BAB 2

21 1 0
                                    

Suasana pagi di bandar Besançon itu lengang. Manakan tidak, rata-rata penduduk sedang sibuk bekerja pada pagi yang mulia penghulu segala hari itu, menghabiskan sisa-sisa kudrat di tempat kerja sebelum meraikan ketibaan detik kebebasan sepanjang dua hari - dengan meninggalkan (serpihan) botol-botol alkohol di bar-bar tepi jalan, serta tak lupa di tangga gereja - untuk dikutip oleh si tukang sapu pada keesokan hari. Jumlah pelanggan yang memenuhi tempat duduk di dalam kedai French Coffee Shop itu juga tak seramai biasa. Mungkin kerana hari masih pagi. Selalunya waktu petang para pelanggan akan berbaris sehingga ke luar kedai demi menghilangkan dahaga dengan beberapa teguk ice blended berharga serendah 4.50€. Ah tak usah nak bising lah cakap RM11 air BOOST saiz original tu mahal.

"Qu'est-ce qu'il y a ?''

Mujur tak tersembur air yang baru disedutnya. Kalau tak, sia-sia basah lencun baju mamat yang tiba-tiba ada kat depan dia ni.

"Kau ni bila masa pulak ada kat sini, Mat ?'' Natasya menegaskan suaranya. Kening kirinya diangkat. Sebijik macam Ziana Zain baqhang.

"Hah...see? I know there's something wrong with you. I've been sitting here for almost five minutes now yet you just noticed me? How cruel." Mat mencebik bibir. Apa dia ingat dia comel ke buat macam tu? Puh-lease.

"Ok ok, j'suis vraiment désolée. J'te vois pas.'' Natasya merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya ke hadapan muka tanda minta maaf. Dah macam gaya orang-orang yang berlakon dalam drama Thai yang sering ditontonnya.

"Nahhh, pas de soucis. Chill ma. Anyway, why are you alone? Where's Dila?" Haila mamat sorang ni, pelat accent Cina dia memang tak mampu dibuang sejak dulu. Tak pasal-pasal huruf R bertukar jadi L.

"J'sais pas moi.'' balas Natasya ringkas. Wajahnya ditundukkan merenung meja. Sesekali straw di jemari kanannya diputarkan mengikut arah jam.

"Tasya...'' nada suara Mat dikeraskan. Dia tak puas hati dengan jawapan Natasya.

"I said I don't know so I DON'T. Which part of that "I don't know" that you don't understand?!" sepasang mata coklat gelap milik Natasya bertukar kemerahan merenung sang rakan di hadapannya. This guy better don't mess with me...

"Ok ok ok. I'm sorry, okay?" Mat mengangkat kedua-dua tangannya tanda surrender. Dia memang paling tak suka cari pasal dengan perempuan. Not in front of pretty girls, at least.

"...anyway, how are things going between you and Ed? I haven't seen him since the beginning of this summer break. Huh that man is so full of himself when it comes to holidays isn't he?" Mat mengomel sendirian. Dah memang betul pun. Orang sibuk plan nak pergi trip satu batch ke regions dekat Sud (south), si Ed tu dah menghilang pergi Paris. Kalau tak silap tengok Instastory dia semalam, dia dah ada dekat Scotland. Tengkorak betul.

Natasya hanya diam. Matanya yang tadi merah kini menakung air. Nafas ditarik sekejap-sekejap menahan cecair hidung daripada keluar. Pandangannya ditebar ke luar kedai - keruh.

"Tasya, dis-moi qu'est-ce qu'il y a..." Mat menutur lembut sambil tangannya menyentuh jemari halus milik gadis di hadapannya. Sebelum sempat genggamannya dikemaskan, Natasya merentap tangannya kuat.

"WHAT ON EARTH IS GOING ON WITH YOU, MATTHEW? SHOULD I REMIND YOU THAT I'M A MUSLIM????" Beberapa pasang mata mula memandang ke arah meja di penjuru kedai itu. Meskipun port itu agak terlindung, perkataan ''Muslim'' itu jelas kedengaran di telinga mereka. Nahhh, this isn't about Islamophobic, it's more to curiosity (and maybe anxiety). The word "Muslim" itself could sound terrifying to certain people, even in a non-English speaking country. They must've seen that word being badly employed somewhere in the American news (the translated ones I mean), no?

Mat a.k.a Matthew a.k.a Yi Manchu tersentak. Tangannya masih terasa kesan rentapan berkuasa kilat yang dihasilkan oleh Natasya sebentar tadi. Perlahan-lahan tangannya ditarik lalu diletakkan di bawah meja. Matanya melirik ke meja sebelah, mencari apa-apa punca supaya tak bertembung dengan pandangan berapi si Natasya. Mindanya tak habis-habis memikirkan apa yang dilakukannya tadi.

BUTA (on Hiatus)Where stories live. Discover now