BAB 05

21K 869 8
                                    

Brianna dan Hannah melopong sebaik sahaja aku menceritakan hal pagi tadi kepada mereka. Lama mereka tidak bersuara. Aku pandang mereka satu persatu. Dah jadi mannequins ke dua ekor ni?

"So, your Knight in shining armour is Danial Spark? You're not imagining things aren't you?" Soal Brianna sambil menunjukkan majalah MASCULINE yang berada di tangannya. Aku mengangguk. Majalah itu aku bawa dari apartment sebagai bahan bukti kalau aku yakin lelaki itu adalah Danial Spark.

"That was more like Mafia in well tailored suit. Listen, Chel my sweetheart. We owed him for saving you. But you've got to stay away from him. He's dangerous. Oh, you're too innocent for this.. " Hannah mengoncang bahuku sebelum mengigit hujung jarinya tanda risau. Aku mengerut dahi.

"Yeah, he's yummy but dangerous. Isn't it fun?" Brianna menepuk tangan. Hannah merengus. Aku menggeleng. Suka pula dia. Kenapa bukan dia sahaja yang diselamatkan oleh Danial Spark?

"Bri, you're not helping." Marah Hannah.

"Ala, gurau je. Chel, kalau kau nampak mamat ni kat mana-mana silakan buka langkah seribu. Buka silat jangan sebab aku tahu kau mesti failed punya. Kau tahu tak aku dengar orang cakap, he's not even human.."

"Really? Then what is he? Some kind of robotics device?" Soalku ingin tahu. Yalah, zaman dah moden. Manusia boleh buat robot serupa manusia.

"My dear, are you serious? He's the devil itself!" Hannah mengoncang bahuku lagi.

"I'm starting to worry about her.. " Bisik Brianna ke telinga Hannah. Aku menjeling. Perli aku pula.

"I'm sorry, i can hear it loud and clear.." Cebikku. Aku mahu menceritakan soal perkara di berita tadi kepada keduanya namun niatku dibatalkan. Lagi pula aku tidak pasti. Jadi aku biarkan sahaja meskipun aku terganggu akan hal itu.

"Chel, mulai dari hari ni jangan pergi mana-mana tanpa maklumkan pada aku atau Anna. Macam mana kalau Danial Spark tu stalker?" Sambung Brianna.

"Apa faedahnya dia nak stalker aku?"

"I think Bri is right Chel. I mean macam mana dia boleh tahu password pintu kau? Kenapa dia selamatkan kau melainkan dia yang aturkan. He can do anything Chel.. " Aku terdiam mendengar kata-kata Hannah. Danial Spark nak atur semua ni untuk apa? Dia tidak dapat keuntungan apa pun!

"I just can't believe it. Why you? I mean you like a small dust. He's the king. How did he even realised your existence?" Soal Brianna. Hannah mengambil bantal kemudian dia memukul Brianna kuat. Aku ketawa.

"Don't talk to her like that. Mungkin kau tengok Chelsea tak istimewa. But she's got a big heart. She's the sweetest thing on earth. Everybody love her.." Marah Hannah. Brianna sengih.

"I'm just kidding Anna. Oh God, kenapa sensitive sangat? No matter what, we stay in this together.." Kata Brianna.

"Guys, sudahlah tu. Baik kita lepak Cafe. Aku dah mula lapar dah ni.." Aku bangkit. Kedua-duanya mengangguk. Hannah bangun dari kerusi gaming nya. Aku dan Brianna menunggu di luar bilik Hannah. Topik tentang Danial Spark lenyap begitu sahaja.

Sepanjang dalam perjalanan ke Cafe, kedua-duanya seronok bercerita tentang parti semalam. Kadang disertai dengan gelak ketawa. Aku dibelakang lebih selesa memandang ke luar tingkap. Brianna memberhentikan keretanya disebelah sebuah Lamborghini berwarna merah yang kebetulan parking di depan Cafe. Aku memandang sekilas. Tidak pernah aku lihat kereta ini sebelumnya. Kami bertiga keluar dari kereta. Aku masuk ke Cafe tanpa mempedulikan kedua sahabat baikku yang sedang bergambar dihadapan kereta mewah tadi.

"Hello kak!" Sapaku pada Felina yang sedang memasukkan biskut coklat kedalam balang kaca untuk dijual

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hello kak!" Sapaku pada Felina yang sedang memasukkan biskut coklat kedalam balang kaca untuk dijual. Felina mengangkat tangannya tanda tunggu sekejap. Aku melangkah ke tempat yang memang menjadi sudut pertapaan ku. Suasana di Cafe agak sunyi hari ini walaupun pelanggan ramai. Semuanya bagaikan tidak berani bersuara. Ada yang bergegas menghabiskan minuman masing-masing dan melangkah keluar.

Aku pandang sekeliling. Tiba-tiba bagai ada arus elektrik mengalir ke tubuhku sebaik sahaja terlihat sepasang mata biru sedang menatapku tajam. Aku dapat agak, dia adalah punca utama Cafe ini bagaikan sedang berkabung. Dia bangkit dari tempat duduknya dan berjalan perlahan ke arahku. Aku mengigil.

"Hi!" Sapanya tanpa senyuman. Aku telan liur. Niat untuk duduk aku batalkan. Terpaksa berdiri tanda menghormati nya.

"W-what are you d-doing here Mr Spark?" Soalku terketar-ketar. Dia mengangkat kopi ditangannya. Beli kopilah takkan nak beli ikan, aku menjawab dalam hati bagi pihaknya.

"Coffee.." Balasnya sepatah. Aku mengangguk. Tidak lama kemudian Brianna dan Hannah melangkah masuk ke Cafe. Langkah mereka terhenti sebaik sahaja terpandang Danial Spark.

"I gotta go. Take care love.. " Dia menundukkan badannya padaku dan berlalu keluar. Bagaikan dipukau, kami memerhatikan langkahnya sehinggalah dia hilang bersama Lamborghini merah tadi. Brianna terduduk.

"That was his car?" Soal Brianna lemah.

"I guess.. " Jawabku. Dah dia yang pandu, tak kan kereta aku pula.

"He's gonna kill me!" Brianna menekup mukanya. Aku mengigit bibir. Takkan lah Danial Spark nak bunuh orang sebab bergambar dekat kereta dia?

"Did he just call you love?" Sampuk Hannah. Aku angkat bahu tanda malas ambil tahu. Mungkin itu bahasa mafia, siapa tahu?

"Seriously Anna? He's billionaire. He owned the world. Girls wrapping around his finger. Dia boleh dapat berapa banyak love dia nak.." Brianna merengus.

"I wish he call me that.. " Hannah mencebik.

"Guys stop it. Aren't we supposed to stay away from him?" Sampukku.

"Look who's talking.. " Brianna mengejekku lagi. Hannah ketawa.

"Chel, we're not the one who should stay away from him. It's you.. " Hannah menyedarkanku. Aik, berubah?

"What happen to stay in this together?" Aku mengungkit ayat Brianna.

"That was long gone love. Long gone.. " Brianna berdiri sambil meniru nada suara Danial Spark yang dingin dan tidak berperasaan. Hannah ketawa manakala aku senyum. Ada-ada sahaja. Ni kalau Danial Spark nampak, memang ada lah yang kena tembak.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now