BAB 3

19 0 0
                                    

"Awak sayang saya tak?" tanya Natasya. Matanya tepat merenung Ed. Mengharapkan jawapan tulus ikhlas daripada jejaka itu.

Ed tersenyum. Soalan tu dah biasa dia dengar. Tiap-tiap hari. Tak pernah miss. Tapi dia tak pernah jemu untuk menjawabnya. Sebab dia memang sayangkan Natasya – dengan seluruh jiwa raga dia.

"Mestilah sayang. Saya sayang sangat-sangat kat awak. Awak tak percaya kat saya ke?" duga Ed. Dia memang suka mengusik buah hatinya yang satu ni.

Senyum terukir di bibir seorang Natasya. Dia masih lagi tak puas hati.

"Awak takkan tinggalkan saya, kan?" tanya Natasya. Masih mengharapkan jawapan positif daripada Ed.

Ed geleng kepala sambil tersengih. Ada-ada je soalan pelik daripada intan payung dia ni.

''Ya, saya takkan tinggalkan awak. Kita kan dah janji nak sehidup semati. Awak memang tak percayakan saya ke selama ni?" Ed bertanya dengan nada risau. Bukan ke selama ni setianya pada Natasya sorang je?

Natasya senyum. Tapi tak sampai berapa saat dia mengeluh. Ragu-ragu.

"Saya percaya...tapi saya takut jugak kalau-kalau awak tipu saya." aku Natasya. Maklumlah si Ed ni kacak orang nya. Mana-mana pergi pun mesti akan ada walau sepasang dua mata perempuan yang akan terpaku melihatnya. Manusia kan mudah tertarik dengan manusia lain yang ada rupa. Typical humans, at least.

Ed tergelak. Pertama kali Natasya berkata begini kepadanya. Selalunya jawapannya terhenti sekadar dekat dua perkataan pertama tu sahaja. Ed menggenggam kedua-dua tangannya lalu menongkatkan wajahnya. Cubaan untuk nampak comel mungkin.

"Alah kalau saya tipu pun awak nak buat apa kat saya?" duga Ed lagi sekali. Teringin juga dia tahu apa yang bakal keluar daripada mulut gadis cantik depan mata dia ni.

"Kalau awak tipu...memang tak lama lah awak hidup." Natasya memberikan amaran. Jelingan maut dilontarkan kepada Ed. Seakan-akan dengan pandangan mata itu sahaja boleh merenggut nyawa Ed.

Gelak Ed bertambah kuat daripada yang sebelumnya. Dia mendekatkan wajahnya ke arah Natasya dengan sebelah keningnya diangkat. Seronok juga melihat wajah aweknya menjadi masam begitu.

"Awak nak bunuh saya? Hahahaha awak nak buat lawak apa ni ha, Tasya? Takkanlah awak nak bunuh Farid Azizul yang handsome ni kot. Nanti ramai perempuan pergi serang awak tau tak. Saya ni dahlah ramai peminat." Ed berkata selamba. Kedua-dua keningnya diangkat. Dia benar-benar ingin menduga Natasya kali ini.

''Awak jangan nak main-main ea, Ed. Saya serious ni. Kalau saya dapat tau yang awak tipu saya, memang mampus la awak jawabnya." nada suara Natasya keras. Dia benar-benar serious. Tak terdetik pun dalam mindanya kala itu untuk main-main.

Ed telan air liur. Gentar pula dia mendengarkan amaran keras daripada Natasya tu. Tapi sebagai seorang lelaki typical yang gemar berlagak macho, dia cuba untuk menyimbah minyak ke dalam perbualan itu yang mana apinya sudah mula marak.

"Heh awak ingat saya takut ke? Awak lembik macam ni ada hati nak bunuh orang. Pigidah.'' Ed memerli Natasya. Lidahnya dijelirkan, cuba untuk menambahkan amarah dalam diri Natasya. Minah seorang ni memang tak berapa pandai nak kawal emosi – senang sangat mood dia jadi tak baik.

''Awak jangan nak cabar saya.'' balas Natasya berbaur ancaman.

"Saya dah kata yang saya tak takut." respon Ed selamba.

"Awak. Jangan. Nak. Cabar. Saya." ulang Natasya sepatah-sepatah. Kali ini dia benar-benar marah.

Ed telan air liur lagi sekali. Badannya dah mula berpeluh. Tangannya sudah berubah sejuk. -- Tapi dia tak terfikir nak menyerah.

BUTA (on Hiatus)Where stories live. Discover now