BAB 1

29.1K 944 25
                                    

Aku menyilangkan kakiku sambil mataku fokus menerjah barisan ayat yang tersusun rapi di novel yang baru aku beli pagi tadi. Karya dari novelist kegemaranku, ANJELL iaitu DR. ALPHA MALE. Aku memang meminati karya beliau. Pendek kata semua novel beliau ada dalam koleksiku.

Suasana di Cafe yang mulai sesak dipenuhi pengunjung tidak ku ambil tahu. Sesaat pun mataku tidak mahu berkalih dari buku.  Seperti biasa, aku duduk di port lepak ku iaitu meja paling hujung di sudut Cafe. Di sini aku bebas duduk selama mana yang aku suka. Sehingga kan ada beberapa pelanggan setia Cafe ini sudah mengenaliku. Bagaikan aku lah yang punya tempat ini. Hahaha!

"Oh my chestnut, kau nak berkhemah dekat Cafe akak ke?" Felina menghampiriku bersama secawan kopi panas. Aku hanya tayang sengih. Dari pagi aku di sini, sehinggalah ke petang. Itulah hobi ku. Seperti biasa, Cafe Felina lah yang menjadi mangsa. Tiada stesen lepak lain yang lebih indah dari ini. Di temani haruman kopi dan kuih muih segar yang baru keluar dari oven, mantap!

Dia juga bukannya kisah, cuma agak pening dengan karenahku yang tidak boleh berjauhan dengan buku. This is me. Welcome to my world. Biarlah orang nak panggil aku nerd ke bookworm ke, aku happy dengan dunia fantasi ku sendiri. Asalkan aku tidak menyusahkan sesiapa.

"Yelah, saya nak balik lah ni.." Balasku pura-pura merajuk. Novel dimasukkan ke dalam beg berjenama Louis Vuitton kesayanganku. Hadiah dari Madam Jillian sempena hari jadi ku tahun lalu. Felina menggeleng.

"Mengada. Kau ni, patutnya keluar dengan kawan-kawan kau. Lepak ke shopping ke. Ini dengan buku memanjang. Bila nak ada boyfriend? Kalau asyik terperap dekat sini, lelaki mana nak tackle kau?" Soal Felina. Aku yang sedang meneguk kopi, tersedak. Mula dah. Topik paling sensitive di dunia.

"Apa ni kak? Macam tak ada topik lain. Rimaslah ber-boyfriend ni!"Aku mencebik. Felina ketawa. Aku bukannya suka sangat keluar ke sana sini. Jauh sekali nak fikir pasal cinta.

Lelaki idaman aku jauh dari jangkauan. Mungkin tidak wujud. Aku impikan lelaki yang memahami dan sayangkan aku sepenuh hati jiwa dan raga dia. Aku mahukan cinta sejati! Aku nak rasa waktu berhenti setiap kali aku pandang mata dia. Lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja untuk ku. Lelaki yang sanggup rendahkan egonya semata-mata untuk kepentingan ku. Hebat tak taste aku? Sebab tu aku tak rasa lelaki macam tu wujud lebih-lebih lagi zaman sekarang. Lelaki makin banyak yang tak boleh pakai. Rasanya i'm gonna stay single forever.

"Betullah, kau ni bukannya tak cantik. Cantik, comel pula tu. Baik orangnya. Tapi akak hairan kenapa tak ada yang nak pikat kau? Tengok Bri tu, sampai akak pening nak teka mana satu boyfriend dia. Kau jangan jadi macam budak tu.." Kata Felina. Aku dan dia berdekah bila teringat pada Brianna. Felina pun satu, suka sangat kenakan aku. Alah betul aku dengan bab-bab macam ni. Baik aku balik. Cermin mata berbingkai hitam yang aku kenakan semasa membaca tadi ku buka. Tali sneakers converse yang tersarung di kakiku aku ikat rapi bagaikan bersedia untuk membuat larian marathon sekejap lagi.

"Kak, dah lah tu. Baik akak tengokkan abang Khai tu, entah-entah tengah mengorat pelanggan kat hujung sana.. " Juih ku. Itu sahaja cara untuk menghentikan bebelan tuan punya Cafe. Felina menoleh ke arah suaminya yang sedang mengambil pesanan dari beberapa orang pelanggan perempuan. Seperti yang ku duga cepat sahaja Felina bangkit. Aku ketawa kecil. Kopi yang tinggal separuh di gelas, aku habiskan. Beg tanganku dicapai sebelum melangkah keluar dari pintu kaca Cafe.

Aku menyanyi kecil. Suasana di luar sudah mulai gelap. Baik aku balik. Jarak apartment ku dari Felina's Cafe hanyalah sepuluh minit berjalan kaki. Bukannya jauh mana tapi lumayanlah untuk di jadikan senaman kaki. Sempat aku singgah di gerai burger yang baru buka di seberang jalan. Satu cheese burger di pesan. Malam ini tak payah masak, melantak burger dah cukup lagipun aku memang hantu dengan makanan-makanan yang tak berkhasiat ni.

Aku malas memasak sejak tinggal sendirian. Dapurku jarang sekali berasap. Kalau berasap pasti tengah panaskan air. Nak panaskan apa-apa ketuhar lah yang berjasa. Tak sabar rasanya nak habiskan novel yang baru separuh aku baca. Di mindaku sudah berlegar-legar teka teki tentang plot seterusnya.

Setelah pesananku siap, aku menarik earphone ke telinga lalu menekan butang play pada android ku. Lagu Haley Reinhart, can't help falling in love with you bergema di telingaku. Inilah lagu kegemaranku. Aku menyanyi kecil mengikuti alunan muzik. Lantaklah sedap ke tidak.

Aku melangkah masuk ke bangunan apartment. Dua orang lelaki yang tidak jauh dariku melemparkan senyuman. Aku balas. Setiap kali aku balik petang-petang macam ni, dua orang lelaki itu sering melepak di lobby. Kadang-kadang main catur. Selalunya mereka hanya senyum memandang ku. Biasalah, tinggal satu bangunan kena lah pandai ambil hati. Aku layankan sahaja.

Ting! Bunyi lif terbuka. Aku melangkah masuk. Tingkat tujuh aku tekan. My lucky number! Telefon bimbitku berdering. Nama Hannah tertera. Pelik betul sahabatku nan satu ini, biasanya bukan nak call. Redah terus cari aku di Cafe. Disebabkan hari ini dia banyak assignment, dia tidak boleh melepak dengan ku.

"Yes Anna? Do you wanna build the snowman?" Jawabku. Dia ketawa sebaik sahaja mendengar dialog Elsa dari filem Frozen keluaran Disney ku ajukan padanya.

"Elsa, let's play! Babe, kau kat mana?" Soal sahabat baik ku itu. Macamlah dia tidak tahu sekarang jam berapa.

"Dalam lif. Kenapa?" Kening ku bertaut.

"Apartment?"

"Nope! Dekat castle Arendelle.." Balasku. Terdengar suara ketawa Hannah di hujung talian.

"Baru nak ajak kau keluar makan.. "

"Ajaklah Bri, dah malam dah ni.." Cadangku. Kedengaran Hannah mencebik. Dia tahu kalau aku sudah masuk ke dalam bangunan lima belas tingkat ni, jangan harap aku nak keluar semula. Lagi-lagi kalau sudah gelap. Kalau keluar pun tunggu pagi esok.

"Aku dah ajak. Tapi Bri keluar dating dengan Jacob lah.." Balas Hannah. Hampa suaranya.

"Er, who's Jacob anyway? Jacob Black?" Soalku. Nama serigala kesukaan ramai, dalam filem twilight aku bangkitkan. Bukan ke minggu lepas Brianna bercinta dengan Gabriel? Biar betul Brianna ni. Dari mana pula dia tangkap muat budak Jacob ni? Jacob mana ni?

"Her new toys.. " Balas Hannah ringkas. Ni kalau Brianna jadi artis, memang buruklah nama syarikat yang menjadi tempat dia bernaung sebab asyik nak cover gossip dia sahaja. Aku menggeleng. Pintu lif terbuka di tingkat tujuh dan melangkah keluar.

"Banyak sangat toys.. " Bebelku yang tidak faham dengan perangai Brianna yang terlalu serius dengan misi mencari cinta sejati. Haish, apa-apa sahajalah!

"Tahu takpa. By the way, minggu depan birthday kau kan? Can i be the party organizer? I will make a bash birthday party for you!" Kata Hannah teruja.

"What? No. No. And no. I don't want to make anything special. Umur makin tua nak celebrate buat apa? Membazir jelah. Kita dah tua-tua ni baik stay low profile je.." Bukan aku tidak sudi menerima pelawaannya tapi aku memang bukan kaki parti. Aku tak suka suasana bising. Aku lebih seronok dirumah, dikelilingi buku-buku.

"Chel, kau berlagak macam umur kau dah masuk four series pulak. Seriously honey? You are turning twenty two this September. Stop being such a nerd and enjoys your life. You only live once!" Hannah tidak berpuas hati. Tak habis-habis dengan motto hidupnya. YOLO. Dia pun bukan jauh sangat beza dengan aku. Terperap dengan game dia tu.

Aku ketawa. Sedikit pun tidak ambil kisah. Kami kenal bukan sehari dua. Dari kecil, nak sentap pun tak guna. Aku menekan combination code di pintuku sebelum melangkah masuk.

"Gotta go sweetie pie! Aku nak mandi. Esok kita keluar makan, ajak Bri sekali kalau dia tak busy dating. Aku belanja. Bye!" Aku memutuskan talian. Tuala di pintu aku capai dan melangkah ke bilik mandi.

Setelah membersihkan diri aku melangkah ke dapur membancuh secawan kopi panas. Buku dan plastik burger aku capai dan letakkan di atas meja. Punggungku dilabuhkan ke sofa.

What on earth could be more luxurious than a sofa, a book, and a cup of coffee? Burger aku kunyah perlahan sambil membelek mencari penanda buku dimana pembacaan ku terhenti tadi. Senyuman terukir di bibir sebaik sahaja aku mula membaca. Dan mulalah aku akan tenggelam dalam duniaku sendiri.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now