Ainul (Tulangkata ft Arisha Akhir)
Ainul mardiah, mardiah hayat mata
Ibtida terbit surya, awal kata salima
Nugraha pagi buta
Untuk hari yang baru
Labirin uji-diri demi aku yang baru(yup!)
Kenang dalam genang
Hak goncang lautan fikir
Apa sudah tercanang
Dada lapang kuakur takdir
Ini Kuala Loco
Jakarta jua Bogor
Ada cerita luka yang pasti belum bocor.Sudah! yang sudah, sudah sudah telah disudahkan
Antara tuhan & kamu
Lantas berhubungan
Eka! engkau yang satu
Esa! engkau bertutur!
Malam pantul pandangmu
Ainun mata terangmuHati terbit hati
Ibtida aku puisi
Lantas di Timur nanti
Ainul pandang terbit
Nadar jadi nadi
Gagasan telah bangkit!bangkit!
hati!
terbit!
hari!(chorus)
Ainul Mardiah ay buana loka
Nama mentari surya
Terbit menerang jingga
Ainul mardiah oh ainul mardiah
Radikula kata-kata
Abjad awal kusasteraBabas!
Opusku......
Gaflah tanpa urutan
Opusku.....
Rumit tapi aku turutkanDi siang putih
Atau malam dingin
Nasib atau pilih, takdir atau ingin.Sun!
Hadir lentera dah padam siangnya
Aku masuk gua dan...
Hati 18:8Ah
Labirin tak nampak tapi masih liku-liku
Ada terang dalam legam,
Mata jangan buru-buru.tapi
Fajarkan terbit
Ada hitam ada putih
Jadi jangan kerana sakit
Awak lupa kelabu diri
Rangga tapi tumpul
Tenung dalam simpul
Elak tapi akur
Remuk tapi mabrur
Aku ini jalannya
Nak cuba ke sana
Gagasan surya surga!"ainulmu
yang bergenang di fikiran
sebenarnya ombak gadang
menampar perjalananku
mengenangmu
membasahi kalbu
sebelum El Nino mengontangkankuainulmu
yang bergerimis di fikiran
sebenarnya banjir gedang
menenggelamkan Kuala Lumpur
sarang loco-ku
menghanyutkan kota seluruh
arsitektur ilusikuainulmu
yang dingin di fikiran
sebenarnya kemarau adang
menghalang fitnahku
dengan panasmu
mencairkan kebenaranku
dengan cintamuainulmu
yang tenang di fikiran
sebenarnya pandangan garang
menatap kenanganku
dengan matamu
memandang hidupku
dengan mengenalmu"Masih dalam ini puisi
Adam mekar Hawa pasti
Taufiq atau Tulangkata
Akil atau senja?Hari kerana mentari
Ah cahya kerana tuhan
Yang malam pula begini
Ah mata berputaran
Tenang jika mahu menang
Ini pesan buku teks
Tenang jika mahu menang
Untuk takdir yang kompleksKita alpa, lupa diri
Asyik hilang dalam peduli
Mata-mata hari
Untuk kita terang peduliAinul khadija ay candra buana
Nama mentari surya
Terbit menerang jingga
Ainul mardiah, samudera, kartika,
Radikula kata-kata
Abjad awal kusasteraayyy
Aku dalam aku
Waktu tentang waktu
Aku lawan aku
Lampu padam lampuMuka & rupa
Ugahari,
Lapang lah dada,
Apa saja sebati!oh
Ainul khadija ay arga, buana
Nama mentari surya
Terbit menerang jingga
Ainul mardiah ay surya angkasa
Radikula kata-kata
Abjad awal kusastera(jah!)
Pulang pada hati
Untuk puas hati
Ini soal diri
Sakit itu pasti
Ikut kata hati
Nadi bicara
Yakin kata hati
AKU yang berbicara!