Take 15

83 1 0
                                    

Taufiq (Tulangkata)

(di hadapan seorang negara bernama Kartini)

"Monggo!" kamu, kalkulus dan kamus! kita Nostradamus, ah!
aku & kamu, akan pecah panggung, bukannya melacur, ah!
hancur menghancur, sebelum membahu, kukuatrainkan jujur, ah!
hari kan tiba, kita jadi satu, takkan lagi jatuh, ah!

dengan Attar
aku jadi wangi
dengan Rumi lagi,
aku jadi fasih
ayolah Mahathir!
aku bikin janji,
"Melayu Mudah Lupa"
takkan lupa ngaji

dah pagi ayam berkokok,
dah nampak seribu malaikat,
tak sempat subuh & hisap rokok,
tikus-tikus bertanding dah mahu "punch-card".

salam
aku "the new Taufiq of literature"
masih konstan sejak Konstaninople,
utopian sebelum jadi "Pian"
aku totalitarian, sasau tari total,
apa cerita abang sado?
qwerty dan posmo
bikin sukar Soekarno
Averroes juga Eros,
rabak negara, rakyat melutut
untung senam, otak pun dah besar bontot.

kamara obskura
Alhazen ke insta,
"Razi" bukan, Papa
papa bukan Nazi
paparazi muda
isteri minta jaga
hak asasi manusia
syariah juga nasi,

dari hati, mata pandangku
sejak dini, kutulis lagu
telah dini, terpilih aku
atas bumi, kutadbir aku

atas jalan raya esa, singgah rehat juga rawat
sativa Livita tahan mata, jalan sambil jabat
"veni vidi vici" walau berbasikal,
jumpa bermacam akal, benar salah, paradoksikal

lembut ikal rambutmu gadis,
damping akal dan rusuk modis
nakal berakal, kau bagai anis
kita satu rumpun sebagai sebuah basis.

dari hati, mata pandangku
sejak dini, kutulis lagu
telah dini, kupilih kamu
atas bumi, kitakan satu

2.40am
April 2017
tastasmedia

(posted by #tastasmedia)

.Where stories live. Discover now