"WHAT THE HELL HAVE YOU DONE TO TASYA???!!!"
Mat macam tak percaya dengan apa yang dia nampak depan mata dia sekarang: seorang Natasya yang terbaring atas tanah, tak sedarkan diri. Kesan kelaran memenuhi setiap inci tubuh Natasya. Darah yang mengalir tak henti-henti daripada setiap satu bukaan itu buat Mat rasa nafas dia hilang.
Kepala Natasya diriba. Bahunya digoncang berkali-kali : tapi masih tiada respon. Mat melaungkan nama Natasya, mengharapkan gadis itu akan sedar dan menyahut panggilannya. Dia tak sanggup kehilangan Natasya.
''BUKAN AKU YANG BUAT MAT! SUMPAH BUKAN AKU MAT!!!! PERCAYA KAT AKU WEHHHH!!!!'' jerit Adira lalu melutut di sebelah Mat. Hujung lengan baju Mat ditarik dengan tangan kirinya, meminta agar Mat mengalihkan pandangan ke arahnya. Air mata bercucuran di pipinya.
Mat buat-buat tidak dengar. Dia tak ada hati nak berkomunikasi dengan siasapa pun sekarang ni kecuali Natasya. Itupun, entah bila Natasya akan bangkit dari 'tidur'nya itu. Dia tak sangka semuanya berlaku sebegitu pantas.
''Weh Mat pandanglah aku!!!!'' bentak Adira setelah merasakan segala teriakannya tadi tidak diendahkan oleh Mat.
''FUCK YOU ADILA!" DO YOU THINK THAT I'M BLIND OR SOMETHING??? PISAU KAT TANGAN KAU TU APA???!!!'' Mat dah tak mampu nak menahan sabar. Pemandangan yang dilihatnya sebaik saja tiba di situ tadi benar-benar membakar api dalam jiwanya. Dia dah tak ambil kisah level kesopanan bahasa yang keluar daripada mulutnya waktu itu. Silap haribulan, orang lain pula yang jadi arwah nanti.
Adira tersentak. Namanya yang disalah sebut oleh Mat itu buat pertama kali dia biarkan. Pandangannya perlahan-lahan diturunkan ke arah genggaman di tangan kanannya. Matanya terbuntang luas. Dia langsung tak menyedari sejak bila pisau pemotong daging tu berada di tangannya. Cecair merah yang masih segar meyaluti pisau itu.
Adira menjerit ketakutan lalu melemparkan pisau itu ke atas tanah. Permukaan tanah berpasir itu akhirnya dicemari dengan darah daripada pisau tersebut. Dia tidak sedar bahawa ada bala yang akan menimpanya sebentar lagi.
POW!!!!
Bunyi tembakan yang muncul entah dari mana itu membuatkan darah Mat berderau. Telinganya menangkap bunyi sesuatu rebah ke atas tanah. Pandangannya dihalakan ke sebelahnya : tempat Adira melutut tadi.
Adira dah terkulai di atas tanah dengan kedua-dua belah matanya tertutup.
Mat benar-benar terkejut. Badannya membuat tindakan refleks – kepala Natasya dijatuhkan dari kedua-dua belah pahanya, tubuhnya ditolak menjauhi kedua-dua ''mayat'' itu. Ya, kedua-dua gadis itu masih bernafas – tapi terlalu lemah. Mat tidak dapat memikirkan berapa lama lagi mereka berdua dapat bertahan.
Prap...prap...prap...prap...
Mat cuba mencerna bunyi yang tiba-tiba menerjah pendengarannya. Kedengarannya seperti bunyi tapak kaki. Semakin lama bunyi itu kedengaran semakin kuat – seperti berada betul-betul di belakangnya.
Bunyi itu tak kedengaran lagi.
Mat menelan air liur. Mindanya berkecamuk, tiada apa yang dapat difikirkan dengan waras tika itu. Dalam keadaan separa berani (dan separa takut sudah tentu nya), dia memusingkan badannya ke belakang.
Sepucuk pistol diacukan tepat-tepat ke dahinya.
"FUCK!!!!!!''
YOU ARE READING
BUTA (on Hiatus)
Mystery / ThrillerBandar Besançon merupakan saksi kepada segalanya: - putusnya sebuah hubungan yang telah terjalin bertahun lamanya - terbongkarnya sebuah rahsia yang gigih disimpan rapi - terlerainya ikatan persahabatan angkara syak wasangka - tertanggalnya topeng...