Bab 35

7K 197 3
                                    

Hari ini Raisya sudah boleh pulang ke rumah setelah hampir seminggu berada di hospital kerana penyakitnya.

"Kita duduk rumah mama dulu? Sebab Isya kena pantang macam orang yang dah bersalin. Kalau Isya duduk seorang, Isya tak pantang cara tradisional. Lagipun mama boleh tolong jagakan pantang Isya." Puan Rozita menerangkan hasratnya.

Raisya sekadar angguk manakala Affan lega mendengarnya. Mana taknya, dia manalah tahu pantang-pantang bagaikan ni.

"Tak susahkan mama ke?" Soal Raisya tiba-tiba.

"Kalau apa-apa jadi pada anak mama, dan mama perlu jaga dia, itu lansung tidak akan menyusahkan mama. Asalkan anak mama sihat semula, mama dah gembira." Jawapan Puan Rozita membuatkan Raisya hanya terdiam.

"Affan angkat barang naik atas dulu lah ya." Affan meminta diri untuk mengangkat barang milik Raisya dan juga miliknya. Dia sendiri tidak tahu bercakap apa jika dia masih tercegat disitu. Lebih baik lari daripada jadi blank.

"Raisya nak naik atas dulu..." Raisya bersuara lemah.

"Kalau ada apa-apa, panggil mama ya. Dah, naik atas tu rehat. Jangan buat angkat barang berat-berat. Isya tu masih lemah." Kata-kata Puan Rozita hanya dibalas anggukan.

Raisya naik perlahan mendaki anak tangga yang tidak begitu banyak seperti di rumahnya bersama Affan. Sungguh dia terasa trauma untuk mendaki anak tangga namun dia gagahi juga.

Pintu biliknya dikuak perlahan takut mengejutkan orang di dalam.

"Eh Isya, kenapa tak cakap nak naik? Kalau tak saya tolong pimpinkan. Awak kan masih lemah lagi." Affan berjalan menuju ke arah Raisya san segera memaut lengan isterinya.

"Tak apalah. Saya okay. Thanks sebab ambil berat." Raisya menjawab selamba. Dia menuju ke katil dan melabuhkan punggungnya ke atas birai katil.

"Saya nak kemas, awak rehat. Jangan pandai-pandai nak tolong. Nanti makin lemah keadaan awak nanti."

Raisya hanya mendiamkan diri. Malas hendak berkata-kata. Entah mengapa moodnya tidak baik hari ini.

"Saya nak turun bawah kejap. Kalau ada apa-apa panggil saya." Ujar Affan sebelum beredar. Sekali lagi Raisya hanya mendiamkan diri.

Melihat bagasinya yang belum disentuh, Raisya mengatur langkah ke arah bagasi tersebut. Dia mula mengemas bajunya dan disangkut ke dalam almari.

Tiba di baju terakhir dia terpaku. Hatinya diburu rasa sebak. Itu adalah baju yang baru dibeli untuk anaknya. Tetapi tidak sempat menyarungkannya.

Lama dia merenung baju hang masih dalam bagasi. Perlahan-lahan baju kecil itu diambil lalu dipeluknya seperti sedang memeluk anaknya.

Airmatanya jatuh perlahan-lahan. Sungguh dia rindu dengan anaknya. Sungguh dia rindu ingin bercakap dengan anaknya yang masih dalam kandungan seperti dulu.

Tatkala itu, Affan yang sedang berada di muka pintu turut berasa sedih melihat isterinya begitu. Bertambah sedih apabila melihat baju kecil yang sedang Raisya peluk.

Dulu dia adalah seorang yang kejam. Tidak pernah memikirkan keadaan isterinya ketika isterinya sedang mengandungkan seorang anak. Tidak pernah dia terfikir akan barangan untuk anaknya.

Perlahan-lahan Affan mengatur langkah ke arah isterinya dan menariknya ke dalam pelukan.

Tangisan Raisya yang teresak-esak telah menjatuhkan egonya sebagai seorang lelaki.

Belakang Raisya diusap perlahan bagi menenangkannnya.

"Saya.... Rindu..... Dia...." Ujar Raisya dalam tangisannya.

"Shh... Dah.. Jangan menangis. Anak kita dah tenang di sana." Affan cuba memujuk Raisya. Namun, dia membiarkan sahaja Raisya menangis. Kerana mungkin itu sahaja cara untuk melepaskan tekanannya.




Hari ini Raisya sudah boleh bekerja namun diberikan cuti oleh bapa mertuanya. Raisya berjalan menuju ke arah suaminya yang sedang membetulkan baju kemeja yang dipakainya.

"Awak.. Saya nak minta izin. Boleh tak saya keluar beli barang kejap?" Takut-takut Raisya meminta izin. Bukan apa, takut Affan tidak mengizinkan.

"Beli barang apa? Nanti aku belikan." Affan berkata selamba.

"Aduh, tak boleh. Itu barang perempuan. Lagipun awak tahu ke saiz saya apa?" Ujar Raisya sambil membuat wajah comel.

Garu kepala dibuatnya Affan mendengar perkataan perempuan.

"Barang apa? Sampai private sangat ni? Cakap je lah. Kita kan suami isteri. Tak payah private sangat lah." Balas Affan dengan nada egonya itu.

"Okay saya mengaku. Saya nak pergi beli baju and tudung apa semua tu. Ala, takkan saya nak pakai baju kerja yang sama macam yang saya pakai dulu. Saya nak ubah penampilan. Saya tak nak pakai ulang-ulang baju yang sama. Boleh la... Kali ni je." Pinta Raisya. Affan memerhati Raisya yang begitu tekun membuat pelbagai ekspresi wajah untuk menawan hatinya.

Sekeping kad bank disuakan kepada Raisya. Raisya terkaku seketika. Serta-merta dia menolak.

"Eh tak pe lah. Saya boleh guna duit saya sendiri. Awak simpan duit awak tu nanti." Raisya menolak pemberian suaminya.

"Kau ingat aku ni bapa kedana sangat ke? Ambil je lah. Orang dah bagi tak nak ambil. Kenapa? Tak cukup satu kad ni?" Sengaja Affan mengeluarkan kata-kata pedas. Akhirnya Raisya ambil juga.

"Saya akan guna tak lebih rm300."

"Guna je banyak mana pun. Janji jangan sampai habis duit dalam bank aku sudah. Aku pergi dulu. Ingat, kau jangan nak menggatal dengan laki pula. Kalau aku tahu, siap kau. Dan jangan burukkan nama aku." Affan sempat memberi amaran sebelum berlalu pergi.

Ditinggalkan Raisya yang masih terpinga-pinga.

Raisya turut bersiap-siap untuk keluar. Setelah bersiap, dia turun ke ruang tamu.

"Lawa-lawa ni nak kemana? Kan daddy bagi cuti?" Soal Datin Alyah setelah melihat Raisya yang sudah bersiap.

"Isya nak keluar kejap. Nak shopping baju sikit. Bosan asyik ulang baju kerja yang sama je. Mummy nak ikut? Jomlah." Pelawa Raisya.

"Tak pe lah. Mummy ada meeting dengan persatuan. Isya ambil kunci kereta vios mummy. Mummy pergi dengan daddy kejap lagi. Jangan naik teksi okay?" Arah Datin Alyah.

"Betul ni mummy? Terima kasih.. Isya janji, Isya akan jaga kereta mummy elok-elok. Isya minta diri dulu ye. Assalamualaikum." Raisya meminta diri.

Raisya berlalu pergi ke kereta Vios milik ibu mertuanya. Dia memulakan pemanduan dengan berhati-hati.

Dia singgah di sebuah butik yang menjual pelbagai jenis baju yang diinginkannya. Langkahnya daripada masuk ke dalam butik terhenti apabila dia melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Lelaki itu turut memandangnya sambil mengatur langkah ke arah Raisya.

Raisya yang tidak sempat berlalu pergi dihalang oleh lelaki itu. Lengannya digenggam.

"Lepaslah...  Tolong lepaskan..." Tubuh Raisya menggigil apabila melihat lelaki itu.

"Isya nikah dengan saya. Saya janji saya akan buat awak bahagia. Please nikah dengan saya. Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak. Kemana awak menghilang selama ini?" Kata lelaki itu sambil tangannya ingin membelai pipi Raisya namun Raisya segera menepis.

"Shahril Hazeem! Awak sedar tak awak tengah bercakap dengan siapa? Awak bercakap dengan isteri orang!" Raisya berkata dengan tegas sambil merentap lengannya daripada genggaman Shahril.

To Be Continued...

Egokah Lelaki Itu | ✔Where stories live. Discover now