BAB 14

1.6K 51 0
                                    

DANIEL menghampiri adiknya, Karl yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu. Duduknya kemudian dilabuhkan di atas sofa yang berdekatan dengan Karl. Surat khabar yang terletak di atas meja dicapai pula lalu diselak helaian demi helaian. Dia mahu mencari berita yang menarik untuk dibaca tapi nampaknya tiada satu pun yang menarik perhatian.

Surat khabar diletakkan semula ke atas meja. Adiknya yang sedang khusyuk menonton itu dipandang. "Kau tak kerja hari ni, Karl?" Adiknya itu disapa.

"Cuti... Dah tujuh hari straight... Tak boleh tahan."

Daniel ketawakan adiknya itu. "Eloklah tu. Mommy pun dah bising kau jarang balik."

"Duty, bang... Nak buat macam mana?" Karl bukan sengaja tak mahu balik dan menemani ibu mereka tapi tugasnya benar-benar sibuk dan tak menentu masa. Semasa menjalani praktikal di wad kecemasan dulu, pernah sampai 24 jam dia berada di hospital.

Daniel tahu, bekerja sebagai seorang doktor memang memenatkan. Mujurlah dia tak berminat dengan kerjaya itu. Adiknya itu sebenarnya baru berstatus houseman, belum lagi jadi medical officer tapi sibuknya mengalahkan kerja kuli sampai ibu mereka merungut. Karl jarang sangat berada di rumah. Dia menyewa rumah yang berhampiran dengan hospital bagi memudahkan urusannya.

"Can I ask you something, Karl?" Daniel ajukan soalan.

"Shoot..."

"Kat Malaysia ni, agak-agaknya berapa peratus yang menghidap heterochromia?" Daniel ambil peluang bertanya tentang penyakit yang jarang-jarang ditemui itu sementelah adiknya berada di rumah.

"Hmmm..." Karl pandang abangnya seketika. Tiba-tiba pula abangnya bertanyakan tentang heterochromia. Aneh!

"Well?" Daniel masih menantikan jawapan Karl.

"Ramai..." jawab Karl sepatah.

"Ramai? Tapi bukan rare ke penyakit ni?" Daniel susah nak terima kata-kata Karl. Kalau benar ramai, kenapa sejak dia balik dari London dia tak pernah terserempak pun? Adiknya Karl meskipun berwajah Inggeris tapi iris matanya tak kelabu macam bapa mereka.

"Sekarang tak rare pun... Cakap saja warna apa nak... Merah, biru, hijau... Purple pun ada." Karl berkata.

Daniel semakin keliru dengan jawapan adiknya itu sehingga berkerut-kerut keningnya. Tiba-tiba Karl ketawa. Semakinlah Daniel hairan. "What?" soalnya.

"Yang abang serius sangat ni kenapa? Contact lens kan ada? Tempah sajalah apa warna pun..."

"Ooo... Jadi aku nak kena gelaklah ni?" Geram Daniel setelah menyedari dirinya dipermainkan oleh Karl.

"Seriously, Karl..."

Kring!!! Perbualan kedua-duanya terganggu apabila Karl menerima panggilan telefon. Karl memberi isyarat tangan kepada abangnya agar memberi laluan kepadanya untuk menjawab panggilan.

"Ada apa, doktor?" soal Karl kepada pemanggil.

"Now?" soal Karl lagi. Sementara itu Daniel memerhatikan saja adiknya yang sedang berbual dalam talian telefon itu.

"Baik, saya datang sekarang juga." Selesai berkata, Karl menutup telefonnya lalu disimpan ke dalam saku seluar. Kemudian dia toleh kepada abangnya, Daniel.

"Sorry, Abang Daniel... Ada emergency," beritahu Karl.

"It's okay... Go ahead..." Faham sangat Daniel dengan kesibukan adiknya itu.

Karl segera meninggalkan ruang tamu. Kurang lima tapak di depan, kelihatan Jasmine membawakan sedulang air. "Kata cuti, takkan on call juga?" Jasmine berkata apabila melihat anak bongsunya itu tergesa-gesa. Dia baru sahaja hendak menghidangkan minuman petang.

"Emergency, mommy! Nak buat macam mana?" Karl membalas seraya menoleh kepada ibunya seketika. Belum pun sempat ibunya membalas apa-apa, dia terus pergi.

"Bila pula nak balik tu?!" laung Jasmine agar didengari oleh anaknya itu.

"Not sure mommy, but definitely not tonight." Karl membalas dalam laungan juga.

Jasmine menggeleng kepala. Kemudian dia toleh kepada Daniel yang sedang duduk di atas sofa. Anak keduanya itu tersengih saja. Faham dengan kekecewaan seorang ibu yang hendak meluangkan masa dengan anak-anak.

"Tu la... Busy memanjang. Suruh kerja kat hotel, tak nak!" omel Jasmine kemudian seraya meletakkan dulang air ke atas meja. Sesudah itu dia melabuh duduk.

"It's his duty, mommy... Mommy kenalah faham..." Daniel berkata.

"Kalau nak bagi mommy faham, kamu tu kena kahwin. Bagi cucu kat mommy ni... Taklah mommy bosan sorang-sorang kat dalam rumah ni," balas Jasmine. Anak keduanya itu umur sudah mencecah 30 tahun tapi masih belum nak kahwin. Yang hairannya, teman wanita sering bertukar ganti tapi satu pun tak ada yang benar-benar serius.

"Ah, mommy ni... Daniel pula yang kena..."

"Yalah... Nak tunggu Karl, praktikal pun tak habis lagi. Abang kamu Harith tu... Kamu tahulah... Dah lima tahun kahwin tapi belum ada anak."

"Susah-susah sangat bagi aje Abang Harith kahwin lagi..."

"Kenapa cakap macam tu? Dengar dek Kak Ana, kecil hati dia," pintas Jasmine. Geram pula dia mendengar saranan Daniel itu. Meskipun dia sudah lama mahukan seorang cucu, tapi dia juga seorang perempuan dan tahu betapa sakit dan terlukanya jika suami berkahwin lagi.

"Daripada buat maksiat sampai lahir anak luar nikah..."

"Daniel!" pintas Jasmine. Sikap Daniel masih tak berubah. Bila bercakap tak pernah nak fikirkan tentang perasaan orang lain.

Liur kelat ditelan. Menyesali keceloparan mulutnya sebentar tadi. "Sorry, mommy. I didn't mean it."

KARL menggaris senyuman. Mesej daripada Ain yang dihantar 2 jam yang lalu baru kini dapat dibacanya. Tadi dia terlalu sibuk dengan pesakit.

"Amboi! Lebar sampai ke telinga senyuman doktor. Bermesej dengan awek ke?" Husna, jururawat yang bertugas di wad yang sama dengan Karl, menegur. Dari tadi dia perhatikan doktor pelatih itu menghadap telefon. Sambil menaip, dia tersenyum-senyum.

Karl segera menoleh. Sebaik sahaja terpandangkan Husna, dia melakar senyuman nipis. "Tak adalah..."

"Boleh percaya ke? Orang handsome macam doktor, takkan tak ada awek?" Husna menduga.

"Eh, mana ada..." Karl menafikan.

"Betul ni doktor belum ada awek?" Husna sudah teruja.

"Tak... Maksud saya, saya tak handsome pun..." jelas Karl.

"Muka sebiji macam mat salih, doktor kata tak handsome? Merendah diri betul, doktor ni..."

Kali ini Karl tersengih saja.

"Doktor..."

"Husna, saya ada kerja sikit ni. Saya pergi dulu." Karl pintas ayat Husna. Sesudah itu dia terus beredar.

"Eee... Susah betullah nak cakap dengan dia ni..." Husna merungut-rungut sendirian. Karl sebenarnya baru saja beberapa minggu bertugas di Jabatan Psikiatri itu. Ketampanannya itu sering menjadi bualan jururawat-jururawat muda di jabatan itu termasuklah Husna.

"Dah ada awek ke belum?" Husna tertanya-tanya. 

BIDADARI BERMATA JELIWhere stories live. Discover now