BAB 5

16 1 0
                                    


Adira mencapai sebiji baby carrot di dalam pinggan lalu mengunyahnya pantas sebelum menelannya. Sebiji lagi dicapai lalu proses yang sama diulang. Stok timun di rumah itu sudah kehabisan jadi dia tidak dapat membuat jus timun seperti yang selalu diminumnya ketika stress. Hanya baby carrot sahaja yang mampu membuat dia happy sekarang - kononnya. Melihatkan cara dia makan ketika itu, memang orang takkan kata yang dia tu Adira. Seorang Adira yang normal tak pernah mengunyah selaju tu. Tapi bila dilihat betul-betul rupanya masa itu memang tak nampak macam orang pun – serabai dari rambut hingga ke kaki. Sesekali cermin matanya yang terlurut ke hidung dinaikkan kembali ke tempatnya.

"Macam mana aku nak hidup dengan Tasya lepas ni?" gumam Adira perlahan. Keningnya dikerutkan.

Tapi cukup kuat untuk didengari oleh Natasya yang tiba-tiba muncul di depan matanya. Minah ni dah kenapa selalu sangat muncul tiba-tiba???

"Kenapa? Dah bosan duduk serumah dengan aku? Fine! Kalau kau benci aku sangat aku boleh cari rumah lain. Duduklah sini kau sorang-sorang!" bentak Natasya tak semena-mena lalu dia berlalu ke biliknya.

Adira kaget lalu bingkas bangun untuk mendapatkan Natasya. Tangannya cekap menyambar tangan kiri teman serumahnya itu, menyebabkan lengan bajunya sedikit terselak. Melihatkan peluang yang tertera di hadapan matanya, Adira pantas mencari apa yang mengusutkan kepalanya sejak petang semalam – setelah menerima panggilan daripada Ed.

"Aduh sakit!!!" Natasya mengadu kesakitan lantas merentap tangannya daripada terus digenggam oleh Adira. Dia lantas menggosok-gosok pergelangan tangan kirinya sambil meniup-niup kawasan itu. Pedih yang terasa masih lagi bersisa.

"Aku rasa aku pegang tadi takdelah kuat sangat. Kenapa kau over sangat sampai tiup macam tu sekali?" soal Adira.

"Kau tak rasa bolehlah kau cakap macam tu! Yang kena nya aku, kau tahu tak?!" Natasya membalas geram.

Adira mengeluh berat.

"Sorry. Aku takde niat nak pegang kuat sangat sampai kau sakit. Sorry sangat-sangat." Adira mengaku kesalahannya. Matanya tertunduk merenung lantai. Fikirannya kusut. Terlalu kusut. Dia benar-benar sudah penat hendak bergaduh dengan Natasya. Sudah dua minggu lamanya mereka tidak bertegur sapa. Tiba-tiba jadi begini pula. Adira dah tak sanggup.

Natasya terdiam. Timbul sedikit rasa bersalah dalam jiwanya. Dia memandang tepat ke arah Adira. Hatinya sayu melihat rakan baiknya tika itu.

Ya, Nur Adira Sulaiman itu rakan baiknya. Sejak peristiwa Ed dilanggar lari sewaktu mereka masih di bangku sekolah, Natasya tidak semena-mena menjadi rapat dengan Adira. Mungkin kerana saat itulah dia mula mengetahui bahawa gadis berkaca mata di hadapannya itu merupakan sepupu kepada Ed. Gigih benar lelaki itu menyimpan rahsia daripadanya. Boyfriend-nya itu tidak boleh dijangka sifatnya.

Tapi Natasya dah clash dengan Ed.

Natasya pantas menggeleng. Dia tidak mahu mengenangkan Ed yang padanya merupakan lelaki paling kejam penah dia temui. Tiada guna dia merindui lelaki sekejam itu. Tiada guna.

"Aku tak nampak pun kau kat hospital tadi." Natasya tiba-tiba bersuara.

"Waktu kau sampai tu aku dah on the way balik." balas Adira ringkas. Pandangannya masih ditala ke atas lantai.

Natasya tersentak.

"Kau...kau nampak aku? Macam mana kau boleh nampak aku? Siapa lagi kau nampak?'' tanya Natasya keresahan.

''Ha'ah. Aku nampak kau tengah nak naik tangga, aku time tu dah on the way jalan ke tempat tunggu tram. Aku nampak kau je.'' balas Adira spontan. Mindanya masih buntu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BUTA (on Hiatus)Where stories live. Discover now