BAB 26

5.7K 216 12
                                    

Raisya bagaikan terpana seketika bila Affan memberitahunya bahawa mereka akan makan malam bersama.
'Dah buang tabiat ke apa mamat ni? Tiba-tiba nak dinner dengan aku?' Hati Raisya berbisik.

Dia mengenakan dress berwarna ungu gelap beserta tudung shawl berwarna ungu cerah.

Kemudian beg tangan diambil lalu beredar ke luar rumah. Raisya duduk di bangku yang terdapat pada halaman rumah tersebut.

Jam di tangan di pandangnya. Sudah masuk jam 8:30 malam. Masih tiada kelibat Affan di situ.

Sedang dia membetulkan pemakaiannnya, sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumahnya. Ya, itu Affan.

    "Termenung apa lagi? Jom. Dah lewat ni!" Jerkah Affan yang sedang duduk di dalam kereta.

Raisya segera mendapatkan Affan.

    "Awak tak mandi ke? Kata nak pergi dinner?" Raisya bersuara setelah berdiri betul-betul di hadapan pintu kereta pemandu yang diduduki Affan.

    "Aku mandi rumah mummy." Ayat tersebut membuatkan Raisya keliru seketika.

    "Kenapa perlu mandi rumah mummy? Mandi rumah kita kan senang? Lagipun nak pergi dinner kan? Takkan nak kena mandi rumah mummy? Awak nak saya tolong ambilkan baju awak ke?" Panjang lebar Raisya membebel. Affan menghela nafas panjang.

    "Rumah mummy banyak baju aku. Lagipun kita dinner di sana. So, bila sampai tu, aku mandi dulu. Lepas tu kita dinner di rumah mummy. Apa? Kau ingat aku nak bawa kau dinner berdua-duaan? Memang tak lah! Dah, cepat! Naik semak otak aku!" Affan sudah bengang dengan Raisya.

Tergopoh-gopoh Raisya masuk ke dalam kereta.

    "Yang kau ni pun satu, pakai mengalahkan datin. Makeup bagai. Nak pergi rumah mummy je pun." Bebel Affan yang sedang memandu.

'Terang ke? Setahu aku, aku makeup macam artis korea je. Makeup neutral. Baju? Plain dress je. Mana ada manik, batu, diamond bagai. Dia ni dah kenapa? Dia period setiap hari ke? Pelik betul husband aku ni.' Hati Raisya hanya mampu membebel. Nak bagi mulut cakap? Mahu dilempangnya nanti.

    "Berdosa kalau mengumpat suami..." Affan bersuara tiba-tiba membuatkan Raisya hanya mampu terdiam tanpa sebarang kata.

Jantung Raisya berdegup kencang apabila tiba di rumah keluarga Affan.

    "Kau dah kenapa? Pucat semacam je aku tengok? Takkan tak pernah jumpa mummy kot?" Sinis sahaja kata-kata Affan.

'Kalau ikutkan hati, nak je aku balik. Tak payah hadap muka mamat ni sehari. Ececeh, padahal kau tak boleh hidup tanpa mamat tu.' Gumam Raisya dalam hati.

Langkah Raisya menuruti jejak Affan.
    "Eh, Isya dah sampai! Ya Allah! Rindunya dengan anak menantu mummy!" Datin Alyah menerpa ke arah Raisya yang sedang menjadi batu di sebelah Affan.

Tubuh Raisya dipeluknya Datin Alyah.

    "Amboi mummy, ada menantu lupa anak dah? Ni kalau ada 3 menantu plus, agak-agak tak anggap Affan anak dah kot." Sengaja Affan bergurau.

    "Ish kamu ni Affan. Mummy paling sayang anak mummylah. Tapi kalau bawa balik extra 3 orang, itu memang kena rotan habis-habis." Datin Alyah memerli Affan.

    "Sudah, sudah. Dah jelas lelaki boleh nikah empat. Dah, sekarang ni jom masuk kita dinner sama-sama. Affan, bawa Isya masuk." Arah Dato' Syed. Affan sekadar tersengih dan mengangguk.

    "Kau jangan nak buka cerita apa-apa pasal kita. Aku nak kita bahagia depan mummy dengan daddy." Bisik Affan tepi telinga Raisya. Terkedu Raisya dibuatnya.

Raisya sekadar tersenyum pahit. Sesungguhnya dia tidak akan bahagia seperti pasangan lain.

Mereka sekeluarga menjamah hidangan yang disediakan oleh pembantu rumah.

    "Isya? Macam mana hidup dengan Affan?" Soalan maut diajukan oleh Datin Alyah buat dirinya. Dia memandang sekilas ke arah Affan. Kelihatan wajahnya biasa sahaja bagaikan tiada apa yang berlaku.

    "Alhamdulillah. Setakat sekarang ni, okaylah. Mummy dengan daddy sihat?" Raisya menukar topik perbualan.

    "Alhamdulillah sihat. Isya macam mana? Okay? Sihat? Ada demam-demam? Mual-mual?" Bertubi-tubi soalan Datin Alyah.

    "Alhamdulillah sihat." Jawab Raisya perlahan.

    "Affan, Isya. Daddy dengan mummy ada hadiah sikit sempena hari jadi Affan. Nah, ambil ni." Ujar Dato' Syed sambil meyuakan dua keping kertas bercetak. Huluran Dato' Syed disambut perlahan oleh Affan. Kehairanan Affan dibuatnya.

    "Apa ni daddy? Tiket Flight? Itali? Untuk apa?" Soal Affan yang sudah hairan dengan agenda mummy dan daddynya. Raisya mengambil tiket tadi untuk mengenal pasti.

Terlopong Raisya melihatnya.

'Mak oi! Itali! Aku habis-habis keluar peta darat Malaysia pun, setakat Pulau Langkawi. Inikan pula nak ke Itali! OMG! Unbelieveable!' Hati Raisya bersorak riang.

    "Ini hadiah daripada kami. Don't worry, korang berdua punya bab-bab kerja dah settle. Affan akan cuti selama seminggu. Isya akan bercuti sembilan hari. So, tiada bantahan." Dato' Syed mengemukakan plannya bersama isteri tersayang.

    "Eh kejap! Apsal Affan tujuh hari, tapi Isya sembilan? Mana adil!" Bantah Affan sekeras-kerasnya. Dia sudah tidak berpuas hati.

    "Isya tu isteri Affan. Dia yang akan basuh pakaian Affan bila dah habis bercuti. Dia yang akan kemas rumah. Affan ada buat kerja? Tak ada. So, nak bagi sama adil, kenalah sama-sama buat kerja. Dah, pergi tidur. My wife, jom tidur." Ajak Dato' Syed. Datin Alyah sekadar tersenyum melihat kedua anak menantunya itu. Affan dan Isya apa lagi, mereka turut sama berlalu ke bilik di tingkat atas.

    "Aku tidur atas. Kau tidur bawah sebab ni bilik aku." Tegas kata-kata Affan. Raisya hanya mampu mengeluh dan berlalu ke sofa yang terdapat dalam bilik tersebut.

Raisya merebahkan tubuhnya ke atas sofa. Affan pula tertidur kepenatan di atas katil.

Tepat jam 4:45 pagi, Raisya tersedar. Dia bangun menuju ke bilik air. Wuduk diambil. Usai berwuduk, dia memakai telekung sebelum melaksanakan solat tahajjud. Usai solat tahajjud, terasa cecair pekat di tekaknya dan dia tidak mampu menahan batuk.

Tapak tangan menjadi penutup mulutnya ketika batuk.

    "Ya Allah..." Terkejut Raisya apabila melihat cecair pekat berwarna merah melekat di tapak tangannya.

Kepalanya terasa sakit yang amat. Terasa seluruh dunianya menjadi gelap. Dia rebah ke lantai dalam keadaan bertelekung.






Jam smartphonenya berbunyi membuatkan Affan terkejut dari tidurnya. Dia bangun lalu ke bilik air untuk berwuduk. Usai berwuduk, dia berlalu ke ruang kosong sedia ada di dalam bilik di antara katil dan sofa.

Langkahnya terhenti apabila melihat sekujur tubuh yang terlena di atas lantai.

    "Hoi! Bangunlah! Hoi bangu..." Kata-katanya terhenti apabila melihat tapak tangan Raisya yang dipenuhi dengan darah.

     "Isya? Isya? Bangun Isya?" Panggilannya tidak dijawab. Affan mengendong tubuh Raisya lalu meletakkannya di atas katil.

Wajah pucat Raisya dipandang.

'Apa aku dah buat ni? Aku tak patut biatkan dia disini. Tapi kalau aku bawa dia ke hospital atau klinik, mesti daddy dengan mummy tahu. Ish, biarlah. Nanti aku examine dia sendiri.' Affan sudah tidak tentu arah melihat keadaan isterinya.


TBC

Egokah Lelaki Itu | ✔Where stories live. Discover now