BAB 33

6.8K 214 7
                                    

"Andai aku ditakdirkan pergi, kau tolong jaga anak aku bersama Affan? Kau jadi isteri dia?"

"Apa kau cakap ni? Kau nak aku jadi isteri Affan? Affan tak pernah cintakan aku. Macam mana aku nak jadi isteri dia?" Soal Natasya masih mahu mengelak.

"Asya, aku tak kisah. Kau tak perlu mengelak lagi. Aku dah tahu semuanya dari dulu. Affan selalu keluar dengan kau. Affan cintakan kau. Dan kau pun cintakan Affan."

"Aku.. Aku..." Natasya jadi kelu.

"Asya, aku tak pernah halang hubungan korang. Aku selalu berharap kau dapat membahagiakan Affan kalau aku tak ada nanti. Aku nak kau jaga anak aku dengan Affan..." Kata-kata Raisya terhenti apabila dicelah oleh Natasya.

"Isya... Jangan cakap macam tu, kau kena kuat. Aku tak nak kehilangan kau. Kau kena kuat Isya! Kau tak boleh lemah macam ni. Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau pasal ni. Aku takut kau dengan Affan bergaduh." Natasya sudah tidak mampu menahan airmata yang bertakung di tubir matanya.

"Asya, kehidupan kami tak pernah bahagia. Aku selalu ditengking, dimarah, dihina. Aku mengandung... Aku mengandung... Dia... " Raisya tidak mampu meneruskan kata-kata. Airmata membasahi pipinya.

"Shhh... Jangan menangis.. Cerita dekat aku dia buat apa pada kau?" Natasya mengelap airmata Raisya menggunakan ibu jarinya.

"Dia tuduh aku berzina dengan orang lain. Dia cakap ini bukan anak dia.... Dia... Dia suruh aku gugurkan anak ni.." Airmata Raisya kian laju mengalir.

Natasya memeluk erat tubuh sahabatnya. Belakang badan diusap bagi menenangkan Raisya. Airmatanya juga mengalir perlahan.

"Aku tak nak... Aku tak nak buang anak aku.. Aku... Aku sayangkan dia...Aku tak nak balik... Aku takut dia buat apa-apa pada anak aku." Tangisan Raisya kian kuat.

"Kau menangislah sepuas-puasnya. Selagi aku masih hidup, aku akan bersama dengan kau." Natasya memeluk erat sahabatnya.




"Kenapa kau balik lewat? Kau pergi mana? Keluar dengan jantan? Tak cukup ke kau dah mengandung anak orang? Nak keluar lagi? Memang tak pernah nak bertaubatkan kau ni?" Pedas kata-kata Affan ditujukan khas buat Raisya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

"Saya minta maaf sebab balik lewat. Saya keluar dengan Asya tadi. Lepas tu, kami makan kejap. Itu yang lambat. Kalau tak ada apa-apa saya naik dulu nak solat." Tanpa melengahkan masa Raisya segera ke biliknya.

Dia perlu ditukarkan ke bilik atas kerana bilik di tingkat bawah kemungkinan akan dihuni oleh pembantu rumah.

Usai solat, Raisya turun ke ruang tamu semula. Dia mengambil tempat di sofa yang kosong. Tetapi bukan sofa yang diduduki Affan.

"Awak... Saya nak minta izin. Saya nak balik kampung. Dah lama saya tak jenguk atuk dengan nenek. Rindu pada diaorang." Raisya meluahkan keinginannya.

"Aku tak izinkan. Duduk je rumah. Nanti bila-bila ada masa free kita pergi je lah berdua. Nanti kalau kau pergi seorang, apa pulak kata atuk dengan nenek." Affan menghalang.

"Oh, kalau macam tu tak apalah. Saya okay je. Janji awak akan pergi dengan saya nanti okay? Saya naik atas dulu." Raisya segera bangun dan mendaki anak tangga dengan hati yang agak kecewa.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu perkara. Di tengah tangga dia mengalih tubuh menghadap Affan yang berada di bawah.

"Awak, esk saya nak ke rumah.. Ah!" Entah bagaimana kakinya tidak menjejak tangga ketika memusingkan tubuhnya. Tubuhnya tidak dapat diimbangi dan terus terjatuh ke bawah.

Tubuhnya berasa amat sakit kerana berkali-kali terkena pada bucu tangga. Dahinya terasa begitu sakit seperti ditikam oleh benda tajam. Sakit di bahagian ari-ari usah dikata. Jemarinya  menekan perut menahan sakit.

"Isya!" Panggil Affan yang melihat insiden itu. Segera dia berlari ke arah Raisya yang sedang menahan sakit.

"Isya awak okay? Ada sakit di mana-mana? Saya bawa ke hospital. Kejap, saya ambilkan tudung. Bertahan please.." Affan segera ke bilik Raisya dan mengambil tudung yang tersangkut dan berlalu ke bawah semula.

Walaupun dia seorang yang jahil, namun aurat isterinya harus dijaga...

Tersentak Affan melihat cecair merah yang melimpah di lantai tempat Raisya terbaring tidak sedarkan diri.

"Allah..."







Affan mundar-mandir di hadapan bilik rawatan.

"Affan? Mana Isya?"

"Asya! Raisya sedang dirawat. Thanks sebab datang. You je kawan dia yang I kenal. I tak nak call parents. Tak nak risaukan diaorang." Jelas Affan sambil meraup wajahnya.

"Macam mana perkara ni boleh berlaku?" Soalan Raisya menyentapkan Affan.

"Dia minta izin I untuk balik ke kampung but I tak izinkan. So, dia naik atas terus. Sampai tengah tangga, dia toleh sebab nak cakap something but dia silap pusing then jatuh." Affan meraup wajahnya sekali lagi.

"Ini semua salah I, kalau I izinkan mesti dia tak naik tangga...." Affan menundukkan wajahnya.

"Thats not your fault... Don't be sad.. Trust me.." Asya cuba menenangkan Affan.

Seorang doktor keluar daripada bilik rawatan.

"Boleh saya tahu siapa waris Puan Raisya Aqira?" Soal doktor itu.

"Saya suami dia." Pantas Affan menjawab.

"Macam mana keadaan isteri saya?"

"Puan Raisya selamat. Dia berada dalam keadaan yang stabil." Terang doktor itu dengan senyuman.

"Alhamdulillah... Terima kasih doktor!.." Affan tidak lepas mengucap kata syukur.

"Tetapi..."

Senyuman Affan menghilang.

"Kandungan Puan Raisya tidak dapat kami selamatkan kerana kesan hentakkan sangat kuat. Saya harap encik banyak bersabar dan menganggap ini satu ujian daripada Allah. Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu. Encik boleh melawat isteri encik." Doktor itu segera berlalu pergi setelah memberikan penjelasan.

Affan bagaikan terkelu. Adakah apa yang baru didengarinya ini benar?

"Asya...! Anak I Asya..... Anak I! Ya Allah! Maafkan papa sayang... Allah... Ini semua salah aku! Anak papa.... Ya Allah..." Affan terduduk di atas lantai. Wajahnya ditekup menangisi segala yang ingin diluah.

"Affan, You kena banyak bersabar. You kena kuat sebab you yang akan beri semangat kepada Isya. Isya memerlukan You sekarang ni. You tak boleh bersedih depan Isya. Tenangkan diri You, call your parents. They need to know this news." Asya memberikan kata-kata semangat walaupun pipinya sudah dibasahi dengan airmata.

Perlahan-lahan Affan bangun dan berlalu ke bilik wad yang diduduki oleh Raisya. Sungguh berat langkahnya untuk masuk. Dia perlu mencari masa yang sesuai  untuk memberitahu perkara sebenar.

To Be Continued...

Egokah Lelaki Itu | ✔Where stories live. Discover now