BAB 14

5.3K 193 2
                                    

Raisya melabuhkan pumggungnya di atas sofa. Hatinya menjadi gementar seketika. Anak mata papanya ditenung sedalam-dalamnya mencari jawapan.

    "Kenapa tenung sampai macam tu?  Kalau boleh sampai nak makan papa." Tegur Encik Manaf yang merupakan bapa kandung Raisya.

    "Isya cuma pelik je. Kenapa nak jumpa Isya sampai macam ni? Dah macam mesyuarat kampung dah." Soal Raisya yang sudah pelik dengan papa dan mamanya.

    "Papa ada nak bincang sikit dengan Isya. Itu pun kalau Isya tak kisah." Terang Encik Manaf. Puan Rozita memandang suaminya.

    "Bincang apa papa?" Soal Khairul yang baru tiba di ruang tamu. Dia mengambil tempat di sebelah adiknya.

    "Tadi papa ada personal meeting dengan kawan papa. Dan, dia ada cakap yang dia teringin sangat nak bermenantukan Isya. Dia suruh papa pujuk Isya untuk terima lamaran tu." Encik Manaf berhenti memberi penjelasan. Reaksi Raisya dipandang.

    "Huh?! Bermenantukan Isya? But why? Isya muda lagi. Isya nak kerja." Rengek Raisya.

'Kenapalah banyak sangat mak bapak yang nak buat aku jadi menantu diaorang? Tadi Datin Alyah. Sekarang kawan papa pula.' Gumam Raisya dalam hati.

    "Seriously pa? Isya?" Soal Khairul tidak percaya. Masakan adiknya muda-muda sudah berumahtangga.

    "Ya. Keluarga kawan papa tu baik orangnya. Keluarga berada. Diaorang mampu jaga Isya. Papa nak Isya terima." Ujar Encik Manaf membuatkan Raisya sedikit terkejut dengan jawapan itu. Dia segera bangun dan beredar daripada ruang tamu.

    "Ma? Apa ni? Isya masih muda. Isya nak enjoy." Luah Raisya. Airmatanya hampir jatuh.

    "Sorry sayang. Mama ikut kehendak papa. Lagipun, mama nak sangat Isya terima lamaran tu." Ujar Puan Rozita. Jari jemari anaknya digenggam erat.

    "Tapi kenapa bukan Abang Erul? Kenapa mesti Isya?" Tanya Isya. Puan Rozita pantas memeluk erat anaknya.

    "Isya, mama harap sangat Isya dapat terima. Mama nak sangat tengok cucu sebelum mama dengan papa pergi." Puan Rozita berkata menyebabkan Isya menampar lembut bahu mamanya.

    "Mama jangan cakap macam tu!" Jerit Isya. Puan Rozita hanya ketawa.

    "Mama nak, Isya fikir habis-habis lamaran tu. Nanti bila dah dapat jawapan, Isya beritahu mama dengan papa ya? Sekarang dah nak masuk waktu Asar, pergi solat. Mama pun nak pergi solat." Ujar Puan Rozita.

    "Kalau macam tu, Isya naik bilik dululah." Kata Isya sambil bangun dari duduknya. Puan Rozita sekadar mengangguk. Raisya mengatur langkahnya ke bilik.

    "Khairul, tolong pujuk Isya ya? Mama bukan paksa dia. Tapi ini je yang mama rasa baik bagi dia." Nasihat Puan Rozita. Khairul sekadar mengangguk sebelum berlalu ke biliknya.

Puan Rozita juga bangkit untuk ke bilik solatnya.


Usai makan malam, Isya berlalu ke bilik Khairul.

    "Abang, busy tak?" Soal Raisya yang sudah terjengul di muka pintu.

    "Tak payah nak main jengul-jengul. Masuk je. Busy? Tak sangat kot." Kata Khairul dengan nada selamba.

Raisya mengambil tempat di atas kerusi kerana Khairul sudah bersandar di kepala katilnya. Malas nak berhimpit.

    "Abang, perlu ke Isya terima lamaran tu?" Raisya tiba-tiba menyoal membuatkan Khairul meletakkan telefonnya di tepi. Wajah adiknya dipandang.

'Kau je satu-satunya adik yang aku ada. Takkan aku nak biar je dia menikah dengan lelaki yang dia tak kenal? No, no Khairul. Mama dah pesan, itu je jalan yang terbaik buat Isya. Tapi, takkan nak biar Isya kahwin paksa? Ingat drama melayu ke apa? But, ini bukan kahwin paksa, tapi kebaikan untuk adik aku. Aku kena pujuk Isya...'

    "Abang? Helo? Abang? Hoi?!" Raisya melambai-lambai tangannya di depan muka Khairul.

Khairul bagaikan tersedar dari mimpi setelah dikejutkan oleh Raisya.

    "Apehal Isya jerit-jerit ni?" Marah Khairul. Raisya sudah berkerut.

    "Amboi? Marah Isya pula. Dia tu yang mengelamun sampai tak dengar Isya panggil. Dah sampai mana?" Kata Raisya membuatkan Khairul hanya tersengih.

    "Sampai Paris dah."

    "Ish, main-main pula."

    "Dah Isya tanya, abang Erul jawablah." Selamba Khairul berkata.

    "Tak, sekarang ni bila abang Erul nak jawab soalan Isya?" Raisya sudah geram bila soalannya tadi hanya tergantung sepi. Entah dia sendiri pun pelik. Kejap abang-Isya kejap Abang Erul-Isya. Jangan-jangan lepas ni guna Abang Khairul bin Manaf-Isya pula.

    "Okay, abang Erul jawab. Isya patut terima lamaran tu. Ini untuk kebaikan Isya. Lagipun papa dengan mama dah makin tua. Abang Erul pula akan berkahwin. Jadi, papa dengan mama mungkin dah tak larat nak jaga Isya. Abang pun dah tak boleh jaga Isya sebab dah ada isteri. Nanti suami Isya boleh jaga Isya." Khairul memberi penjelasan.

    "Ala, Isya boleh jaga dirilah. Lagipun Isya bukannya duduk sorang. Isya ada housemate." Raisya masih tidak mahu mengalah.

    "Isya tu kan perempuan. Senang cerita, Isya kena kahwin. Nak atau tak, Isya tetap kena kahwin. Muktamad. Dah, keluar. Abang nak sms dengan buah hati." Akhirnya Khairul memberi jawapan muktamad. Terasa dirinya terlalu memaksa Raisya.

    "Betul juga kata-kata abang Erul. Okaylah, Isya akan terima. Keluar dulu bye!" Ujar Raisya sambil berlalu keluar ke ruang tamu.

    "Papa papa! Mama mama!" Raisya menerpa ke arah kedua orang tuanya dan mengambil tempat di sebelah Puan Rozita.

    "Ha? Kenapa ni? Buat papa sakit jantung je." Encik Manaf sudah melurut dadanya. Terkejut gamaknya.

    "Sorry pa."

    "Kenapa ni? Gelabah semacam je mama tengok?" Soal Puan Rozita.

    "Isya dah buat keputusan. Dan keputusan tu muktamad. Isya terima lamaran tu. Isya dah kisah siapa lelaki tu." Raisya memejam mata ketika membuat keputusannya.

'Betul ke apa yang kau buat ni Isya? Kau tak menyesal ke? Kau kan suka Affan? Kenapa tak terima lamaran Datin Alyah? Kenapa kau terima lamaran kawan papa dengan mudah?' Matanya dibuka semula sambil hatinya berbicara mengemukakan persoalan.

    "Isya? Betul ke ni? Isya tak main-main?" Soal Puan Rozita tidak percaya. Masakan anaknya itu akan menerima dengan mudah?

Raisya sekadar mengangguk. Ya, anggukan yang dipaksa.

    "Ya Allah! Alhamdulillah... terima kasih Isya sebab sudi terima." Ujar Encik Manaf.

'Gembira sungguh mama dengan papa.' Hati Raisya diusik rasa sayu. Mampukah dirinya menghadapi dugaan ini dengan tabah Dia sendiri tidak tahu.

    "Kalau macam tu, Isya nak buat tema apa untuk wedding?" Puan Rozita sudah teruja.

    "Isya tak kisah pun tema apa. Tapi Isya teringin sangat nak buat tema winter. Kalau mama tak mak tak apa." Beritahu Raisya. Sungguh dia tidak mahu membuat tema kegemarannya dengan pasangan yang tidak dia cintai.

    "Winter? Okay, on. Nanti mama uruskan. Isya just pilih wedding dress dan pilih cincin. Itu je. Okay?" Puan Rozita memberi arahan serta cadangan. Raisya hanya tersenyum pahit.

    "Hari pernikahan adalah hari pertama Isya tengok suami Isya. Okay? Itu undang-undang yang dibuat oleh mummy kepada pengantin lelaki. Dan, pernikahan Isya akan berlansung minggu depan." Beritahu Puan Rozita. Hampir terlopong Raisya dibuatnya.

    "What? Seminggu?!"

TBC

Egokah Lelaki Itu | ✔Where stories live. Discover now