BAB 39

7.7K 194 2
                                    

Bunyi tombol pintu dipulas menyentakkan lamunan Raisya. Sudah tiga hari Affan tidak menjengahnya di wad. Mungkin kata-katanya pada hari itu telah membuatkan Affan runsing.

"Assalamualaikum..." seseorang memberi salam.

"Waalaikumussalam... Affan..." Jawab Raisya sambil senyumannya mula terukir.

"Macam mana hari ni?" Soal Affan yang sedang meletakkan buah yang dibelinya dia atas rak.

"Alhamdulillah okay..." balas Raisya. Senyuman tidak lekang walaupun sedang dalam kesakitan.

"Awak mesti penat kerja. Sudah lah penat kerja, datang tengok saya pula. Lagilah penat. Lain kali rehat dulu. Hari cuti datang la lawat saya. Nanti awak pula yang sakit." Bebel Raisya apabila melihat penampilan Affan yang masih dalam kod putihnya dengan wajah yang kelihatan penat yang amat.

"Tak letih pun..."

"Orang bebel menjawab. Cuba dengar sikit nasihat orang. Jangan degil sangat." lagi sekali Raisya membebel.

"Ingat cute ke membebel macam tu?" Bidas Affan sambil memuncungkan mulutnya. Tanda proteslah tu sebab kena bebel.

"Saya tak kata saya cute. Kenapa? Saya cute? Oh, thank you so much ! Bukan senang nak dengar orang puji." Raisya sudah acah-acah bangga.

"Malas layan. Kalau ada apa-apa kejutkan. Saya nak tidur. Waktu kerja saya dah tamat." Affan berkata lalu dia baring di atas sofa yang terdapat di hafapan katil yang diduduki Raisya.

"Okay!" Jawab Raisya dengan bangga.

Sekali lagi terdengar tombol pintu dipulas dan...

"Isya! Rindu beb!" Natasya menerpa ke arah Raisya dan pantas memeluk erat tubuh sahabatnya.

"Rindu kau juga... " Raisya sudah tidak dapat menahan rasa sebak.

"Isya jangan menangis... Nanti aku pula yang sebak..." Natasya menggosok belakang Raisya lembut. Airmata yang tidak dapat ditahan jatuh jua.

"Aduh kenapa aku menangis... Hahaha!" Raisya pura-pura gelak sambil mengelap airmatanya.

"Kenapa orang datang tak kejutkan?" Soal Affan yang masih menenyeh matanya. Mengantuk sangat dah tu.

"Nampak awak nyenyak sangat tidur itu yang saya malas nak kejutkan. Lagipun Asya yang datang." Jawab Raisya lembut.

"Sambunglah tidur balik."

"Tak pelah..." ujar Affan perlahan. Aduh, baru nak terlelap ada orang sembang kuat pula.

"Asya, aku dah bagitau kau pasal tu. Dan Affan, awak pun saya dah bagitau tiga hari lepas. Please.... Korang suka sama suka. Cinta antara satu sama lain. Please... Affan, jadikan Asya sebagai isteri awak... Korang please, Isya nak tengok korang berdua bahagia sebelum.... " kata-kata Raisya terhenti. Dia tidak mampu meneruskan. Hanya airmata yang jatuh mrmbasahi pipi.

Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis.

"Isya.... Please... Permintaan kau sangat berat untuk kami tunaikan... Aku takkan pernah merampas hak sahabat aku... Aku dah berjanji pada diri aku yang aku takkan sakiti hati siapapun.. Isya don't cry please..." Natasya mengelap airmata Raisya menggunakan ibu jarinya.

"Please Asya... Aku nak sangat hadiri majlis perkahwinan korang berdua. Please..."






Raisya terasa begitu lemah. Dia sudah tidak terdaya. Namun dia gagahi juga langkahnya. Genap tujuh hari sejak rayuannya tempoh hari. Hari ini yang dinantikan.

"Isya, fikir betul-betul. Masih ada masa untuk halang, Isya." Amir bersuara setelah lama Raisya berdiam diri.

"Amir, saya baru tahu bagaimana perasaan wanita diluar sana yang melihat suaminya menikahi wanita lain. Sangat perit untuk melihat kan? Tapi, saya dah redha. Sebab ini adalah jalan yang terbaik untuk Affan. Hidup saya dah tak lama. Saya sekarang sedang menghitung hari. Saya dah tak mampu berbuat apa-apa. Saya hanya mampu tersandar di atas kerusi roda sebegini. Saya kini seorang wanita yang lemah. Mama,papa, mummy, daddy semua dah tunggu dalam masjid. Tolong saya untuk ke masjid?" Raisy meluahkan rasa hatinya.

Airmata yang jatuh pantas diseka. Walaupun terasa pedih, namun dia perlu menunjukkan reaksi gembira.

"Kalau macam tu, apa yang perlu saya buat? Saya hanya mampu memberi sokongan kepada sahabat saya. Meh saya tolong. Fatin, tolong abang papah kak Isya." Amir mengarahkan adik sepupunya untuk menolongnya.

Amir dan Fatin membantu Raisya untuk duduk di atas kerusi roda. Kemudian ditolaknya perlahan ke dalam masjid sambil diiringi oleh Fatin.

Raisya mengambil tempat di tepi sekali memandangkan dia berkerusi roda.

'Ya Allah, bukakan hatiku dan kuatkanlah keimananku untuk menerima takdir ini ya Allah.' Raisya berdoa dalam hati.

Dilihat Affan sungguh segak bergaya di dalam baju yang dipakainya. Suci bersih tika dipandang.

Terpancar keserian di wajah Natasya. Sungguh sahabatnya begitu cantik dipandang dengan baju kurung moden berwarna putih itu.

Affan memandang wajah pucat Raisya. Raisya menoleh dah mata bertentang selama beberapa saat.

Raisya mengukir senyuman sebelum mengangguk perlahan tanda memberi dorongan buat suaminya.

"Baiklah.. Pengantin lelaki, pengantin perempuan, sudah bersedia?" Soal Tok kadi.

"Sudah.."

"Kalau macam tu, mari kita mulakan."

"Aku nikahkan dikau..."

"Aku terima nikahnya..."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdullah, alfatihah.."

Airmata yang jatuh dipipi Raisya pantas diseka. Dia tidak mahu kelihatan lemah.

Natasya berlari memeluk Raisya setelah selesai membaca surah alfatihah. Dipeluknya Raisya dengan begitu erat. Dilepaskan tangis di bahu sahabatnya.

"Isya... Isya... Aku minta maaf.. Isya... Isya aku... Aku sayang... Kau... Isya... Isya maafkan aku... Isya aku... Sayang kau... Isya..." raung Natasya dalam sedu-sedan.

"Asya... Kau tak salah.. Terima kasih Asya. Terima kasih. Kau sahabat aku selamanya Asya.. Aku sayang kau juga Asya... Aku pun nak minta maaf Asya.. Jaga Affan baik-baik..." Ucap Raisya dalam sedu-sedan. Pelukan dileraikan.

"Asya, aku nak minta izin. Beri aku satu peluang untuk peluk suami aku?" Pinta Raisya.

"Isya, dia suami kau.. Kau tak perlu minta izin aku Isya." Balas Natasya.

"Isya..." Affan pantas menarik Raisya dalam dakapannya. Diusap kepala Raisya dengan lembut. Wajahnya sudah dibasahi dengan airmata.

"Kenapa awak buat semua ni Isya? Kenapa awak sanggup biarkan saya menikahi Asya? Kenapa Isya....? Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menyakiti perasaan isteriku ini ya Allah sedangkan dia adalah isteri yang solehah ya Allah..." Affan meluahkan rasa hatinya. Airmatanya tidak henti mengalir.

"Terima kasih... Sebab awak sudi jadi suami saya.. Sudi.. Jaga saya... Sudi...hadirkan rasa cinta.. Dalam diri saya... Sudi bahagiakan saya..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Raisya mula batuk.

"Ya Allah Isya... " Affan segera membawanga ke hospital. Hati Affan tidak lepas-lepas mendoakan kesihatan isterinya.







To be continued...

Egokah Lelaki Itu | ✔Where stories live. Discover now