KAMI berjalan beriringan meredah shopping mall. Tujuan utama, mestilah tengok wayang. Tiket wayang sudah ditempah awal-awal oleh Danial Spark. Suasana sudah riuh-rendah. Tambahan pula sekarang hujung minggu, bertambah ramailah pengunjung. Mr George dan Madam Jillian berjalan di hadapan bersama Kak Felina dan suaminya Abang Khai. Rancak mereka berbual. Aku pun tidak pasti apa yang dibualkan. Hannah dan Brianna di sebelah kiriku manakala Danial Spark di sebelah kanan, mengengam jemariku bagai tidak mahu aku terlepas kemana-mana. Ben dan Owen berjalan di barisan paling hadapan manakala Arrow, Ngu dan Fox berjalan di barisan belakang. Untuk tujuan keselamatan. Aku dapat rasa mata semua pengujung asyik singgah kepada kami. Mungkin aneh, keluarga apa berjalan tengah mall bawa bodyguard sampai lima orang?
Pandanganku ku beralih kepada Danial Spark. Dia kelihatan segak hari ini dengan kameja merah jambu cair dan seluar hitam. Aku yang sengaja memilih warna kameja itu untuknya. Agar sepadan dengan blouse merah jambu cair yang sedang aku kenakan. Jadi, demi tidak menghampakan ku, kameja itu dia pakai juga tanpa sebarang bantahan.
"Aku dengan Anna pergi beli popcorn okay?" Kata Brianna. Aku mengangguk.
"Untuk semua ya.." Laju sahaja Danial Spark menghulurkan not seratus. Brianna menyambut sebelum berlalu bersama Hannah. Kedua rakanku juga sudah mula membiasakan diri dengan Danial Spark teruramanya Brianna. Danial Spark pula sudah pandai bergurau sedikit demi sedikit. Tiada lagi wajah ketat miliknya ditayang.
"Kenapa tak ada orang? Takkan kita je kot.." Kataku sebaik sahaja kami melangkah ke dalam panggung. Danial Spark tayang sengih.
"Sebab saya tak bagi orang lain masuk.." Katanya. Aku mencubit hidungnya. Dasar! Macam semua tempat dia punya! Kaki kontrol betul mafia seorang ni.
"Teruk.." Bisikku. Dia senyum.
"Mana ada. It's for your safety. Bayangkan dalam banyak-banyak orang tengok wayang dalam ni, salah seorang dari tu adalah assassin atau hitman. Macam mana?" Katanya. Banyaklah dia punya hitman.
"Yelah encik mafia.." Aku malas berbahas. Dia menarik tanganku sebelum mengucup lembut. Wajahku kembali merona. Romantik tak bertempat! Memang nak kena cubit.
Dari pintu masuk kelihatan Hannah dan Brianna dibantu oleh Ben dan Owen membawa popcorn bersama coke sebelum menghulur kepada Madam Jillian dan suaminya serta Kak Felina dan abang Khai. Fox, Ngu dan Arrow juga mendapat bahagian masing-masing. Begitu juga Ben dan Owen. Akhir sekali untuk aku dan Danial Spark. Aku dapat lihat keterujaan terukir di wajah pengikut-pengikut Danial Spark. Mungkin ini kali pertama mereka boleh berseronok memandangkan sebelum ini boss mereka beku macam batu ais import dari Eskimo.
"Awak fikir pasal apa?" Soalnya. Aku kaget. Aih, boleh tahu ke aku tengah berfikir? Senyumanku masih lagi meleret.
"Tak ada.."
"Kenapa senyum?"
"Aik, senyum pun tak boleh?"
"Boleh. Senyumlah banyak lagi.." Dia mula mengada. Aku mencuit hidungnya. Malas melayan karenah manjanya yang dah macam melebih-lebih. Aku berpaling ke kiri lebih memilih untuk berbual bersama kedua rakan baikku itu sebelum tayangan bermula.
Guardian Of Galaxy Vol. 2
Aku, Hannah dan Brianna memang hantu dengan movie ni sebab utamanya aku minat sangat pada Rocket manakala Hannah Dan Brianna lebih kepada si kayu, Groot.
Pembukaan filem kelihatan guardians sedang bertarung dengan seekor raksasa dari angkasa manakala Groot yang kini balik ke bentuk bayi lebih memilih untuk menari sambil dengar musik. Kami sudah mulai ketawa dengan aksi comelnya.
♡ ♡ ♡
DANIAL SPARK POV
SISA ketawa masih lagi kedengaran terbit dari bibirnya setelah selesai tayangan. Aku seronok melihat dia kecoh bercerita bersama rakan-rakannya. Sebenarnya aku masih ada rancangan lain untuk kami berdua. Aku memandang ke arah Madam Jillian dan Mr George mengisyaratkan sesuatu. Keduanya bagai mengerti lalu mengajak Chelsea ke tempat lain. Sempat dia memandangku sebelum melangkah. Aku hanya senyum merelakan kepergiannya. Perhatiannya kembali beralih pada Brianna dan Hannah. Orang-orangku di tingkat bawah juga nampaknya sudah bersedia.
Aku turun menggunakan escalator. Sampai sahaja di tingkat bawah musik versi piano, Perfect nyanyian Ed Sheeran sudah berkumandang. Empat pasangan sedang menari mengikut rentak musik. Semua pengunjung mall sudah memberikan tumpuan. Ada yang mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk mengambil gambar. Ada juga yang kelihatan terkejut dengan 'acara' tiba-tiba itu. Aku melihat ke suatu sudut untuk memastikan Chelsea dan yang lain sudah berada disitu sebelum mengisyaratkan agar Ben memulakan langkah. Ben melangkah ke hadapan dan menarik tangan Chelsea untuk menari bersama menyertai pasangan-pasangan penari tadi. Chelsea nampak terkejut namun menurut tanpa banyak karenah. Aku sudah memasang (mikropon ke tlinga)
Setelah itu barulah aku menganti posisi Ben apabila dia menyerahkan Chelsea ke tanganku. Beberapa jeritan mula kedengaran. Tanganku merangkul pinggangnya erat. Dia mendongak memandangku. Musik piano bertukar ke musik asal saat kami bertatapan. Aku senyum sebelum memulakan nyanyian.
I found a love for me..
Darling just dive right in and follow my leads..
Well i found a girl beautiful and sweet..
Oh, I never knew you were the someone waitting for me..
'Cause we were just kids when we fall in love..
Not knowing what it was..
I will not give you up this time..
But darling just kiss me slow
Your heart is all i own..
And in your eyes you're holding mine..Semua pengunjung sudah bertempik. Chelsea yang sedang menatapku senyum terharu. Pandangan mata kami bersatu.
Well i found a women..
Stronger than anyone i know..
She shares my dream and i hope that someday ill share her home..
I found a love to carry more than just my secrets..
To carry love to carry children of our own..We are still kids but we're so in love fighting against all odds..
I know we'll be alright this time.
Darling just hold my hand.
Be my girl ill be your man..
I see my future in your eyes..Sebaik sahaja lagu hampir sampai ke penghujung, Fox melangkah bersama sejambak mawar merah. Aku mengambil mawar itu sebelum berlutut dihadapannya. Sebentuk cincin dari poket seluarku aku keluarkan. Chelsea menekup mulutnya tidak percaya.
"Chelsea Caravalho, i maybe not your prince charming or a knight in shinning armour. I'm not a perfect man. Consider myself a beast who want to love a beautiful maiden for the rest of his life. I really love you. Will you marry me?" Lamarku disertai dengan bunyi tepukan. Dia menyeka air matanya sambil mengangguk. Aku bagai mahu melompat saat itu juga. Aku bangkit sebelum mengangkatnya dan memeluk tubuh kecil itu. Dia ketawa bahagia. Tepukan gemuruh sudah mula kedengaran.
"Thank you love.." Kataku. Dia masih lagi tidak mampu berkata-kata melainkan hanya mengangguk. Cincin bertatah berlian itu aku sarungkan ke jari manisnya. Brianna dan Hannah sudah melompat-lompat mendapatkan Chelsea. Aku ketawa.
"Babe! Kau dah nak jadi Mrs mafia to be!" Brianna menjerit. Chelsea menepuk bahu rakannya.
"Aku happy sangat.." Kini Hannah sudah banjir dengan air mata.
"Bila nak buat majlis?" Soalan Mr George mengejutkanku. Aku menggaru kepala.
"Rasanya kena bincang dengan dialah.." Kataku. Aku tidak mahu membuat keputusan tanpa persetujuannya. Biarlah dia yang menentukan. Sampai masanya, aku akan pastikan dia milikku sahaja.
"I'm so happy that she's finally have her happy ending. She's really need someone like you who can protect her and fight for her.." Madam Jillian menggosok lenganku. Aku mengangguk.
"Serahkan pada saya bab hantaran!" Felina sudah bersemangat. Aku ketawa. Khai pula menepuk bahuku. Aku begitu kagum dengan orang disekeliling Chelsea, mampu menerima kehadiranku tanpa rasa kekok. Mereka juga dalam tidak sedar turut mencurahkan kasih sayang padaku terutamanya Madam Jillian dan Mr George. Tidak sedikit pun mereka memandang status gelap yang bersandang di bahuku malah mereka memberi sepenuh kepercayaan padaku untuk menjaga Chelsea.
YOU ARE READING
KESAYANGAN ENCIK MAFIA
AcciónSebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Tidak pernah ada khabar baik yang tersebar bila melibatkannya. Segalanya berubah sejak dia terlihat Ch...