BAB 19

5.8K 224 16
                                    

Raisya duduk di birai katil sambil membelek telefonnya.

Whatsapp: Asya❤

Kau buat apa?✔✔

Tengah stalk ig org🙈💕

Menggatal kau eh😏✔✔

Kau gatal aku tak kisah pun😒

Ala... suami aku...🙊🙈✔✔

But pakwe orang😏

Huh?✔✔

Nothing gurau jer😂

Typing...

Raisya menunggu Natasya membalas whatsappnya.

Aku tido dulu. Kau jgn nangis pulak. Ok bye nite😘

Haha ok nite mimpi aku✔✔

Hati dipaut rasa tidak enak. Entah mengapa dia rasa lain apabila Natasya menyebut ayat 'But Pakwe Orang' itu. Benarkah Affan curang dengannya? Argh, malas hendak berfikir.

Lama dia termenung.

    "Hoi! Isya!" Jerkah seseorang menyedarkannya.

    "Awak dah kenapa? terpekik bagai?" Soal Raisya geram.

    "Amboi, tuduh kita pekik. Kau tu yang pekak! Aku panggil berkali-kali tapi kau buat aku macam patung." Berleter Affan yang baru lepas mandi.

    "Hehe. Sorry. Terfikir tentang lagu Ed Sheeran tadi." Selamba Raisya berkata.

    "Dah. Ed Sheeran or whatever, mummy suruh turun bawah. Jom." Beritahu Affan seraya mengajak Raisya. Raisya menurut sahaja.
Langkahnya menjejak Affan sehingga ke ruang tamu.

    "Ada apa mummy panggil?" Tanya Raisya apabila melihat kesemua ahli keluarga sedang berkumpul. Tidak lupa juga Saffiya yang baru balik daripada asrama kelmarin.

    "Kami nak kenalkan pembantu rumah baru, Cik Yati. Dia baru 27 tahun. Kira tua dua tahun daripada Isya." Datin Alyah memperkenalkan pembantu rumah baru itu.

    "Cik Yati akan bertugas selama Mak Som tak ada. Kalau ada apa-apa yang diperlukan, panggil je Cik Yati." Dato' Syed mencelah.

    "Hai.. saya Cik Yati. Panggil apa pun tak apa berdasarkan perkataan Cik Yati. Kalau perlukan apa-apa, panggil saya." Cik Yati memperkenalkan dirinya. Matanya tidak lepas daripada memandang Affan.

Dengan selamba Affan memeluk pinggang Raisya. Tangan Affan cuba Raisya tepis namun gagal.

Sedikit panas Cik Yati melihatnya.

    "Ala... sweetnya Abang Long dengan Kak Isya. Berpeluk bagai." Sampuk Saffiya yang sudah tersengih. Merona wajah Raisya dibuatnya.

    "Kenalkan, yang perempuan ni anak saya, Saffiya." Datin Alyah memperkenalkan Saffiya.

    "Panggil Fiy je." Ujar Saffiya. Senyuman dihadiahkan.

Egokah Lelaki Itu | ✔Where stories live. Discover now