BAB 4

13 1 0
                                    

Adidas berwarna hitam di pergelangan tangan kiri dikerling: 2.50pm. Ed mengeluh. Perlahan-lahan dia memaksa dirinya untuk bangun daripada perbaringannya tadi. Sudah hampir dua jam dia berada di situ. Masa terasa begitu pantas berlalu – belum sempat dia memikirkan apa-apa jawapan terhadap segala persoalan yang muncul dalam benaknya. Ed benar-benar buntu.

Poket sebelah kanan Levi's nya diseluk. Galaxy S7 gold nya dikeluarkan lalu di-unlock. Tidak tahu apa yang ingin dilihatnya. Ibu jarinya spontan menekan ikon "gallery". Sebuah video dimainkan.

"Hey awak kenapa tutup mata saya dengan kain ni? Eh telefon saya mana? Weh Tasya awak ambik phone saya ea? Bagi balikkk!" Ed merungut sambil kedua-dua belah tangannya bergilir-gilir ingin membuka ikatan pada matanya serta menggapai-gapai mencari di mana letaknya telefon bimbit yang sebentar tadi berada dalam genggamannya.

"Ieeee janganlah gerak-gerak! Nanti saya bukaklah kain tu. Ya, phone awak ni nanti saya bagi! Ish sabarlah kejap!!'' protes Natasya sambil tangannya sibuk mengarahkan Mat untuk kembali mengetatkan ikatan tersebut. Adira di sebelahnya hanya menahan diri daripada ketawa. Zain buat tidak tahu melihatkan kerenah mereka semua.

''Ieeee awak buat apa ni??!!'' rengus Ed sekali lagi.

"Weh kau ni boleh duduk diam tak??!! Aku tumbuk kang!" Mat sudah tidak tahan sabar. Pelat BM yang keluar daripada mulutnya itu dia tidak ambil kisah. Tak tahu ke stress dari tadi duk betulkan ikatan tu tapi mamat sengal ni tak habis-habis pergi longgarkan balik.

"Aik?? Kau pun ada kat sini, Mat? Weh korang nak buat apa kat aku ni?????'' Ed keresahan.

Mat mendengus geram lalu menarik kedua-dua hujung kain pada mata Ed itu dengan sekuat hati. Ed menyeringai kesakitan.

Suasana senyap seketika.

"Weh...aphal korang tetiba senyap ni weh? Weh korang gi mana weh? WEH!" Ed memanggil rakan-rakannya. Dia tiba-tiba cuak.

Masih senyap.

"WEHHH—"

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO FARID AZIZUL, HAPPY BIRTHDAY TO YOU!"

Ed pantas meleraikan ikatan pada matanya. Gembiranya bukan kepalang melihatkan Natasya, Mat, Adira dan Zain berada di depannya dengan tangan kanan masing-masing memegang beberapa biji belon yang telah diikat. Tangan kiri mereka disorokkan di belakang badan.

Tidak semena-mena semuanya berlari sehingga betul-betul berada pada jarak seinci dengan mukanya lalu meletupkan belon-belon tersebut menggunakan jarum yang berada pada tangan yang disorokkan tadi.

Ed menempik sambil menutup telinga kerana ketakutan. Ya, mamat acah sado ni takut dengan bunyi belon meletup dekat dengan dia. Tak padan dengan badan besar.

"WOI PEHAL KORANG KEJAM SANGAT NI??!!!" Ed menjerit kegeraman.

Rakan-rakannya langsung berhenti namun tidak mampu menahan ketawa melihat reaksi Ed. Even Natasya pun sama naik. Ed menyumpah dalam hati.

"Alolololo ok sorry ye. Haha kitorang saja jelah nak kenakan awak. Sama macam zaman sekolah dulu." Natasya bingkas memujuk. Mukanya dimaniskan.

Ed memuncungkan bibir. Kedua-dua belah tangannya disilangkan. Acah-acah merajuk. Tak padan dengan umur dah tua bangka. Puiiii.

"Ed..." panggil Natasya lembut.

"Ya." jawab Ed sepatah. Aura merajuk masih dikekalkan.

"Pandanglah sini..." pujuk Natasya.

Perlahan-lahan Ed memusingkan badannya menghadap gadis itu. Keningnya diangkat.

BUTA (on Hiatus)Where stories live. Discover now