#Seseriusnya proses nak edit balik setiap chapter adalah sangat tak umphh kan hati. Yang tak umphh kan hati tu sebab bila baca balik cara tulisan dolu-dolu Allah... Allah... Allah... Betapa tak lawanya. Dah tu banyak pulak perkataan yang ditulis tak penuh(shortform). Jenis ayat dan perkataan yang kalau orang zaman sekarang istilahkan sebagai 'ayat budak wechat' (maafkan saya kalau saya salah). Setiap kali jumpa 'ayat-budak-wechat-zarithnatasha-sepuluh-tahun-lepas' mesti rasa nak benam kepala masuk dalam tanah. Malu weiii 😭😭😭. Walaupun dah edited tapi tak bermakna tulisan sekarang ni cantik. Saya budak masih belajar. Kalau salah tolong betulkan. Terima kasih dan selamat membaca 🥰🥰
***
Makluman dari Amran, junior tingkatan empat yang memberitahu bahawa kehadirannya untuk bertemu Teacher Hayati adalah digegaskan, maka berdirilah dia di hadapan pintu bilik guru sekarang ini. Dia berkira-kira untuk menolak pintu kaca itu sambil berfikir akan sesuatu. 'Takkan teacher nak aku masuk debate lagi kut tahun ni? Sakit otak lah nak hafal-menghafal ni.'
"Hmmph..." Tanpa sedar dia mengeluh agak kuat.
"Ehem."
"Huh?" Aryana gosok dada. Terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba itu. 'Macam kenal je suara.' Hati dia berdetik. 'Alamak!Alapak!'
"Jadi mak guard ke?"
'Alaa... Ni yang lemah ni. Takyah toleh. Buat-buat tak dengar, buat gaya macam takder apa-apa yang berlaku. Buat-buat tak kenal okey? Okey...'
Selesai bermonolog dalaman, dia menggerakkan tubuh ke kiri. Memberi laluan kepada manusia di belakang.
Tanpa sebarang kata, lelaki itu menolak pintu bilik guru dan terus melangkah ke dalam. Dan itu membuatkan Aryana jadi tergamam.
"Dia pulak yang buat-buat tak kenal aku? Dia pulak yang buat macam tak ada apa-apa? Weh... Lupa ke yang aku ni girlfriend kau? Eh-jap! Girlfriend? E-uww!" Sedar akan kekhilafan otak sendiri, dia terus menampar bibir berkali-kali. Jadi malu pula apabila dia sendiri mengeluarkan soalan serupa itu.
"Oit, Put. Hang apehal tepuk bibir tu?"
Suara milik Hani itu membuatkan dia melipat leher ke belakang. "Oit." Sapa dia pada dua manusia yang berpakaian seragam pengawas sekolah warna biru itu.
Amir disebelah Hani juga mengangkat tangan tanda menyapa. "Oit back."
"Korang buat apa kat sini?"
"Nak jumpa teacher."Balas Amir.
"Teacher Hayati?"
"Yup." Hani mengangguk.
"Me too. Debate lagi...?" Aryana menyoal dengan kening terangkat sebelah.
"Rasanyalah..." Hani-Amir menjawab serentak
"Hm, key..."
***
"AGAIN?" Respond Aryana bersama ngangaan bibir sebayak dua sentimeter apabila Teacher Hayati memberitahu mereka berempat dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan debate lagi sekali pada tahun ini.
"What's with that reaction, Putri? Any objection? Any problem?" Menerima tindak balas seupa itu dari anak muridnya membuatkan guru wanita itu memberikan seratus peratus fokusnya kepada Aryana.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hot N Cold
Romansa"Dah makan?" Mata leka memerhati tetamu yang mula menjamu selera.. "Soalan untuk aku ke tu?" Tanya Aryana. Bukan apa, buatnya soalan itu Carl tujukan untuk orang lain tapi tak pepasal dia pula yang perasan, tak ke malu? Yang dia jadi teragak-agak t...