HNC [Bab 39]

1.2K 36 22
                                        

Bismillah al-Rahman al-Rahim... Ya Allah, lamanya tak jenguk siniii

***

SELESAI sudah aktiviti night walk, semua pelajar dikehendaki membersihkan diri dan balik ke khemah masing-masing untuk tidur dengan segera disebabkan aktiviti untuk esok bakal berlangsung di awal pagi. Tapi bila dah nama pun budak-budak jenis tak berapa nak lut dengan arahan disekolah mahu pun di asrama, sampai ke sini mereka bawa perangai melanggar arahan. Orang lain dah siap sedia untuk pasang mimpi, barulah Bella dan rakan-rakan berdesup ke bilik air.

"Fuhhh... Dia punya level penat tu bukan biasa-biasa, doe." Suara Arissa bergema dari bilik shower paling hujung.

"Betul wei... Merentas desa time sukan hari tu pun tak macam ni punya lelah." Sahut Bella dari bilik shower sebelah kanan Arissa.

"Tired but worth it." Celah pula Irwana yang kini berjiran bilik shower dengan Bella. "Berjalan dalam hutan malam-malam macam tu. Dapat kenal dengan pelbagai jenis flora and fauna. Ada pulak cengkerik yang baik hati  sumbangkan background music perghh... heaven! Rasa macam nak tinggal kat sini terus je."

Mendengar ayat-ayat Irwana itu, Batrisya yang sedang menggosok gigi di singki mengguling mata ke siling. "Kalau macam tu lusa kau takyah ikut kitorang balik Perlis. Tinggal je kat sini dengan kawan-kawan baru." Antara mereka berempat, dia yang paling pantas mandi. Tak sampai sepuluh minit dah siap.

"Kalau cikgu izinkan...aku no hal. Besar tapak tangan nyiru aku tadahkan." Balas Irwana, mengiyakan cadangan yang dia rasa sangat best itu.

"Hellehh... Sehari dua seronok ah. Masuk hari keempat, kelima... mahunya kau call kitorang meraung suruh datang kutip." Sampuk Arissa yang sudah selesai mandi dan lengkap berpakaian pun. Tuala warna ungu muda tergantung pada pintu bilik shower dicapai dan rambut basahnya diselubung penuh. Kemudian dia menapak keluar dari bilik shower mendapatkan Batrisya.

"Ishh! Aku serius ni. Kenapa korang taknak percaya?" Tak puas hati dengan jenis tindakbalas yang diterima oleh kawan-kawan, Irwana menebak.

"Memang taklah nak percaya. Kau kot!" Serentak dan seirama tiga gadis itu menjawab. Dua suara dari singki dan satu suara dari dalam bilik shower. 

"Don't underestimate me. I am braver and stronger than you believe." Penuh dengan rasa yakin yang tinggi, Irwana menyangkal perasaan tak yakin para sahabat terhadap dia. "Come on lah... I am big enough okay."

"Sangat, Wana...sangat!" Batrisya tayang muka stern sambil menyusun atur bekas toiletries milik dia. 

Arissa tergelak, terhibur dengan ayat-ayat Irwana sebelum bersuara.  "Nak ajak buat jenayah pun banyak cekadak. Inikan pulak nak tinggal kau dekat hutan sorang-sorang. Lamberttt lagi." Saat pandangan dia dan Batrisya itu bertembung melalui cermin, dia angkat kening dua kali.

Mendengarkan itu, Batrisya dan Bella bergabung tawa.

"Alaa guys..."

"Cepat, Wana..." Belum pun Irwana merengek panjang, Arissa menokok lagi. "Orang lain semua dah siap mandi. Nak kena tinggal ka?"

"Aku belum!" Bella melaung kuat. "Korang balik khemah dulu. Nanti aku dengan Wana follow."

"Suruh Put dengan Murni datang mandi cepat-cepat. Entah apa budak berdua tu buat dekat dapur dari tadi." Teringat akan dua sahabat yang sejak balik dari aktiviti tadi terus jadi sukarelawan sertai Apit dan Fizi untuk tolong Abang Khalid menyediakan bahan-bahan untuk dimasak pagi esok, Irwana menitipkan pesan. 

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 29, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Hot N ColdTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang