DANIAL SPARK POV
Pagi ini dia bersiap awal sebaik sahaja aku mengatakan bahawa aku akan menghantarnya ke kolej hari ini. Bagai mahu menjerit dia akibat terlalu gembira. Aku hanya senyum. Sudah berapa hari dia terperap di rumah, aku faham akan kegusarannya. Aku menyediakan sarapan sebelum membersihkan diri. Tidak lama kemudian, aroma ceri memenuhi ruang dapur dan aku tahu dia sudah turun mendekatiku.
Rambut hazelnya diikat ponytail. Baju berwarna merah jambu berlengan panjang mendedahkan kedua belah bahunya dan juga berseluar jeans hitam. Aku terpana lagi. Dia mengawang tangannya di hadapanku sebelum aku kembali ke alam nyata.
"Are you okay?" Dahiku dia sentuh.
"I'm fine.." Balas ku dengan senyuman. Aku menyuruhnya bersarapan dulu sebelum kami pergi. Kebetulan aku juga harus ke pejabat hari ini setelah beberapa hari bercuti. Setelah selesai, kami berdua melangkah ke kereta.
Sebaik sahaja tiba di pangkaran kolej aku melangkah keluar. Pintu Lamborghini milikku aku bukakan untuknya. Chelsea melangkah bersama beg sandang dan buku di tangan. Pantas tanganku melarikan sedikit anak rambut yang menutupi dahinya.
Dia serba tidak kena. Mungkin dia malu pada pandangan orang sekeliling kerana sebaik sahaja kereta ku masuk, semua mata sudah tertumpu ke arah kami. Aku senyum melihat tingkahnya. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, ubun-ubunnya ku usap lembut.
"I'll pick you up at 2 o'clock. Kelas habis pukul dua kan? Professor Majidi dah email jadual kelas awak pada saya. And I'll be here dua puluh minit sebelum kelas berakhir. Take care and don't talk to strangers.." Pesan ku. Dahi Chelsea berkerut. Entah apa difikirannya. Yang pasti reaksi itu sudah mampu aku baca. Mungkin mengejek.
"Kenapa buat muka macam tu?" Soalku mahu tahu. Rasanya aku tidak salah cakap. Mungkin dia fikir aku melampau kerana melibatkan Professor Majidi dalam soal ini. Pendek kata hampir semua lecture kolej nya yang kena ikut arahan aku termasuk pengetua. Aku tidak kisah kerana Mr Shaw merupakan sahabat baikku.
"Awak dah macam mak-mak. Saya dah besarlah. Dahlah, saya dah lambat ni." Juihnya. Aku ketawa kecil bila dia mula memuncungkan bibirnya. Comelnya! Aku terobsesi lagi.
"And one more thing.." Kataku sambil membuka baju kot ku. Dia tertanya-tanya. Baju itu aku kena kan di badannya menutup kedua belah bahunya.
"Your sexiness is just for me. Saya tak suka kalau ada lelaki lain yang pandang awak!" Kataku serius.
"What?" Dia terkejut. Aku senyum.
"Sorry, i just worried about you. Okay, goodbye love. Study hard!" Pantas sahaja aku mengucup dahinya dan berlalu masuk ke kereta. Jelas dia sekali lagi tersentak dengan tindakan ku yang tidak diduga. Aku ketawa kecil sebelum meninggalkannya yang masih termanggu. Semoga dia tidak menjadi tugu negara disitu sampai tengah hari sudahlah. Kalau boleh aku tidak mahu dia ke kolej atau kemana-mana. Lebih senang untuk aku mengawasinya. Tapi aku sedar aku tidak berhak mengatur hidupnya. Aku bukan siapa-siapa padanya walaupun aku sudah anggap dia separuh dari jiwaku.
Belum jauh aku memandu, telefon bimbitku berdering. Butang slide aku tekan.
"Yes, Owen?" Soalku.
"Boss, saya dah tahu siapa dalang disebalik semua ni.." Sayup-sayup suara pengikutku dihujung talian.
"Good. Lima minit lagi aku sampai.." Talian diputuskan. Serentak dengan itu pedal minyak aku tekan. Keretaku meluncur laju kembali ke banglo milikku. Tidak sabar mahu mengetahui identiti orang yang berani bermain api denganku. Kalau aku dapat, aku tidak akan membiarkan mereka hidup berkeliaran di bumi menjadi parasit. Berani mereka melibatkan bidadari kesayanganku dalam hal ini. Memang tidak boleh dimaafkan.
YOU ARE READING
KESAYANGAN ENCIK MAFIA
ActionSebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Tidak pernah ada khabar baik yang tersebar bila melibatkannya. Segalanya berubah sejak dia terlihat Ch...