BAB 10

18K 712 6
                                    

KELOPAK mata yang masih berat aku buka perlahan sebaik sahaja mendengar bunyi ketukan di pintu. Siapa pula awal pagi ganggu lena aku ni? Nak jadi sleeping beauty pun tak senang. Aku bangkit perlahan sambil menguap kecil. Bagai tersedar dari mimpi aku panik seketika. Aku dimana? Oh, lupa. Aku di rumah Danial Spark. Argghh! Aku mengeliat sebelum bangkit. Malasnya nak bangun. Daun pintu aku kuak.

"Morning love.." Danial Spark selamba melangkah masuk bersama dulang di tangannya. Dia yang segak berkot kelabu asap memandangku lalu dulang yang berisi secawan kopi dan beberapa keping sandwich dia letakkan di atas meja. Aku berlari ke katil sambil menarik selimut untuk menutupi bahagian dadaku yang sedikit terdedah maklumlah aku hanya mengenakan baju tidur tanpa lengan separas lutut. Takut dianggap tidak sopan. Dia ni pun satu, main redah sahaja. Tahulah ini rumah dia. Berlagak!

"M-morning Mr Spark. Sorry saya lambat buka pintu. Saya lewat bangun.." Kataku. Mungkin sebab terlalu penat dengan apa yang terjadi kepadaku semalam, aku tidur tidak ingat dunia. Jam di dinding aku jeling. Nasib baik baru pukul lapan. Aku ada kelas pukul sepuluh dan pukul dua nanti.

"It's okay. Come, saya bawakan sarapan awak. Makan dulu lepas tu mandi ya? Hari ni rehat je kat rumah.." Katanya menarik kerusi untukku. Aku duduk.

"T-tapi saya ada kelas hari ni Mr Spark.."

"Don't you worry love. You're not going to collage today. Saya dah call Mr Shaw cakap awak ada hal yang tidak dapat dielakkan dan saya dah suruh leturer untuk subjek hari ini, Professor Desmond dan Madam Della simpankan awak nota.." Jelasnya. Apa? Ini memang tak masuk akal. Dia siap call pengetua lagi cakap aku tak dapat masuk hari ni? Dan dengan selambanya suruh lecturer simpankan aku nota? Terbayang wajah bengis Professor Desmond yang memang suka cari pasal dengan aku di kolej. Entah nota atau maki hamun yang aku dapat dari beliau esok. Oh, tidak! Ini semua salah Danial Spark.

"Mr Spark, awak tak boleh buat macam tu. Tak sopanlah kalau pensyarah yang kena simpankan nota untuk pelajar. Nanti apa pulak orang fikir.." Aku mencebik.

"Jangan risaulah. Nobody's dare questioning me. Just take your breakfast will you? Nanti perut masuk angin.." Arahnya. Ceh!

"Memanglah. Siapa berani bantah awak? Tengok muka awak pun orang nak terkencing. Cari bahas ke apa kalau nak bantah.." Bebelku perlahan takut didengari.

"Apa dia?" Soalnya.

"Tak ada apa. Saya cakap nyamuk dekat tingkap tu besar sangat. Entah darah siapa dia habiskan malam tadi.." Bohongku. Seandainya betul, mestilah dia melantak darah aku sebab aku seorang yang tidur dalam ni. Dia menoleh ke tingkap yang aku maksudkan.

"Mana?" Soalnya. Lurus bendul juga dia ni. Aku ketawa kecil. Menyedari dirinya diperbodohkan dia mengusap rambutku.

"Saya kena pergi office sekejap. Ada urgent meeting. I'll be back in two hours and we can spending time together. Don't go anywhere. My mans akan jaga awak" Pesannya. Aku mengangguk perlahan. Spending time together? Excuse me, nak buat apa spend time dengan dia? Baik aku keluar merayap cari kedai buku ke apa ke.

"Baik Mr Spark.." Balasku malas. Kopi panas di cawan aku hirup perlahan.

"Oh, awak boleh ke kolej esok lusa tapi dengan syarat saya yang hantar dan jemput. You can't meet your friends tanpa pengetahuan saya dan jangan keluar kemana-mana tanpa izin saya. Are we clear? And if you would be so kind please give me your phone." Soalnya bagai seorang komando yang sedang memberi taklimat perang.

"What? Mana boleh macam tu Mr Spark. Saya tak boleh kalau tak jumpa Anna dan Bri. Takkanlah saya nak berkurung dekat sini? Bosanlah saya nanti. Handphone ni nak rampas buat apa. Macam mana saya nak layan whatapp atau tengok youtube?" Melampau betullah. Dia ingat dia tu suami aku ke sampai nak kena minta izin? Apa ni?

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now