ѼѼѼ
Woozi pov
"Hish mana y/n ni? Kenapa call tak angkat angkat? Takkan dia buat hal lagi. Aduhh. Jimin kau call Jungkook sekarang. Aku risau lah." Resah aku yang dari tadi menelefon y/n.
"Aku dah call banyak kali dah. Tapi Jungkook tak angkat juga." Jimin pun mula risau.
Selang beberapa minit, phone Jimin berbunyi. Dia mendapat panggilan dari Jungkook. Tetapi riak mukanya mula berubah.
"Hello Jungkook, mana korang pergi? Kena.. hello? Ma-macam mana kau dapat phone ni?! Mana Jungkook dengan y/n?!" Jimin mula risau dan dia marah dengan yang membuat panggilan tersebut.
●●●
Di lokasi y/n dan Jungkook.
(No one pov)
"Hello Jimin. Kau masih ingat suara ini? Hahaha, aku yakin kau pasti terkejut dengan suara aku kan. Hahahaha." Lelaki tersebut mula memegang pipi y/n yang sedang pengsan.
Jungkook dan y/n diikat dan di letakan di dalam satu bilik di bawah tanah.
Jungkook yang perasan lelaki tersebut menyentuh pipi y/n dia mula menggerakan badannya tanda marah akan perbuatan lelaki tersebut.
"Mana Jungkook dengan y/n?!" Teriak Jimin di dalam phone.
"Oh kau nak tahu mana perempuan ni dengan Jungkook? Boleh. Boleh sangat. Tapi kau kene tunjuk kan diri kau. Dendam aku dengan kau belum habis lagi. Kalau kau nak selamatkan Jungkook buat kali kedua, mari datang sini jum-." Belum sempat lelaki itu habiskan ayat dia, Jungkook mula menjerit.
"Jimin hyung! Jangan datang! Dia nak umpan hyung sahaja! Jangan risau hyung Jungkook akan selamat kan orang yang hyung sayang!!" Jungkook menangis sambil bercakap. Dia memandang y/n dengan penuh rasa kesian dan rasa bersalah.
"Kau dengar tu Jimin? Ada orang nak jadi hero. Wow. Hahahah. Kalau kau tak datang dalam masa sejam, perempuan ni aku bunuh!" Lelaki itu terus matikan phonenya dan pergi ke arah Jungkook lalu memukulnya.
"Kau fikir kau siapa nak jadi hero kat sini ha! Ambik kau rasakan. Puas hati aku." Lelaki itu terus keluar dari bilik dan mengunci Jungkook dengan y/n. Jungkook muntah darah dengan banyak. Dia cuba mengengsot ke arah y/n. Jungkook cuba melepaskan ikatan di tangannya tetapi ikatan itu terlalu kuat untuk di cabut.
Dia cuba sedaya upaya dia untuk mengejutkan y/n. Tapi y/n masih tidak sedarkan diri. Jungkook mula menangis, dia cuba panggil y/n semampu dia boleh.
Akhirnya y/n mula sedarkan diri secara perlahan lahan. Jungkook cuba tidak membuat y/n menjerit.
"Y/n, hey ni aku ni Jungkook. Kau jangan risau okay. Aku akan selamatkan kau." Jungkook cuba bagi senyuman pada y/n supaya dia tidak risau.
"Jungkook, aku.. aku kat mana ni? Kenapa kita kene ikat? Wait lelaki itu siapa? Kenapa dia culik kita? Jungkook aku nak balik, aku takut." Y/n mula menangis dan Jungkook cuba menenangkan dia.
"Y/n, jangan risau okay. Aku ada dengan kau. Tapi buat masa sekarang kau kene buka ikatan aku ni. Perlahan lahan tau. Jangan bagi diorng tu dengar." Y/n pun mula membuka ikatan di tangan Jungkook.
Selesai sahaja y/n membukanya, Jungkook pula yang membuka ikatan y/n.
Mereka bangun dengan perlahan lahan. Jungkook membuka pintu dengan perlahan lahan. Jungkook meninjau jikalau orang orang jahat itu masih ada.
Jungkook mula memegang tangan y/n dan membawa dia keluar. Sedang ingin melarikan diri, y/n ternampak sepucuk pistol yang berada di atas meja berhampiran dengan bilik tadi. Tanpa berfikir panjang, y/n terus mengambil pistol itu dan menyorokkannya di dalam bajunya.
YOU ARE READING
I HATE YOU, BUT I LOVE YOU (JIMIN MALAY FANFIC) [COMPLETED]
Fanfiction🌹Apabila benci mula menguasai dirinya, adakah cinta akan wujud di dalam hatinya?🌹 🍁Dan apabila rasa bersalah yang selalu menghantui diri, adakah dia layak untuk dicintai?🍁 +++ Watak Utama:- JIMIN Y/N AS READER JUNGKOOK YUJU WOOZI Watak Sampinga...