Bunyi siren kereta polis dan ambulans memenuhi ruang. Kereta Ferrari yang tersadai di dalam gaung itu rentung, yang tinggal cuma rangka. Barisan polis trafik berusaha sedaya upaya mengawal kelancaran lalu lintas. Wartawan di tempat kejadian gigih melaporkan rentetan kemalangan dan kondisi mangsa - untuk sudah kali yang ke-x sepanjang hari itu. Natasya menguap untuk kesekian kalinya. Dia benar-benar kebosanan.
"Aku ingatkan Astro je yang buat kerja tayang mende sama sepanjang hari, rupanya TV kat France ni pun lebih kurang sama je. Heh." Adira menghirup air Nescafé O di tangannya. Sedap. Tak sia-sia dia berguru daripada arwah Opah.
Sandar Natasya pada sofa diluruskan - mencari posisi paling ideal sebelum melancarkan serangan verbal. Bukan ada motif sangat pun, saja nak mengusik si Adira. Siapa lagi dia nak kacau dah kalau penghuni dalam rumah tu ada mereka berdua je. Itupun kalaulah betul takde yang ketiga.
"Kau ni Dira, pasal TV pun kau nak membebel. Alah dia ulang banyak kali pun sebab kesian kat orang yang petang-petang baru nak balik kerja, pepagi tak sempat tengok TV. Kau apa tahu, doplohpatjam dok melayan K-pop kau tu je." Natasya tergelak sinis, puas melihat reaksi negatif pada raut wajah housemate nya itu. Berbekalkan smirk yang masih bersisa, jejari runcing milik Natasya ligat menyusur di celah-celah timbunan keropok goreng di dalam pinggan kaca di hadapannya - mencari kepingan paling nipis untuk dinikmati. Nipis-nipis baru lah sedap nak makan, kan? Dah jadi adat student oversea: apa saja barang yang dianggap menyusahkan untuk dibawa pulang, disedekahkan secara rela (dan paksa) kepada para junior - jadi keropok ni pun wujud kat rumah diorang atas sebab yang sama.
Sebelum sempat disua ke dalam mulut, Adira dah terlebih dahulu menyambar keropok itu dan mengunyahnya sepuas hati - geram. Lagaknya tak ubah seperti burung helang menyambar tikus mondok dari tanah. "Oh kau sedap-sedap je kutuk aku minat K-pop kan. Yang kau tu pagi petang siang malam duk mengadap drama Siam entah apa-apa tu, ada aku cakap apa-apa ? Takde kan ?! Ah dah lah kau, baik aku makan sorang je keropok ni. Penat-penat aku goreng nak bagi kau makan, kau sedapppp je kutuk aku. Eh dah ah malas aku nak layan kau!'' Adira mendengus geram. Kedua-dua belah tangannya pantas mencapai pinggan keropok dan cawan Nescafénya lalu menghentakkan kaki menuju ke dalam bilik. Peduli apa dia kalau aksinya waktu itu dilabel seperti budak 5 tahun. Yang dia tahu, dia betul-betul tengah marah.
"Hadoi...dah lah aku kena bebel...keropok pun aku tak dapat makan? Apa lah sedih sangat nasib aku hari ni..." Natasya bermonolog. Sejak pagi semalam lagi si Adira tu buat perangai. Entah apa salah Natasya sampai semua benda nampak tak kena pada mata minah seorang tu.
Natasya merebahkan seluruh badannya ke atas sofa, cuba medapatkan ketenangan. Pandangannya ditala ke arah Sony Xperia XZ putih yang terdampar di atas meja Jepun itu, tanpa sedar. Lampu neon hijau berkelipan dari sisi atas skrin.
Mengikut congakannya, sudah hampir 2 jam lampu itu menyala: menandakan sudah hampir 2 jam juga telefon bimbit itu tak berhenti daripada menerima SMS; atau mungkin missed calls; atau mungkin DM di Twitter; atau mungkin FB messenger; atau mungkin pesanan daripada WhatsApp; atau apa-apa sahajalah applikasi media sosial yang wujud dalam handphone tu. Kalau dah nama nya telefon tu on silent mode and semua notification di set as warna hijau je, tak ke semua benda pun nampak sama?
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia lempar objek empat segi itu ke dinding.
Biar berkecai menjadi serpihan kecil.
- sama seperti rupa hatinya saat itu.
"Ieeee serabutlah!!!" bentak Natasya. Kakinya dihayun laju meninggalkan ruang tamu itu, meloloskan diri ke kamar.
Pembaca berita BFMTV dibiarkan berbicara sendirian tanpa ada yang menonton.
Lampu hijau itu masih menyala.
YOU ARE READING
BUTA (on Hiatus)
Mystery / ThrillerBandar Besançon merupakan saksi kepada segalanya: - putusnya sebuah hubungan yang telah terjalin bertahun lamanya - terbongkarnya sebuah rahsia yang gigih disimpan rapi - terlerainya ikatan persahabatan angkara syak wasangka - tertanggalnya topeng...