"PUT..." Aryana menyapa sambil mengulum senyum.
"Put!?" Kening budak perempuan yang berdiri depan dia itu terangkat.
"Put for what? Pusat, putar, putik or put-put?" Serentak empat lagi budak yang berada dikeliling dia ketawa.
Gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Put itu melebarkan senyum. "Putri. Aryana. Danila." Sebut dia satu persatu.
"Ohhhh..." Penghuni dorm yang belum penuh itu menyahut.
"Anak kerabat mana?" Budak perempuan yang terangkat keningnya tadi menyoal lagi.
"Orang biasa aje..."
Angguk dua kali. Tangan dihulur. "Ainun Batrisya. Just call me Bat."
Huluran tangan Batrisya, dia sambut. "Bat ke Batman?"
Ketawa pecah lagi dalam dorm itu.
"And you are...?" Mata Aryana melirik pulak pada wajah yang berdiri disebelah Batrisya.
Dalam lesung pipit yang ditunjuk pada Aryana. "Panggil Uni sudah." Budak perempuan yang pakai kain batik paras lutut itu membalas ceria.
"Tapi kalau nak tau... full name dia universiti." Gadis berkulit kuning langsat di belakang Batrisya menyampuk laju. Dan untuk kesekian kali, dorm yang diberi nama Dorm Kenanga itu bergema lagi dengan ketawa para penghuni.
"Cantik sikit!" Tak semena, budak yang pandai-pandai tukar nama dia itu disiku. "Murni Suhana yang betulnya." Maklum dia pada Aryana.
"Sakitlah wei." Yang disiku Murni itu mengaduh. "Tajam siku tu mengalahkan pisau." Komen dia sambil menjegil garang. Buat-buat garang yang sebenarnya.
"Harus ah. Hari-hari aku asah dengan batu sungai kot."
Jawapan auta Murni buatkan dia julingkan mata ke siling barang dua saat. Lepas tu dia bawak mata ke muka Aryana yang setia terpacak depan dia. "Ain Irwana." Dia memperkenalkan diri. "Wana je." Sambung dia lagi.
"Weh! Aku pulak."
Empat kepala serentak menoleh ke arah katil yang bernombor enam.
"Eheeee..." Dia menyengih bila semua mata kini menghala tepat ke muka dia. "Aku Nurin Arissa." Tangannya melepasi katil menyambut huluran salam Aryana. "Rissa."
"Awal berkemas?" Aryana bertanya sebaik saja tautan tangan mereka terlerai. Murni dilihatnya sibuk melipat kain baju lalu disusun ke dalam almari pakaian yang disediakan kepada pelajar.
"Tahu takpe."Irwana yang dah terbaring di atas katil mencelah tiba-tiba. "Sejak kitorang sampai tadi, dia sibuk nak mengemas."
"Kau kira beruntung sebab dia yang mula hulur tangan nak berkenalan. Kitorang tadi tu kena menapak pergi jenguk dia dekat balik pintu almari tau. Aku yang masuk dengan luggage gedabak pun dia boleh buat tak endah."
Bebelan Batrisya itu, buatkan Murni tayang gigi putih dia yang bersusun cantik. "Sorrylah guys. Aku tak boleh kalau tengok barang bersepah. Aku wajib kemaskan dulu lepas tu barulah aku boleh fokus perkara lain. Aku jadi tak tenang tau kalau tak boleh tengok kain baju aku bersusun kemas. Rasa macam hidup tak lengkap je."
"Sorry naik feri pergi Langkawi." Murni jelir lidah.
"Tapi... aku mabuk laut. Macam mana?"
Kenyataan Arissa yang disertakan dengan muka blur dia buatkan mereka berempat tergelak. Muka ketat Batrisya, Irwana dan Murni yang sengaja dibuat-buat terus jadi longgar. Aryana pulak hanya menggelengkan kepala. Hati dia rasa lega tiba-tiba. Lega sebab dia dapat rasa persahabatan baru yang dia akan lakar di sekolah baru ini akan terjalin dengan baik. Baru hari ni mereka berkenalan antara satu sama lain tapi gaya dan cara tu dah macam kenal bertahun-bertahun.
Bukkk!!! Pantas kepala mereka bergerak mencari dari mana datangnya bunyi itu. Mata masing-masing dapat tangkap satu susuk tubuh yang tengah tersembam dengan 'sempurnanya' di atas lantai.
"Adoyaii! Bengong ah!" Walaupun muka masih rapat pada lantai, suara itu jelas kedengaran. "Apsal boleh jatuh pulak nih? Dah la aku tak redha datang sini. Kena paksa pulak dengan mama. Eeeiii!" Gadis yang tersadai di ambang pintu dorm itu cuba berdiri. Bibir masih terkumat-kamit membebel. Tangan kanan mencapai pemegang luggage. Tangan kiri pulak gigih meraba-raba di lantai. Satu persatu penyangkut baju dikutip. "Padan muka kau Bell! Ego ke langit sangatlah kan? Dah bagus amat mama dengan papa nak tolong angkatkan barang-barang ni tadi kau tak nak pulak. Kononnya mogok. Boleh berdikari. Dah tak perlukan diorang lagi. Sekarang... kan dah tak pasal-pasal. Aku la kan..." Ayat seterusnya dia telan balik masuk ke dalam kerongkong sebaik saja mata dia jatuh tepat ke arah kelompok manusia yang berdiri di tengah-tengah dorm.
"H-hai..." Mereka berlima yang asalnya tadi terkedu dengan kejadian depan mata, menegur.
Walaupun muka merah menyala tahan malu Bella tetap membalas, "Hai jugak."
"Err... are you... okay?" Batrisya angkat kening.
"How do I look?" Soalan itu Bella balas jugak dengan soalan. "Dan... sejak bila korang ada dekat situ?" Dengan muka yang masih merah-malu-gila dia tembak lagi soalan ke dua.
"Sebelum kau masuk dan tersembam tadi...?" Murni sukarela menjawab.
"Tapi korang boleh buat tak tahu?" Rasa malu berganti terus dengan rasa nak marah. Aku cium lantai macam tanak lepas, diorang boleh buat macam aku halimunan?
Serentak budak berlima itu tayang sengih-kambing-gurun.
Irwana melangkah dekat ke arah Bella. "Bukan sengaja nak buat tak tahu. Tapi well... you know? Tiba-tiba kau masuk. Tiba-tiba kau boleh pulak tersembam depan pintu. Tiba-tiba kot."
"So, kitorang jadi speechless." Aryana mencelah. Dia jugak bergerak ke arah Bella. Diikuti dengan Batrisya dan Murni. Dua saat lepas tu, Arissa ikut serta sama. Ditinggalkan baki kain baju yang belum berlipat.
"Sorry." Mereka berkata serentak.
Ungkapan itu terus mengundang senyuman di bibir Bella. "It's okay. Just kidding la. Cuma... aku malu. Buruk gila kan gaya kuak lentang aku tadi tu?"
"Tak lah. Comel apa." Komen Arissa sangat positif walaupun dia akui yang gaya Bella di atas lantai tadi sangatlah kelakar. Kalau ikutkan hati dia nak gelak guling-guling pusing dorm. Tapi tak sampai hati kot.
"Nampak sangat menipu." Bella buat muka.
Pecah gelak.
"Nama kau apa?"
Senyum segaris. Tangan dihulur dulu kepada Irwana. Sebab soalan tu datangnya dari gadis yang berambut lurus paras bahu itu. "Nurul Isabella."
"Bell... for short?"
"Yes."
*****
YOU ARE READING
Hot N Cold
Romansa"Dah makan?" Mata leka memerhati tetamu yang mula menjamu selera.. "Soalan untuk aku ke tu?" Tanya Aryana. Bukan apa, buatnya soalan itu Carl tujukan untuk orang lain tapi tak pepasal dia pula yang perasan, tak ke malu? Yang dia jadi teragak-agak t...