BAB 27

5.7K 262 8
                                    

Kepala Raisya terasa berat. Sinaran cahaya menusuk penglihatannya membuatkan Raisya menjadi sukar untuk membuka kelopak mata.

Raisya bangun dari baring. Langkahnya agak terhuyung-hayang kerana pening.

Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga menuju ke Datin Alyah yang berada di meja makan bersama dengan yang lain.

    "Eh, Isya? Jom sarapan. Isya okay? Affan cakap Isya tak sihat? Isya demam ke?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh ibu mertuanya itu. Raisya sekadar tersenyum sebelum lengannya ditarik lembut oleh Datin Alyah agar dirinya duduk di meja makan.

    "Makanlah Isya. Hari ni je mummy masak. Selalunya bibik yang masak. Dah ajak bibik tadi, tapi dia berkeras cakap tak nak. Katanya dah makan awal." Datin Alyah memulakan perbualan.

Raisya mengambil sekeping sandwiches buatan Datin Alyah. Digigit sedikit demi sedikit. Belum sempat dia menggigit untuk kali kedua, kepalanya terasa begitu sakit.

Tekaknya terasa seperti ada cecair yang ingin keluar.

    "Isya nak ke toilet kejap." Raisya meminta diri sebelum berlari ke bilik air. Kepalanya dipegang sekuat hati. Kesakitan kali ini lebih sakit berbanding sebelumnya.

Raisya memuntahkan segala isi. Bukan segala isi malah cecair berwarna merah pekat yang keluar. Raisya sudah tidak tahan memuntahkan darah. Tekaknya terasa begitu pedih.

Dia terkulai lemah di atas lantai bilik air. Mulutnya terdapat kesan darah akibat muntah tadi.

Tok! Tok! Tok!

    "Isya? Okay?" Soal Affan dari arah luar.

    "Okay......" Jawab Raisya perlahan membuatkan Affan tidak mendengarnya.

    "Isya? okay ke tak? Kenapa tak jawab?" Soal Affan acah bimbang. Lakonan semata-mata.

Raisya mengetuk pintu tiga kali menandakan dirinya baik. Affan faham dan terus berlalu pergi.

    "Dia okay je mummy. Ala, mummy tak payah risaulah." Beritahu Affan walaupun dia tahu Raisya bagaikan separuh mati berada dalam bilik air tersebut.

Tatkala itu, Raisya keluar dengan wajah yang begitu pucat.

    "Isya okay? Affan, bawa Isya pergi ke klinik? Nampak pucat je muka tu. Mana tahu, ada rezeki nanti. Pergi cepat." Arah Datin Alyah. Senyuman yang terukir disembunyikan.

    "Ala mummy ni, esok-esok je lah. Affan nak rest ni." Keluh Affan.

    "Affan? Jangan degil." Ugut Datin Alyah.

    "Yelah.. kejap nak tukar baju." Affan berlalu ke bilik dituruti Raisya.

    "Aduh kau ni, time ni la nak muntah pening bagai. Esok tak boleh ke? Entah-entah kau pregnant? Eh, kalau betul, itu bukan anak aku okay. Aku tak pernah dan tak akan pernah sentuh perempuan sial macam kau." Hambur Affan yang sedang menyalin pakaian. Raisya sekadar membetulkan tudung yang dipakai sebelum mengambil beg tangan dan telefon pintarnya.

Ubatan yang disembunyikan dalam laci diambil lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya.




Raisya memicit-micit kepalanya yang terasa pening. Tiba-tiba kesakitan kembali menguasai. Namun dia hanya membiarkan. Dia tidak mahu Affan tahu akan penyakitnya.

    "Awak, ada air tak?" Tanya Raisya kepada Affan yang sedang memandu.

    "Tak ada."

    "Awak, tolong belikan air mineral untuk saya. Kalau taknak beli, just stop. Biar saya sendiri yang pergi beli." Kata-kata Raisya membuatkan Affan berhenti di sebelah kedai runcit.

    "Kau lambat, aku tingga... Laju budak ni. Dahlah jalan terhuyung-hayang macam mabuk." Affan ketawa sendiri.

'Ya Allah... mengapa begitu sakit...?' Raisya melangkah setapak demi setapak. Tangannya memegang tiang yang terdapat di situ bagi mngimbangi tubuhnya daripada jatuh.

    "Akak... tolong ambilkan saya... air mineral...?" Pinta Raisya yang kelihatan lemah sekali.

    "Ini dia. Adik okay ke?"

    "Okay.. nah duit. Baki tu kak ambil je." Kata Raisya kemudian segera berlalu ke kereta milik Affan.

    "Kau lambat 5 minit." Kata-kata Affan hanyalah tergantung sepi. Affan memandang sekilas ke arah Raisya.

Raisya sedang menggenggam dua biji pil. Kemudian ditelannya bersama air mineral.




Usai membuat rawatan, Raisya kembali duduk di kerusi pesakit. Wajah doktor perempuan itu dipandang dengan persoalan.

    "Apa yang ingin saya katakan, saya harap puan dapat menerima kenyataan. Kanser barah otak puan kini berada di tahap kedua dan hampir ke tahap ketiga. Masih ada rawatan iaitu dengan melakukan pembedahan. Macam mana?" Doktor tersebut memberi keterangan yang mampu melukakan hati mana-mana pesakit.

Tahap kedua? Pembedahan? Apakah ini sebuah mimpi ngeri?

    "Tahap kedua masih selamat untuk melakukan pembedahan. Jadi macam mana? Puan nak lakukan pembedahan ataupun tidak?" Sekali lagi doktor itu menyoal setelah Raisya hanya terdiam sepi.

    "Doktor, saya tak nak melakukan pembedahan. Tolong jangan beritahu sesiapa pasal ni? Saya merayu doktor." Kata-kata Raisya menyentakkan Doktor tersebut.

    "InsyaAllah saya akan rahsiakan." Ujar Doktor tadi.

    "Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu ya?" Raisya berkata sebelum berlalu keluar.

Pintu bilik rawatan yang dikuak dari arah dalam menyentakkan lamunan Affan.

Raisya duduk di sebelah Affan. Tidak lupa dia meninggalkan satu kerusi di tengah bagi menandakan jarak antara mereka.

Nama penuh Raisya dipanggil untuk mengambil ubatan. Raisya yang ingin bangun pantas dihalang Affan.

Selesai membuat pembayaran, Affan memerhati jenis ubat yang berada di genggamannya.

'Semakin kuat je ubat yang doktor bagi. Tahap dia semakin bertambah ke? Ah, lantaklah. Bukan masalah aku.'

    "Nah! Doktor tu cakap jangan missed lansung time ambil ubat ni." Keras sahaja nada suara Affan. Raisya mengambil ubatan yang berada dalam genggaman Affan.

Ubatan di tangan dipandang sayu. Ya, dia perlu menerima takdir.

    "Balik nanti, kau kemas pakaian kau dan aku untuk pergi Itali. Ingat, kemas aku punya sama. Bagasi kau dan aku asing. Dah jom pergi McD. Aku lapar." Affan mengarah bagaikan pengarah filem.

'Tak pernah-pernah dia ajak aku makan. Tetiba je.' Gumam Raisya dalam hati. Dia hanya menuruti langkah Affan dari belakang.






'Katanya McD tadi. Ini tetiba je restoran macam restoran 5 bintang je.' Raisya sudah pelik dengan suaminya.

    "Aku tetiba teringin nak makan spaghetti di sini." Beritahu Affan setelah melihat Raisya bagaikan tertanya-tanya.

Usai membuat pesanan, mereka hanya terdiam.

    "Sejak bila kau suka aku?"

Raisya terdiam sejenak menerima soalan KBAT itu.

    "Sejak dari darjah empat." Selamba sahaja Raisya menjawab.

    "Kau suka aku sejak darjah empat? Time tu aku jadi penolong ketua pengawas kan? Apa lah kau ni. Tak sampai setahun, rahsia dah bocor." Merah wajah Affan menahan ketawa.

    "Kenapa awak dilantik menjadi penolong ketua pengawas sedangkan awak baru darjah empat?"

    "Sebab pengawas lelaki darjah enam semuanya berebut kuasa sampaikan bergaduh. Pengawas darjah lima pula taknak. So, disebabkan aku darjah empat, aku tak boleh jadi ketua. Aku just jadi penolong." Terang Affanpanjang lebar. Raisya sekadar mengangguk.

Bahagianya ketika itu usah dibicarakan.

TBC

Egokah Lelaki Itu | ✔Where stories live. Discover now