu akan masuk balik dalam hidup aku sampai la sebulan berlalu. Humaira masuk ke sekolah yang sama dengan aku sebagai second intake dan kali ini dia jadi classmate aku.

Perasaan aku?

Takde la rase truja ke aper time tuh. Biasa jer. Aku just rase macam " Owh, ade gak ex-schoolmate aku kt sini.." and thats it. Takde rase lain.

Tapi sebab dia classmate aku timetuh aku nampak la yang kehidupan dia kat sini tidak mudah. Berbanding dengan budak-budak lain dia ni agak slow dalam pelajaran dia. Lagi-lagi bila dah duduk science stream. Nampak sangat dia struggle memahami pelajaran menengah tinggi yang lebih susah. Asyik-asyik blur pon ade gak. Cikgu tanya pape dia selalu tak dapat jawab. Tidur dalam kelas laa. Humairah, Humairah....

Sedikit sebanyak rasa simpati aku mengalir kat dia ni. Bukan aku tak nampak effort dia, bila dia bertanya itu ini, orang lain pon jenuh dengan homework memasing yang melambak. Dia ni pulak jenis yang lambat menangkap, lagi la.. orang malas nak ajar dia. Lagipon ini SBP, semua orang pon struggle nak jadi yang terbaik. Kapitalis sikitlah sebenarnya.

 Nak cakap dia tak berdoa , selalu jugak aku tengok dia ni terkejar-kejar waktu rehat untuk solat dhuha. Aku tahu la, sebab haritu masa aku puasa aku ada ternampak dia kat surau tu tengah solat time rehat.

Aku try tolong dia kalau ade study group ramai-ramai. Kebetulan, kitorang satu group study kat sini. Tapi tak banyak yang aku boleh tolong sebenarnya , tolong lebih-lebih kang tak pasal-pasal pula kene gosip.

       Lagipun, kat sini ikhtilat kene jage, kalau aku ade masa free pon takkan nak berdua-duaan study dengan dia. Boleh kene tangkap khalwat dengan Badan Dakwah dan Rohani a.k.a BADAR kat sini woo..
Jadi, untuk mengelakkan sebarang salah faham aku treat dia dingin sedikit daripada orang lain. Kalau orang lain aku garang 20 peratus je, aku akan garang dengan dia 80 peratus lagi-lagi bila depan orang lain.  Buat-buat marah jer tapi lepas tuh aku tolong jugak dia.

Tujuan aku sebenarnya nak letak line antara kitorang. Aku nak dia clear yang aku takda niat lain selain membantu dia. Risau jugak kalau dia ni menanam harapan lagi kat aku, padahal aku tak anggap dia lebih dari seorang kawan.

Muka dia kene marah ngan aku memang obvious sangat macam nak nangis. Kesian dia..anak manja la katekan..kene buli sikit da emo... ke sebenarnya aku rase aku ni yang terer berdrama?. Kalau bro Syamsul Yusof nampak bakat terpendam aku ni mesti die offer aku berlakon. Yelah tu...tapi entah kenapa.. bila aku tengok si Humairah nih kene buli, bukan simpati yang aku rase, rase macam lawak dan seronok pulak kenakan dia.  Haha.

Aku ni takde la kejam sangat...kadang-kadang kalau dia nak pinjam nota ke ape aku bagi jer, aku dahulukan dia lagituh, sebab aku rase dia lebih memerlukan nota tu dari orang lain. Baik la jugak aku ni kan..

Zaman sekolah menengah form 5,

Masuk ke alam form 5 cuma satu jer matlamat budak-budak  kat sini,..mesti dapat straight A plus-plus SPM.

 Pasal Humairah? Antara budak form 5 dia adelah yang paling terkenal kat sini..sebab? err..

 1. suka bertanya itu dan ini dalam kelas, kalau boleh semua bende dia nak tanya... cikgu pon sampai dah takut dengan dia ni...

2.  muka bottom 10 dalam batch,

3.   orang yang ade dalam list kelas "Menggilap Permata" setiap subjek teras dan..

4.     muka gelabah dia  paling kelakar untuk ditonton setiap kali buat presentation solo.

Oh ya...

5.   dia jugak femes antara budak batch aku sebab dia nih "lone ranger". Selalu orang nampak dia sesorang jer dan lagi banyak bercampur dengan junior dari batch sendiri. Dia ni takde besfren ke ? ...hmm..

Budak puteri pon macam tak da yang nak geng dengan dia. Kenapa ae? Aku pon tak faham, Humairah ni ade kutu ke? Bawak virus ke? ...

Kisah zaman sekolah di wrap-up dengan dengan peperiksaan SPM yang menjadi mimpi siang malam budak fom 5. Beberapa bulan kemudian keputusan SPM diumumkan. Mase ambil result SPM tu aku saje beratur belakang Humairah. Tetibe rase macam nak tahu sangat pasal result dia daripada amek tahu pasal result aku sendiri.

Aku tersenyum bila aku nampak result dia daripada belakang. 10 A-, 1 B+. Alhamdulillah, tak teruk pon . Tak sia-sia aku volunteer gilap "permata" dia ni. Tapi aku sembunyikan senyum aku bila dia menoleh ke belakang. Mata kami bertembung dan aku nampak kolam matanya bertakung. Muka nak nangis la tu. Dia tunduk dan kemudian berlalu dari situ.

Aku biarkan jer la, ape korang ingat ni citer hindustan nak kejar-mengejar?.. Ah..lapangnya hati. Aku tumpang gembira walaupun bukan itu result aku.

Berakhirnya hari itu bermakna berakhir juga zaman persekolahan kami. Dia datang kepada aku dan menyerahkankan kembali nota yang dipinjam nya dulu.

Di rumah aku menemui sesuatu ketika mengemas buku. Di dalam nota yang dipulangkan Humairah terjatuh satu lipatan kertas yang berkemut. Sebelah nota itu diconteng dengan kiraan matematik di satu belah pula tertulis sesuatu..

" Meeting you was a fate, following you there was a choice, but loving you is beyond my control..sorry...and thank you."

Wah...power ayat dia. Google ke ape..

Aku nak gelak tapi tak jadi...entah kenapa aku rasa ayat itu ditulis untuk aku...

7  tahun berlalu.

Sejak haritu aku tak pernah jumpa Humairah lagi. Masa berlalu dan aku juga sudah lupa pasal dia. Sekarang aku berjaya menghabiskan pengajianku dalam jurusan perubatan di sebuah universiti swasta tempatan dan bergelar seorang housemen di sebuah hospital di ibu kota.Pembelajaran aku ditanggung sepenuhnya oleh sebuah NGO terkemuka. Semua itu atas izin Allah melalui keputusan SPM aku yang cemerlang.

Memasuki dunia mahasiswa, aku banyak terdedah dengan perkara baru. Terlalu banyak persatuan dan fahaman seputar isu agama, politik dan sahshiah. Macam-macam orang yang aku jumpa, ada yang terlalu sosial, ada yang terlalu fanatik tokoh-tokoh tertentu, tak kurang juga yang asyik-asyik ajak aku masuk peniagaan MLM dia.

Terdedah dengan pelbagai ragam dan fahaman, membuatkan aku lebih berhati-hati memilih kawan. Dan melalui itulah aku mula terjebak dengan geng-geng tarbiyyah.

***
Bersambung..

Ikhwah Perfect 10Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang