HNC [Bab 34]

675 38 17
                                    

*60% chapter baru

*Thanks kepada yang menunggu. Much appreciated. Muahhh!😘

*Anda digalakkan untuk dengar lagu My Baby You kat atas tu masa baca chapter ni 😍😍

***  

HARI yang kononnya paling tidak dinantikan oleh Aryana dan para sahabat sudahpun tiba. Tolak punya tolak, akhirnya Apit berjaya juga menundukkan enam kepala itu. Walaupun dengan cara tak berhemah dimana dia perlu menggunakan kuasa veto sebagai ketua asrama dengan mengugut, dia tak peduli. Yang penting, geng jenayah sekolah itu menyertai mereka dengan mengambil bahagian di dalam acara hari ini.

"Uni, tolong refill mayonis." Suara Pidut berkumandang dari gerai yang menjual makanan jenis western itu. Fokusnya diberikan sepenuhnya pada chicken chop separuh masak yang berada di atas kuali leper. Barisan pelanggan yang sedang menunggu pesanan semakin panjang. Keadaan sekarang agak kalut namun masih terkawal.

"Ai ai, captain." Seperti yang dipinta, cekap tangan Murni buat kerja. Paket mayonis seberat satu kilogram di ambil dari dalam kotak lalu digunting sedikit plastik sebelum dimasukkan ke dalam botol.

"Epon! Nugget ayam dua set! Fries tiga set!" Jeritan yang langsung tak control ayu itu datang dari Batrisya. Tugasnya sebagai tukang ambil pesanan dibuat dengan penuh semangat.

"Noted!" Sahut Epon yang masa ni sedang menggoreng kentang di dalam kuali yang agak besar. Sambil tu dia menyempatkan diri juga menolong Pidut dengan memantau tahap kemasakkan chicken chop yang merupakan menu utama penjualan mereka hari ini. "Yang hujung sekali tu dah boleh angkat. Karang terlebih garing pulak."

"Pit! Burger daging dua." Pesanan baru itu Batrisya tujukan buat Apit yang diberi peranan mengendali segala tempahan yang berkaitan dengan semua jenis burger.

"Baik!"

Setelah puas mengerah pendapat, menapis idea dan bertikam lidah jugaklah sekali sekala akhirnya mereka semua sebulat suara telah memutuskan untuk membuka tiga buah gerai. Gerai menjual makanan western, gerai menjual gubahan bunga dan coklat serta gerai yang menyediaan perkhidmatan tuju lagu.

Perancangan dibuat dengan teliti. Setelah dibincang dan dipersetujui oleh dua belas kepala, mereka dibahagi kepada tiga kumpulan. Dan setiap satu kumpulan terdiri daripada lima, empat dan tiga orang.

Disebabkan Pidut, Apit dan Epon mempunyai kecenderungan minat terhadap memasak, jadi mereka berdua awal-awal sudah sukarela mencalonkan nama untuk menguruskan gerai makanan western.

Pengalaman Murni yang selalu turun padang menolong sepupunya di restoran pada setiap kali cuti sekolah tiba, dia berjanji akan praktikkan bersama tiga lelaki itu. Batrisya pula cuma mengikut saja, mengisi kekosongan tugas yang ada.

Aryana, Bella, Irwana dan Boyot ditugaskan untuk menjaga gerai gubahan bunga dan coklat. Manakala gerai tuju lagu pula diamanahkan kepada Carl, Fizi dan Arissa. Walaupun mereka sudah diberikan tugas masing-masing, namun mereka masih bebas untuk menyumbang tenaga untuk menolong mana-mana gerai yang agak tidak terkawal kekalutannya. Kedudukan tiga buah gerai yang bersebelahan itu memudahkan mereka untuk bergerak dari satu gerai ke satu gerai.

Macam sekarang apa yang dibuat oleh Aryana. Melihat Murni tak menang tangan memotong bahan-bahan untuk disertakan di dalam dua belas set chicken chop, dia yang berada di gerai sebelah terus menghulurkan bantuan. "Apa lagi yang nak kena potong?"

"Timun." Tak mengangkat muka dari jambangan lettuce yang sedang dibersihkan dengan air, Murni menjawab.

"Sudah. Lagi?"

Hot N ColdWhere stories live. Discover now