Ѽ10Ѽ

1.2K 104 8
                                    

A/n : please support my second book WE STILL A BESTFRIEND Kim Taehyung Malay short story.. Unnie buat cerita tu berdasarkan satu cerita yang unnie tgk tapi lupa kat mana.. Unnie ada ubah sedikit jalan cerita tu.. Mungkin cerita tu tak sehebat mana pun but hope ada yang membacanya.. Hehehehe..

ѼѼѼ

"Lain? Maksud kau?"

Aku bertanyakan kepada Woozi.

"Adik aku ni lain sebab dia still tak boleh terima apa yang terjadi pada parent kami. Dia still marah dengan apa yang terjadi. Sebab tu dia pergi ke Seoul untuk melupakan segalanya. Dan aku dengar dia dah boleh move on. Aku just harap kalau kau pergi ke Seoul and terjumpa dia please jangan bagi tahu dia hal ni. Aku taknak dia bersedih lagi. Okay Jimin can you promise me?"

Woozi memegang tangan aku dan aku berjanji sambil memandang gambar y/n.

Woozi sudah keluar untuk pergi ke kerja. Tinggal aku seorang diri. Aku melihat sekeliling rumah ini sekali lagi.

Rumah ini nampak kemas, bersih, susun atur perabutnya tersusun. Aku seperti berada di rumah aku sendiri. Jalan punya jalan, aku ternampak satu bilik yang bertulis di pintunya 'My Dance Room'. Tanpa melengahkan masa aku terus masuk ke bilik itu.

Biliknya yang sangat luas, siling yang berwarna putih dan bercorakkan bunga bunga orkid kecil yang berwarna pink dan dipenuhi cermin di sekeliling dinding. Aku tersenyum melihatnya.

"Patutlah dia dapat gelaran king of dancer, ada personal dance room rupanya. Bagus bilik ni, nyaman jer. Kalau menari seharian pun tak apa."
Kaki aku gatal untuk menari. Aku terus pergi ke set audio dan pasangkan lagu melalui phone aku dan menyambungkan ke set audio itu.

Aku menari lagu Major Lazer & DJ Snake - Lean On. Aku melepaskan segalanya dalam tarian aku. Aku mengulang step yang membuatkan aku tersadung banyak kali sampai aku tidak tersadung lagi.

Selama lima jam aku menari dan aku mula baring dilantai. Aku melihat di siling. Hati aku terasa nyaman dan sejuk. Segala kepenatan yang ada hilang begitu sahaja selepas memandang siling.

"Patutlah dia letak bunga bunga orkid sebagai hiasan di siling. Ni terapi rupanya."

Aku meluruskan tangan aku dan menunjuk ke atas untuk mengikut corak orkid itu. Aku tersenyum.

◆◆◆

Selesai bersihkan diri, aku mula turun. Tiba tiba telephone rumah Woozi berdering.

"Hello?" Jawab aku.

"Hello Jimin, ni aku Woozi. Kau pasti laparkan. Aku nak kau datang ke restaurant xxx ni dalam masa sejam dari sekarang okay. And kalau kau dah sampai sana, just guna nama aku untuk masuk. Okay."

Woozi meletakkan panggilan dan aku bergegas siap untuk berjumpa dengan Woozi. Honestly yeah aku memang lapar sangat sekarang. Lima jam menari, asyik telan air kosong jer.

Aku pergi ke restaurant yang Woozi cakapkan. Aku terpegun. Restaurant yang mewah berada di hadapan aku. Aku mula melangkah kaki aku untuk masuk. Seorang pelayan tetamu mula bertanyakan kepada aku.

"Selamat datang, Encik ada buat tempahan? Nama encik siapa?"

"Saya Park Jimin. Saya datang ke sini untuk berjumpa dengan Woozi. Eh no, I mean Lee Jihoon." Balas aku dengan gementar.

"Park Jimin? Oh maafkan saya encik, sila ikut saya sebentar." Pelayan itu membawa aku ke satu ruang khas di restaurant itu. Dan aku mula duduk di kerusi. Pelayan itu menuangkan air dicawan dan meletakkannya di atas meja.

"Encik tunggu sebentar, saya akan panggilkan Ketua Chef kami." Pelayan itu terus beradar.

Aku nak jumpa Woozi, bukannya ketua chef dia. Aku bersungut di meja itu dan melihat sekeliling aku. Kebanyakkan yang datang ke sini semuanya dari golongan atasan.

Sedang aku melihat sekeliling aku di tegur seorang lelaki dari belakang.

"Jimin?"

Aku menoleh dan aku terkejut melihat Woozi berpakaian seperti seorang chef yang berkaliber.

"Woozi? Kenapa kau pakai baju macam ni?" Tanya aku dalam kebingungan.

"Aku bekerja kat sini sebagai ketua chef. Eh duduk lah kenapa berdiri ni." Aku duduk dan muka aku still dalam kebingungan

"Kenapa kau pandang aku macam tu Jimin? Ada yang tak kena ke pada diri aku ni?" Woozi bertanya setelah melihat muka aku. "Eh tak lah, aku just terkejut tengok kau pakai baju macam ni." Balas aku sambil senyum malu.

Setelah makanan sampai ke meja, Woozi meminta aku merasa masakan yang anak murid dia masakan. Aku terpegun dengan keenakkannya. Sudah lama aku tak merasa makanan yang sesedap ini selepas eomma aku pergi. Seorang pelayan meletakkan makanan yang agak unik di depan aku. Woozi berkata bahawa makanan itu dia sendiri yang buat. Tanpa membuang masa aku terus merasa. Mata aku terbuka luas, aku tak tahu nak gambarkan rasa makanan itu. Sungguh sedap sampai aku terhabiskan makanan itu.

"Macam mana rasa makanan itu? Sedap?" Woozi bertanyakan kepada aku.

"Sedap sangat Woozi. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Sedap sangat." Aku membalas sambil meletakkan sudu di tepi pinggan.

"Ni lah kerja aku. Kebanyakkan pelanggan yang datang ke restaurant ni mesti nak rasa masakan yang aku sendiri masak. Sampai aku takde masa untuk adik aku. Siang malam aku bekerja untuk menyara dia. Walaupun parent aku menyimpan wang untuk aku dan adik aku, tapi kami tak sentuh pun wang itu. Kami dah sepakat guna wang tu apabila dah terdesak sahaja. Disebabkan itulah aku mengambil alih tempat appa aku dan bekerja di sini untuk mencari duit sendiri menyara kami berdua."

Woozi bersuara seperti sayu. Aku tahu dia mesti rasa terbeban disebabkan semua ni. Kalau parents dia hidup lagi, mungkin semua ni takkan berlaku. Aku minta maaf Woozi atas apa yang terjadi. Aku memegang tangannya dan memberi dia kata kata semangat. Woozi melemparkan senyuman kepada aku dan aku juga membalasnya.

◆◆◆

Selepas aku pulang dari restaurant, aku pulang ke rumah Woozi. Woozi tidak ikut kerana dia ada banyak lagi kerja yang perlu dia selesaikan.

Aku duduk di sofa yang terletak di ruang tamu. Aku melihat banyak gambar y/n yang tergantung dan di letakkan di atas meja.

Aku mengambil satu gambar y/n yang memakai gaun berwarna putih dan ada satu bunga rose berwarna biru diselitkan di belakang telinganya disertakan dengan senyuman yang menawan. Berlatar belakangkan pantai yang cantik, rambutnya yang terbuai dibawa angin menampakkan dirinya seperti bidadari.

"Y/n, aku minta maaf. Aku tahu kau mesti marahkan appa aku. Tapi tolonglah percaya, aku pun tak suka dengan appa aku. Dia juga penyebab eomma aku mati. Eomma yang selama ini menyokong aku, memberi aku semangat agar teruskan hidup ini dengan senyuman dan sekarang semuanya telah berakhir. Kehidupan aku musnah akibat seorang lelaki yang aku paling benci. Aku just nak senyuman ini kekal dimuka kau y/n. Kau cantik bila senyum macam ni."

Mata aku berair dan terus berair. Rasa bersalah tetap ada di dalam diri aku ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gwigwi, unnie mimpi unnie jumpa baby di depan rumah unnie.. Omg gwigwi, kalau benda tu betul betul terjadi unnie sanggup ambil baby tu buat anak angkat. Unnie memang suka sangat dengan budak budak.. Sebab tu perangai unnie macam budak budak.. Hahahaha.. Omg I hope that's dream will come true.. Unnie nak sangat baby.. ㅠㅠㅠㅠ
Btw gwigwi hope gwigwi suka dengan chapter ni and bg feedback tau..
Please vote and comment^^
Love you gwigwi✌♥

I HATE YOU, BUT I LOVE YOU (JIMIN MALAY FANFIC) [COMPLETED]Where stories live. Discover now