Mataku dibuka perlahan-lahan. Lega sebaik sahaja melihat aku berada di bilikku sendiri. Aku terfikir sesuatu. Rasanya semalam ada sesuatu terjadi padaku. Aku mimpi ke? Fuh, Mimpi yang menakutkan.
Harap-harap aku tidak mengalami mimpi ngeri itu lagi. Aku menarik selimut menutupi kepalaku. Baru sahaja mahu menyambung tidur tiba-tiba mataku terbeliak. Pantas aku bangun dan menarik baju kot berwarna kelabu yang membaluti tubuh ku. Baju siapakah ini?
Baju ini? Pipiku aku ramas. Terasa sedikit kebas. Aku berlari anak menuju cermin. Ada bekas merah disitu. Jadi ini bukan mimpi? Baju kot itu aku belek lagi. Saiznya jauh lebih besar dari badanku. Figura lelaki yang menolongku semalam bermain difikiran. Ya, badannya tinggi dan gagah.
Aku anggarkan tingginya enam kaki tiga inci. Aku berharap agar dapat bertemu semula dengannya untuk berterima kasih.
Tapi, macam mana dia tahu rumah aku? Dan.. Combination code pintu aku. Senang sangat ke nak buka apartment ni? Macam mana kalau ada orang ceroboh bilik aku? Kena tukar combination lepas ni. Seram!
Telefon bimbitku berbunyi. Tas tanganku aku buka.
"Bri?" Soalku.
"Thanks God! Chelsea Caravalho! Dah berpuluh-puluh kali aku dan Hannah call. Kau dekat mana? Are you okay? I'm so worried about you.." Nada risau kedengaran. Aku senyum.
"Aku okay, aku dekat rumah.. " Jawabku.
"What happen to you last night? Gina kata dia nampak dua orang lelaki kacau kau. Dia lari masuk minta bantuan tapi lepas kami sampai kau dah tak ada. Dua orang lelaki tu pula dah longlai kena belasah.."
"I'm fine babe. Ada orang selamatkan aku.. " Terangku.
"Oh, really? Siapa Knight in shining armour tu? Handsome tak?" Hmm, mula dah miang dia. Aku menggeleng dengan soalan Brianna. Kalau handsome semua dia kebas.
"Entah. Aku pengsan dan bangun-bangun je ada kat rumah. Aku tak nampak pun muka dia.."
"Wait, kau tak pelik ke?" Soalnya seolah-olah terfikir sesuatu.
"Itu yang aku tengah fikirkan sekarang. Macam mana dia tahu aku tinggal dekat mana and my door combination code. That's weird.. " Aku mengerutkan dahi. Aku melangkah ke dapur memanaskan air di cerek. Keadaan dalam rumahku seperti biasa. Tiada tanda-tanda diusik. Tiada juga tanda-tanda buku ku di rompak.
"Oh no, kalau dia stalker macam mana? Mana tahu dia upah orang kacau kau sebab dia nak jadi hero. Lelaki sekarang bukan boleh percaya. Babe, kau tinggal dengan aku sementara. Tukar apartment ke? Bahaya.." Cadang Brianna. Aku ketawa kecil. Mesti pengaruh movie lebih Brianna ni. Tak nak lah aku tinggal dengan dia. Lebih baik aku tinggal dengan Hannah. Tak adalah hidup aku haru biru sangat nanti.
"Are you crazy? I don't even have a money for that.. " Aku menyedarkannya. Senang sangat nak suruh tukar apartment macam tukar baju. Dia ingat duit ni jatuh dari langit ke apa? Aku menggapai tuala dan membuka dress ku. Baik aku mandi lepas ni, segar sikit badan. Badan terasa lenguh sejak bangun tadi. Peti television retro aku hidupkan. Walaupun sudah lama tapi television itu masih berfungsi dengan baik. Aku memang suka kan benda yang old school. Laporan berita berkumandang di kaca tv.
"I'm just suggesting.. " Sambungnya. Baru sahaja aku mahu menjawab, kedengaran loceng pintuku ditekan dari luar. Tuala yang membaluti tubuhku aku rapikan. Siapa agaknya? Aku jarang ada tetamu selain Brianna dan Hannah. Madam Jillian ke?
"Kejap, ada orang dekat luar. I'll call you back!" Aku menutup telefonku dan melangkah ke ruang tamu. Tombol pintu aku pulas. Seorang lelaki berbadan tegap bersuit merah berdiri tegak dihadapanku. Tanpa di persila dia melangkah masuk dengan kedua-dua belah tangan berada di poket seluar.
"Good morning love.." Suara dinginnya seperti pernah aku dengar. Kejap, wajah itu sering aku nampak di majalah. Dia Danial Spark?! Apa yang dia mahu? Eh, betul ke dia? Aku mamai lagi agaknya.
"Mo-morning.." Balasku tergagap-gagap. Kaki ku berundur perlahan. Kalau boleh, bukan setakat berundur. Lari terjun dari tingkat tujuh pun aku sanggup. Lelaki dihadapanku sekarang bukanlah lelaki sembarangan. Apa jutawan ni buat dekat apartment aku?
"Sorry, i just wanna check out on you. Are you okay?" Soalnya. Aku mengangguk. Dia masih tegak.
"I-I'm fine. T-thanks. It was you isn't it?" Soalku kembali inginkan kepastian. Rasanya dialah yang selamatkan aku semalam. Aku bertambah yakin bila dia mengangguk. Lagipun saiz kot yang aku pegang sekarang memang muat dibadan lelaki ini.
"Err, baju ni saya belum cuci. Sa-saya kembalikan pada awak esok boleh?" Soalku. Dalam hati menyumpah apabila berani memberi cadangan. Dengan Danial Spark, tiada yang berani bersoal jawab. Apa aku buat ni?
"It's okay. You don't have to wash it.." Dia bersuara lembut sebelum menghulurkan tangannya meminta baju kot itu. Terketar-ketar aku mengembalikan kot tadi kepadanya. Harap-harap tiadalah air liur basiku melekat disitu. Takut pula nanti aku diburu dan dibunuh hanya kerana sehelai kot. Dia boleh buat aku mati tanpa dikesan.
"Your face is still red. Are you sure you're okay? Nak pergi klinik?" Soalnya. Aku memegang pipiku yang masih merah akibat tamparan dari lelaki semalam. Aku nampak dia mengetap gigi. Cepat aku geleng kepala.
"Tak, e-esok hilang lah be-bekas ni.. " Jawabku terketar-ketar. Dia mengangguk sambil menarik nafas. Seperti cuba menenangkan diri.
"Okay. Kalau ada siapa-siapa yang berani kacau awak, just tell me. I will kill them for you.." Katanya. Pandangan matanya tajam menikam ku.
"It's okay. That won't be necessary.. " Balasku. Dia melangkah ke meja ruang tamu milikku sebelum mengapai sebuah majalah MASCULINE kepunyaan Brianna yang memang ditinggalkan dirumahku setiap kali edisi majalah itu dia beli. Takut nanti abang dia membebel.
Danial Spark menayangkan majalah itu padaku. Wajahnya menjadi penghias hadapan majalah. Ya, memang sah aku tidak mamai.
"So you know who am I?" Soalnya. Aku mengangguk. Memang di mana-mana majalah, Danial Spark terkenal sebagai jutawan Malaysia selain seorang ahli korporat yang berjaya. Tapi tiada satu majalah pun yang berani mendedahkan sisi gelap lelaki itu. Dia adalah ketua mafia. Dia digelar Dark Devil di dunia gelap. Aku sering mendengar cerita buruk tentangnya berlegar di bandar tapi aku tidak pernah ambil kisah selama ini. Sehingga lah dia muncul didepan mata. Ada gossip berlegar mengatakan bahawa dia tidak berperasaan. Sesiapa yang berani mendekatinya akan mati. Adakah aku akan menerima nasib yang sama? Kejap, bukan dia ke yang mendekati aku sekarang?
"Kawasan perumahan elite, Lavender street pagi ini gempar dengan penemuan dua mayat lelaki yang luka dengan beberapa bekas tembakkan. Polis masih lagi menyiasat kejadian itu. Polis meminta sesiapa sahaja yang melihat kejadian itu untuk tampil membuat laporan.." Suara pembaca berita memecah kesunyian kami. Aku mahu menoleh ke kaca tv namun penglihatanku di halang oleh badan Danial Spark. Dahi ku berkerut. Lavender street? Bukankah itu kawasan perumahan Ivory? Hatiku tiba-tiba resah. Pandanganku beralih kepada Danial Spark.
"Are you afraid of me?" Soalnya mendekatiku. Aku berundur. Gila ke kalau tak takut pada nya?
"Um, no.." Jawabku yang menyesal dengan ayat yang baru keluar dari mulutku sendiri. Dah sah-sah aku takut. Aku nampak dia senyum. Lesung pipi kirinya menonjol.
"Please don't be afraid of me love. I will never do anything to hurt you. Now, take care my love. It's so nice meeting you." Dia melangkah keluar sebelum menundukkan sedikit badannya dihadapanku. Kelibatnya hilang begitu sahaja. Aku masih terkaku di tempatku berdiri. Pandanganku tertancap ke kaca tv yang sedang memaparkan berita lain.
YOU ARE READING
KESAYANGAN ENCIK MAFIA
AcciónSebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Tidak pernah ada khabar baik yang tersebar bila melibatkannya. Segalanya berubah sejak dia terlihat Ch...