HNC [Bab 8]

584 19 2
                                    

"KORANG, join coral speaking jom?" Ajak Murni. Tangan ligat melipat baju-baju yang baru diangkat dari ampaian.

Kalau nak ikutkan sekarang waktu riadah. Sepatutnya semua aspura dan aspuri diwajibkan turun beriadah dan tidak dibenarkan berada di dalam bilik. Tapi bagi enam gadis ini perkara yang wajib di asrama menjadi sunat kepada mereka. Disebabkan sikap mereka itu, mereka telah di beri award palajar paling bermasalah di asrama. Sampaikan warden-warden asrama pun dah jemu lihat muka mereka yang wajib timbul bila saja ada masalah yang berlaku di asrama.

Antara kesalahan yang pernah dan selalu dilakukan oleh enam gadis itu ialah bising dan tidur waktu prep, lambat datang time ro-call, tengok televisyen pada waktu yang tidak dibenarkan (terutama ada perlawanan bola sepak), lepak di luar bilik selepas pukul 11.30 malam (waktu diwajibkan semua pelajar berada di atas katil masing-masing) dan banyak lagi lah. Tak tersenarai. Bagi mereka bab kena marah, kena tengking depan khalayak ramai dengan mencuci tandas dan kawasan asrama dah jadi tugas sebati dalam diri. Dah biasa pun.

"Best ke, Uni? Aku tengok kau ni bersungguh-sungguh nak join benda tu." Mata Batrisya tetap melekat pada komik yang sudah setengah buku dibacanya.

"Best la. Kalau tak aku tak ajak korang join. Kita boleh dapat sijil penyertaan. Mata merit pun boleh sapu jugak. Korang tak berminat ke?" Anak kelahiran Negeri Kelantan itu memandang satu persatu wajah teman-temannya. Cara pandang tu penuh dengan riak berharap.

"Aku on." Irwana orang pertama yang bagi jawapan positif. Melihat Murni yang sungguh-sungguh beriya itu, dia jadi lemah.

"Yes!" Murni bersorak.

"Demi mendapatkan sijil dan mata merit... aku sanggup." Kata-kata Arissa buatkan Murni tersenyum lebar.

"Me too!" Batrisya mencelah tak lama lepas tu.

Hela nafas dulu sambil membalas pandang dengan Murni. "Nak tak nak, aku pun relakan diri." Bella jungkit kening.

"Put?" Semua mata kini terarah pada Aryana yang masih fokus pada majalah ditangan.

Majalah dialihkan dari riba. Dagu dipegang. "Actually, aku tak minat semua benda alah ni."

"Alaaa..." Nada Murni jelas kecewa. Sedih muka dia.

"Tapi... aku nampak kau macam beriya sangat nak join. So, deal."

"Serius!?" Respons positif Aryana mengundang jeritan teramat suka dari Murni. "Alhamdulillah." Pantas dia berdiri mendapatkan Aryana lalu pipi gebu sahabatnya itu dicium rakus.

"Wei!" Pegangan Murni cuba dirungkai. Hampir tak bernafas jadinya. "Tak senonoh!" Kata dia sambil menggosok pipi.

Dan lepastu, Dorm Kenanga bergema dengan suara enam sahabat.

***

"LAMBAT lagi ke turn kita?" Terkibas-kibas tangan Aryana mengipas muka. Kehadiran penghuni lewan, mengundang haba yang langsung tak selesa.

"Tak tau. Uni dengan Bat pergi tanya pun tak balik-balik lagi." Jawab Bella. Tangannya naik ke dahi mengesat peluh.

"Panas amat dewan ni. Ada aircond pun tak on. Kipas pun berpusing nak tak nak je." Gumam Arissa. Badannya disandar pada dinding dewan.

"Relaks ah. Kejap lagi sampailah turn kita." Irwana mententeramkan para sahabat. Dia kini sudah melipat sila di atas lantai. 'Peduli apa baju kotor. Kaki dah lenguh sangat ni.'

Hot N ColdTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang