ARYANA berjalan ke bilik guru dengan hati yang ragu-ragu. Masa dia kusyuk bersembang dengan Bella, Boyot dan Fizi tadi dia didatangi oleh seorang pelajar perempuan yang menyampaikan pesanan bahawa Teacher Hayati mahu berjumpa dengannya segera. Nak tak nak dia terpaksa turuti jugak tanpa sekelumit kerelaan. 'Kenapa Teacher Hayati panggil aku ni?' Dia mengomel sendiri.
"Teacher nak apa, ye? Aku ada buat salah ke?" Dia berbisik perlahan. Wajah bengis guru Bahasa Inggeris kelas dia menjelma di ruang mata. Teacher Hayati merupakan guru yang tersenarai dalam list guru yang paling digeruni para pelajar. Sekali dia jerkah, mahu tercabut segala tudung. Eheh!
"Opocot Pak lebai langgar dinding!" Dah menjadi kebiasaan, dia akan melatah bila diri dikejutkan dengan sensuatu secara tiba-tiba. Dahi terasa perit bila dia tercium dinding. "Apehal aku boleh langgar dinding ni?" Dia menggomel sendiri. Digosok perlahan dahi yang kian hilang rasa sakit.
"Dinding?"
Suara garau yang menyapa corong telinga, mendongakkan dia ke atas. Serta merta. Yang dia nampak dulu adalah lencana sekolah. Cup! Dia jadi terpinga sekejap. 'Aku langgar orang?'
"Ehem."
Dia mendongak lebih tinggi. 'Subhanallah!' Seru dia tanpa suara. "Sumpah aku tak sengaja." Kata dia tegas. Pantas dia menapak tiga langkah ke belakang sebaik saja muka manusia itu menampan ruang mata.
"Kalau berjalan sila pandang depan. Fokus." Nasihat lelaki itu sambil mengorak langkah meninggalkan Aryana yang masih terpinga-pinga.
Eesh! Dia berdecit. "Eleh! Macamlah kau tu fokus sangat. Kalau ya, mesti kau dah mengelak kan?" Ternyata Aryana tak berpuas hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh lelaki itu. 'Aku pantang betul dengan manusia tak sedar diri macam ni. Dahlah tak sedar diri, mulut pulak puaka macam apa je. Menyakitkan hati betul!'
Langkah dia mati. Carl menoleh ke belakang. "Kenapa kau suka salahkan orang lain bila kesalahan itu berpunca dari diri sendiri?"
Mata Aryana terjegil besar mendengar soalan spontan yang keluar dari bibir musuhnya itu. Dia pasang niat untuk untuk membalas, tapi bibir tak mahu beri kerjasama. Terkunci rapat-rapat bila mata Carl jatuh pada pada dia.
"And one more thing. Sekarang ni, Allah bayar cash bila kita buat dosa. Terutama sekali bila dosa mengumpat cikgu sendiri." Dengan ayat itu Carl berlalu meninggalkan Aryana yang masih terpempan dengan tembakan bertubi-tubi dari lelaki itu. Dan dia hanya mampu memandang lelaki itu melangkah masuk ke bilik guru tanpa sebarang kata.
***
SEBAIK saja dia melangkah masuk ke dalam bilik guru, dilihatnya Carl sedang berada di meja Teacher Hayati. Dan itu sangat mengganggu perasaan dia. 'Eesh! Apasal lah setiap benda yang aku nak buat mesti ada kaitan dengan dia? Buku yang aku nak, dia pun nak. Aku masuk coral speaking, dia pun join jugak. Sekarang ni aku nak jumpa teacher, muka dia pun ada jugak. Teacher yang sama pulak tu. Waktu pun sama. Haih!'
"Hello, Putri?" Teacher Hayati muncul dari belakang, menyapa mesra.
Sentak sekejap."Yes, teacher." Balasnya perlahan. "May I know, teacher. Why do you want to see me?"
"Come. Have a seat first." Teacher Hayati menggamit Aryana menuju ke mejanya.
Dengan berat hati dia mengekori guru yang berumur awal 40-an itu ke mejanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hot N Cold
Romance"Dah makan?" Mata leka memerhati tetamu yang mula menjamu selera.. "Soalan untuk aku ke tu?" Tanya Aryana. Bukan apa, buatnya soalan itu Carl tujukan untuk orang lain tapi tak pepasal dia pula yang perasan, tak ke malu? Yang dia jadi teragak-agak t...