BAB 09

22.8K 842 79
                                    

"WHAT?"

Soalku terkejut dengan permintaannya. Danial Spark ini gila ke buat permintaan yang tidak masuk akal? Baru tadi aku dikejutkan dengan apartment ku dipecah masuk oleh siapa entah. Kali ini dia buat kejutan lain pula. Mahu gila aku dibuatnya.

"Tinggal dengan saya.." Ulangnya lagi. Aku mengeluh.

"S-saya tinggal dengan Hannah.. " Bantahku. Malas mahu terlibat lagi dengan dia.

"She can't protect you love. This is happen because of me so i will protect you. I don't care if you like it or not you have to stay with me.. " Dia bersuara tegas masih memaksa. Aku menggeleng. Aku mahu tinggal dengan Hannah untuk sementara waktu. Setelah selesai, aku melangkah keluar dan menuju lif. Dia mengikutiku dari belakang.

"I lead you to the car.. " Katanya sebaik sahaja kami tiba di tingkat bawah. Dia mengambil beg di tanganku.

"I'm not staying with you.. " Aku berdegil sebelum melangkah ke tepi bangunan apartment di mana Hannah sedang menunggu. Aku menjerit sebaik sahaja terasa badanku diangkat.

"Let me go!" Aku memukul belakangnya sambil kakiku meronta. Dia mengambil bagasiku yang tergolek di simen sebelum mengusung ku ke parking kereta. Aku cemas.

"Help! Somebody kidnapped me! You son of a biscuits! Put me down.." Teriakku. Arghhh!

"Help me!" Aku menjerit lagi. Malangnya tiada sesiapa yang peduli. Aku panik sebelum menangis. Dia berhenti melangkah. Aku diturunkan.

"No, baby. I'm sorry. Don't cry love. " Dia menarikku ke pelukannya. Aku masih meneruskan tangisan ku. Dalam masa yang sama aku turut terkejut dengan tindakannya yang tiba-tibamemeluk ku.

"I'm not gonna hurt you baby. Don't afraid of me. I am here to protect you. I would kill myself if anything happen to you my little love. Please don't cry. It's hurt me a lot.." Dia mengucup dahiku berkali-kali. Tangisanku terhenti secara tiba-tiba. Okay, tidak dinafikan lagi Danial Spark memang sudah gila. Aku jadi takut. Tubuhnya aku tolak.

"Stay away from me!"

"Let me protect you okay? I promise nothing will hurt you as long as i'm alive. Please? Orang yang ceroboh apartment awak tu, berdendam dengan saya. Jadi, selagi saya tak dapat orang yang buat tu i will protect you okay?" Dia bersuara lembut. Tangannya mengusap pipiku dengan hujung jari.

"Love please say something. Please say yes dear. Trust me, i will protect you with my life.." Dia sudah hampir berlutut di hadapanku sebaik sahaja melihat aku tidak berkutik. Namun cepat-cepat aku menarik lengan bajunya. Amarahku mencair.

Akhirnya aku mengangguk. Dia menarik nafas lega. Pintu kereta dibuka. Dia menyuruhku masuk. Tanganku dipimpin dengan penuh berhati-hati bagaikan anak kecil yang baru tahu melangkah. Aku hairan dengan tingkahnya.

"Watch your head love.. " Dia mengusap rambut ku. Aku duduk. Telefon bimbitku aku tekan. Pesanan ringkas aku hantar ke Hannah mengatakan bahawa aku akan tinggal dengan Danial Spark malam ini.

Kami melangkah masuk ke banglo dua tingkat milik Danial Spark. Perabot dirumah itu nampak mewah. Aku terpesona dengan dekorasi ruang tamunya. Danial Spark betul-betul mempunyai cita rasa yang tinggi.

"Welcome. It's doesn't look like much but it's home.." Dia bersuara. Dia mengenggam jemariku.

"It's beautiful.." Bisikku tanpa sedar. Memang cantik. Macam istana walaupun aku tak pernah tengok istana.

"Let me take you to you're room. You must be tired.. " Dia membawaku ke tingkat atas. Bilik di tepi tangga dia buka. Katil dan perabot hitam putih menghiasi bilik itu. Cantik! Di meja solek ada beberapa produk kecantikkan dan sebotol perfume seperti jenama yang aku gunakan. Dia meletakkan beg ku di tepi katil dan membuka almari.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now