Ѽ16Ѽ

1.1K 84 8
                                    

ѼѼѼ

TING!

Bunyi kaca pecah di ruang tamu. Aku dan Jungkook terperanjat.

Aku pergi melihat dan aku ternampak kaki Jimin menaki anak tangga.

"Dia nampak ke?" Bisik hati aku.

"Sayang kenapa?" Jungkook bertanyakan kepada aku.

"Oh takde apa apa. Mungkin kucing jiran masuk dan ternampak cicak kat pasu ni tu yang jatuh tu." Aku membalas dengan selamba sebab taknak bagi Jungkook syak apa apa.

Sebelum aku mengutip kepingan kaca di lantai, Jungkook mendapat satu panggilan dari Hobie oppa. Hobie oppa meminta dia tuk datang ke rumahnya secepat yang mungkin sebab nak suruh Jungkook hantarnya ke satu tempat. Kereta Hobie oppa sedang dibaiki di bengkel disebabkan itu Jungkook lah jadi driver dia sekarang ni.

Jungkook mengucup dahi ku dan terus beredar. Aku terus dengan misi aku tuk kutip kepingan kaca di lantai. Selesai membersih aku naik ke bilik.

"Woozi oppa ni lambat pulak balik. Kata nak teman aku. Tapi keluar pergi dating dengan Yuju. Huh!" Aku menutup pintu bilik dan membuka pakaianku. Aku mencapai towel dan masuk ke bilik air.

Selesai mandi, baring di katil. Aku teringat kejadian tadi. "Kalau Jimin tak buat hal tadi mesti lagi syok kan." Kata ku sambil memeluk bantal peluk.

Pintu bilik ku diketuk.

"Ah Jimin kau nak apa?" Tanya aku.

"Oh takde aku just nak bagi tahu yang aku nak keluar and maybe tak balik malam ni. Tolong inform kat Woozi okay." Lalu Jimin pergi tetapi aku sempat menghalangnya.

"Kau tak balik malam ni? Kau nak tidur mana? Lagi pun hotel kau kan tengah dibaiki. Aku tak kira, kau kene balik juga malam ni. Aku taknak kene marah dengan Woozi oppa. Kang tak pasal pasal Woozi oppa pula yang susah hati nanti nak cari kau semua." Tegas aku. Aku tak tahulah kenapa bila dengan Jimin mood aku berubah. Perasaan jadi bercampur baur. Aku tak tahu apa aku rasa.

"Okay aku akan balik. Sorry lah kalau aku ni menyusahkan kau dengan Woozi." Jimin mula berjalan dan menuruni anak tangga.

"Aku silap cakap ke? Kenapa Jimin nak moody semacam jer ni? Salah ke aku cakap yang aku nak dia balik malam ni sebab takut Woozi oppa risau. Salah ke?" Bisik hati aku. Aku membiarkan dia pergi lalu aku sambung berangan aku tadi.

Jimin pov

Aku turun ke bawah setelah terdengar suara Jungkook. Aku mengintai dia dengan y/n sedang berpelukan. Aku tak tahu kenapa hati aku sakit. Kenapa perasaan ni timbul?

Dan pada waktu itu juga aku telah melihat y/n dengan Jungkook bercumbuan. Hati aku lagi sekali rasa remuk dan sakit yang teramat. Aku beredar dari situ dan tanpa disengajakan aku terjatuhkan pasu yang berada di atas meja. Aku panic lalu aku tinggalkan sahaja dan meluru naik ke atas dan masuk ke bilik.

"Jimin kau kenapa ni? Kenapa kau jadi macam ni? Kau kene sedar yang y/n bukan nak kau dan tak akan jadi hak kau sampai bila bila." Aku menangis dalam kesakitan.

Aku terdengar pintu bilik y/n tertutup. Aku meninjau di tingkap.

"Kenapa y/n tak ikut sama Jungkook? Ha dah lah Jimin kenapa pula kau nak sibuk hal mereka berdua. Baik kau keluar tenang kan fikiran kau."

Aku bersiap dan keluar dari bilik dan pergi bilik y/n untuk meminta izin keluar.

Cadangnya aku taknak balik malam ni. Setelah apa yang aku lihat tadi membuatkan hati aku sakit. Tetapi y/n tetap mahu aku pulang sebab dia taknak Woozi susah disebabkan aku. Aku terus rasa bersalah lagi sekali. Aku banyak menyusahkan Woozi. Aku pergi dengan hati yang bersalah.

I HATE YOU, BUT I LOVE YOU (JIMIN MALAY FANFIC) [COMPLETED]Where stories live. Discover now