BAB 1

21.6K 592 8
                                    

"Woi! Mak kau melatah tak melatah!" Bergema kelas 5 Sains Tulen 2 apabila terdengar seseorang melatah.

Perut sudah mahu pecah. Tawa semakin menjadi-jadi. Dirinya juga terlibat dalam tawa ini. Sudah dia tidak endah terhadap mata yang mencerlung ke arahnya. Namun, segera dia menghentikan tawanya.

"Asya, relakslah. Jangan marah. Gurau je pun." Ujarnya sambil menghadiahkan segaris senyuman. Natasya, rakan yang dianggap sehidup sematinya. Pandangan maut mematikan gurauan Natasya.

Hampir beberapa saat, dia mula mengukir senyum sebelum memecahkan ketawanya. Satu kelas berjangkit dengan tawanya.

"Raisya Aqira binti Manaf!" Panggil seseorang dari arah pintu kelas dengan nada yang tinggi. Derapan tapak kaki berbunyi sebelum keadaan kembali menjadi sunyi. Wajahnya hanya dalam keadaan tenang namun wajah itu mampu membuatkan pelajar serta-merta menunduk.

Semua pelajar hanya duduk di tempat masing-masing dalam keadaan yang diam.

"Sudah berapa kali saya pesan. Jangan buat bising dalam kelas ni. Awak tak faham ke? Atau awak nak saya bawa awak jumpa guru kaunseling?" Bidas Cikgu Linda sambil mengatur langkah menuju ke meja yang di khaskan untuk kegunaan para guru. Beg tangan dan bukunya diletakkan di atas meja sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Matanya masih tepat memandang ke arah Raisya.

"Jawablah! Saya baru keluar tak sampai 10 minit, awak dah buat bising. Macam ni ke pelajar yang berdisiplin?" Sambungnya lagi. Kali ini dengan nada yang sedikit perlahan. Raisya hanya menunduk. Dia tidak berani bertembung mata dengan cikgu itu. Lebih baik dia bertembung mata dengan lantai sahaja.

"Cuba awak jadikan pelajar 5 Sains Tulen 1 sebagai idola awak. Jadikan mereka sebagai tauladan kepada diri awak. Awak ni pengawas tetapi perangai mengalahkan pelajar biasa." Kali ini Raisya hanya memandang buku latihannya. Sudah biasa baginya untuk dileteri dan ditengking oleh guru.

"Cikgu selalu dengar kelas kamu bising. Lepas ni, jadikan top student 5 Sains Tulen 1 sebagai idola kamu semua. Kalau kamu nak tahu, dia adalah pelajar terbaik akademik dan kokurikulum. Dan dia juga merupakan pelajar kesayangan pengetua. Kalau kamu nak jadi macam dia, please ubah sikap kamu." Panjang lebar nasihat yang diberikan oleh Cikgu Linda.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itulah yang dialami Raisya.

"Okey saya dah tak nak buang masa, buka muka surat 114. Kita belajar bab ni. Bab baru ni tolong fokus! Jangan nak berangan sangat!" Arah Cikgu Linda. Semua pelajar akur. Raisya membuang pandangan ke luar tingkap. Matanya tertancap pada seseorang. Dia adalah seorang jejaka.

'Kenapa jantung aku berdegup laju bila aku tengok dia?' Persoalan yang tersoal di hati Raisya. Matanya masih tertumpu pada lelaki yang sedang bermain bola sepak.

"Raisya Aqira!" Raisya bagaikan baru terjaga daripada lamunan. Pantas dia menoleh ke arah suara itu.

"Ya cikgu?" Jawab Raisya pantas.

"Mimpi di siang hari ke? Cikgu panggil berkali-kali tak dengar. Dah, jawab soalan nombor dua tu di depan." Perli Cikgu Linda. Sememangnya dia anti dengan Raisya. Bergema kelas tersebut dengan gelak tawa. Raisya hanya akur.

Natasya membuat riak wajah seperti ejekan kerana sahabatnya itu perlu menjawab soalan di papan putih. Raisya yang melihat sahabatnya di sebelah cuba untuk menyiku Natasya namun hampa kerana Natasya lebih pantas mengelak.

Perlahan-lahan dia bangun lalu menuju ke depan. Pen Marker menari-nari di atas permukaan papan putih sambil menghasilkan sesuatu tulisan.





Terkocoh-kocoh budak perempuan itu berlari ke arah seorang lelaki. Lelaki tersebut kemudiannya mendepakan tangan memberi isyarat untuk memeluk budak perempuan tersebut.

Egokah Lelaki Itu | ✔Where stories live. Discover now