ѼѼѼ
Jimin pov
Flashback
Aku berjalan sambil berkhayal memikirkan kehidupan aku yang baru kehilangan eomma yang aku sayang akibat kemalangan.
Doktor mengesahkan appa aku mabuk semasa memandu.
Sejujurnya aku benci pada appa aku. Dia punca eomma aku mati. Dia juga menyebabkan kematian sepasang suami isteri akibat kemalangan itu.
Semasa eomma aku masih hidup, appa aku selalu pukul eomma aku dengan teruk. Bahkan aku juga dia belasah tanpa belas kasihan.
Dia selalu meminjam wang dengan tauke kelab malam untuk berjudi. Tauke kelab malam tu ada datang ke rumah aku untuk berjumpa dengan appa aku. Tapi mujur waktu itu aku ada, kalau tak mungkin eomma aku menjadi taruhannya.
Sedar tak sedar, ketika aku berjalan aku diheret seorang lelaki dan membawa aku ke lorong kecil. Mereka memukul aku, menyepak aku di perut dan belasah aku sampai aku tidak terdaya nak membalasnya.
"Ni balasan kepada orang yang tak reti nak bayar hutang! Kalau eomma kau tak mati malam tu, mungkin sekarang dia menjadi santapan kami semua. HAHAHAHA!" Seorang lelaki berkata dan membuatkan aku memandang lelaki tersebut.
Dia yang datang ke rumah aku dulu untuk membeli eomma aku. Angin kemarahan aku membuak buak dan aku cuba sedaya upaya aku untuk bangun.
Tetapi malangnya, rakannya telah memukul kepala aku dan aku terus tidak sedarkan diri.
◆◆◆
Aku bangun sahaja, aku lihat sekekiling aku. Ni bukan bilik aku.
Aku terdengar pintu dibuka dan aku melihat seorang lelaki yang agak pendek dan rambutnya yang hitam pekat membawa sedulang makanan untuk aku.
"Aku kat mana ni?" Tanya aku kepada lelaki itu.
"Kau kat rumah aku. Malam tadi aku terjumpa kau terbaring di tepi jalan. Takkan aku nak biarkan kau terbaring macam tu kan. So aku bawa kau pergi klinik selepas aku nampak kesan lebam dengan luka kat badan kau tu. Kau bergaduh eh?"Lelaki itu berkata sambil membuka tingkap lalu pergi ke arah aku dan duduk di sebelah aku.
"Okay aku bukan nak menyibuk hal peribadi kau. Tapi selepas aku bawa kau keluar dari klinik malam tadi, ada sekumpulan lelaki cuba nak menyerang aku. Aku tanya kepada mereka apa masalahnya. Dan yeah diorng cerita yang diorng nak kan kau. Sebab appa kau ada hutang dengan diorng. So diorng nak jadikan kau ni sebagai 'pekerja' diorng. Aku just kesian kan kau, dan aku selesaikan hutang appa kau tu. Aku bagi kat diorng sebanyak mana yang diorng nak. So lepas ni, diorng tak ganggu kau lagi."
Lelaki itu berkata sambil menyilangkan kedua tangannya di dada. Aku tak tahu nak kata apa. Aku diam dan hanya mampu menangis.
"Hey, jangan nangis. It's okay, now kau dah bebas dari diorng. Kau tak perlu nak hadap semua ni lagi. And one more thing, kau ada tempat tinggal?"
"Aku baru datang ke Busan untuk lari daripada diorng. Tapi tak sangka diorng dapat jumpa aku juga. Dan... aku takde tempat tinggal."
Aku membalas sambil merenung ke arah tingkap.
"Oh kalau macam tu, kau boleh tinggal sini. Lagi pun aku duduk di rumah ni sengsorang jer. Aku ada adik perempuan. Tapi dia tinggal di Seoul sekarang ni. So aku harap kau terima pelawaan aku ni."
Lelaki itu senyum dan mula bangun dan pergi ke arah pintu tapi dia toleh ke arah aku.
"Btw nama kau apa? Aku Lee Jihoon. Tapi panggil Woozi jer."
Aku senyum dan mula membalasnya.
"Aku Park Jimin."
"Oh Jimin, nice name. Btw jangan lupa makan, and makan ubat. Aku nak keluar sekejap. Okay."
Woozi terus keluar dan aku mula makan. Aku terkejut apabila merasa makanan yang Woozi bagi. Keenakkan yang tak terkata. Seperti makan makanan ibuku.Selesai makan, aku ingin mengambil angin. Aku turun ke bawah dan melihat sekeliling rumah. Aku nampak banyak photo photo yang tergantung di dinding. Tetapi satu photo ni menarik perhatian aku.
Ni pasangan suami isteri yang mati akibat kecuaian appa aku. Aku mula melutut dan menangis.
Tak sangka rumah yang aku duduk ni rumah mereka.
"Maafkan aku, disebabkan kecuaian appa aku, kamu berdua tak dapat hidup bersama dengan anak anak kamu lagi. Aku minta maaf. Aku minta maaf."
Aku menangis teresak esak sambil memukul lantai. Aku terdengar Woozi memanggil namaku dari belakang.
"Jimin.. Maksud kau apa?"
Aku bangun lalu pergi ke arah Woozi.
"Woozi, aku nak minta maaf. Appa aku penyebab parent kau meninggal. Maafkan aku Woozi. Maafkan aku.."
Aku tak dapat menahan rasa bersalah aku. Aku melutut dihadapan Woozi. Aku berharap sangat dia marahkan aku. Sebab itu sepatutnya yang terjadi.
Woozi memegang bahu aku untuk menghadap mukanya.
"Benda dah terjadi Jimin. Jangan diungkitkan lagi. Aku tahu memang susah untuk aku terima bila aku tahu benda ni. Tapi, parent aku dah ajar aku untuk terima segala keperitan dengan hati yang terbuka. Lagi pun, kau juga kehilangan kedua ibu bapa kau kan. So aku harap kau jangan ada rasa bersalah lagi. Okay."
Kata kata Woozi memeranjatkan aku. Aku tak sangka ada lagi orang sebaik dia selain ibu aku hidup di dunia ini. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku. Lalu aku memeluknya dengan erat.
Sedang aku memeluk Woozi, mata aku tertumpu pada satu gambar perempuan yang agak kecil orangnya.
Aku meleraikan pelukan dan bertanyakan kepada Woozi.
"Siapa perempuan ni?"
"Oh dia ni lah adik aku. Lee y/n nama dia. Sekarang dia menjadi penari bebas di Seoul. Nama tempat dia tu.. Aduh apa tah nama dia. Tapi aku dengar dari dia, dia dah jadi king of dancer di tempat dia tu. Tapi... First of all aku nak minta maaf Jimin. Adik aku ni lain sikit."
Woozi berkata sambil meletakkan tangannya di bahu aku.
"Lain? Maksud kau?" Tanya aku dalam kebinggungan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Untuk chapter ini dan chapter seterusnya, unnie rungkaikan apa yang terjadi pada Jimin semasa dia di Busan. So unnie harap gwigwi dapat beri perhatian sepenuhnya.. Okay^^ btw gwigwi bg feedback tau agar unnie perbaiki cerita unnie ni.. Okay^^
Vote and comment^^
Love you gwigwi✌♥
YOU ARE READING
I HATE YOU, BUT I LOVE YOU (JIMIN MALAY FANFIC) [COMPLETED]
Fanfiction🌹Apabila benci mula menguasai dirinya, adakah cinta akan wujud di dalam hatinya?🌹 🍁Dan apabila rasa bersalah yang selalu menghantui diri, adakah dia layak untuk dicintai?🍁 +++ Watak Utama:- JIMIN Y/N AS READER JUNGKOOK YUJU WOOZI Watak Sampinga...