DNA (Tulangkata)
Kendrick Lamar's remake)
tulangtulangtulangkata
Tiba 14 april aku Chairilkan umurku
Untuk itu ku nekad ku tarik awal nyawaku
Lagau laga bahasa ligamu bukanlah lagaku
Ada liga, doh! liga bangsa, doh! tanpa divisi visi
Nanti mati, boh! 1Malaysia, boh! hidup hanya kaya-miskin
Ganti hari, boy! salin baju, boy! metamorfosis dikonversi
Kami sakit, Bu! abang perit, Bu! abang rindukan famili
Abang sakit, Bu! abang jerit, Bu! anda semua sakit!
(sakit! sakit! sakit!)Tunjuk sikit terang isi, isi buah DNAmu
Ada jari, durian & betik, Malaysiana DNAku
Mata-tuhan-mata-nan-terik-suluh-terang DNAku
Anda sudahpun tahu, bersatu bertambah mutu!Tapi sana lihat, toleh ke belakang, bahasa mana menghilang
Injil, Taurat, Quran atau taubat, rupanya aku yang hilang
Dada kurawat, tepuk tanya sihat, selera aku dah hilang
Aku mahu rehat, aku mahu rawat sebelum ibuku
Hilang...
(ibu! ibu! ibu!)Ku mahu kucup tanganmu, tunduk itu DNAku
Egosentrikal bab lirikal, maaf, DNAku
Mengkup mereka kudeta kuasa nak guling DNAku
Bankrup semua, ku Rockefeller de' sastra DNAku
Aku mata satu, Dajjalmu; aku, kok jalanmu bukan satu
Lari mana, gus? lari mana, brah? kerajaan nak runtuh
Imitasi sintetik, Jordanmu yang paling cantik bahasamu paling plastik,
Tuan! ini puisi kotor tak suci!
Eja eja eja eja kulasi!Gagai tubuh sendiri
Akukan gapai, kata statistik
Ku diamkan, elak diviasi distorsi digresi
Baik diam, kan? dari kataku meludah sanubari
Ekspedisi ini kuabdi, mana yang tuhan tepati
Rumahku ini, tuhan dah janji
Diriku ini, pernah kubenci
Inilah Taufiq yang aku nanti
Rahmat dan nur moga terangi
Inilah Taufiq yang ibu puisi(inilah Taufiq yang kau hormati)
