Bab 1

86 1 0
                                    

Bunyi loceng bilik Hani membuatkan gadis berumur awal 20-an itu bingkas bangun dan gelabah mencari telefon bimbitnya. Hari ini hari penting bagi gadis itu. Hari ini hari pertama dia bekerja di cafe hipster berdekatan rumahnya.

"Oi! Bangun la gila kau ingat kau punya cuti habis SPM tu bersambung lagi ke? Harini kau kene pegi kerja Hani, KERJA!" Bising bebelan kakak sulung Hani... bagai mahu pecah gegendang telinga mendengarnya.

"Aku tahulah. Kau ni kerja nak marah je. Rilek sket boleh tak? Bising lah" balas Hani sambil mencapai tuala dan masuk dalam bilik mandi

**********

"Bro harini free tak? Lepak cafe biasa jom aq lanje" kata seorang jejaka tampan sambil meletakkan helmet motornya.

"Aku boleh je no hal. Harini free nakmampus bosan siak. Lagipun kau nk berlanja kan? Sape berani tolak kalau Encik Hairy Azreen mengajak ye dok?" Bebel panjang Asyraf, rakan baik juga merangkap sepupu Hairy.

"Hahaha pandai kau la. Nak puji puji sangat ni karang aku tak jadi lanje nanti." Balas Hairy sambil menepuk belakang badan Asyraf.

"Eh maaf la bos. Takkan kita nak lepak 2 orang je? Ajak member lain sekali eh" kata Asyraf dengan tangannya cuba untuk mengalihkan tepukan Hairy tadi. Sakit !

"Ha kau call la semua. Malam ni lepas isyak ok? Sekarang ni aku nak pegi gym dulu. Kau nak join tak?" Balas Hairy

"Orite bos. Pasal gym tu aku takde mood harini. Kau pergi jela sorang eh." Balas Asyraf dan memakai helmet motornya untuk beredar. Seperti ada bende yg mahu dikejarnya.

Hairy pula hanya menggeleng kepala melihat perangai sepupunya itu. Asyraf bukan main mahu bina badan katanya mahu menjadi seperti Hairy tetapi, effort nak pergi gym pon tak ada. Macam manalah mahu terbina badannya tu.

***********

Hani membelek jam tangannya. Sudah pukul 9 malam. Dia mengambil telefon bimbitnya dan membelek belek social media instagram. Harini hari pertamanya bekerja seharian, dia sungguh penat. Lagipun pada waktu malam begini, makin ramai pelanggan. Dia perlukan masa untuk berehat sebentar.

"Hani! Pergi ambik order! Ade orang tu!" Bebel penjaga counter cafe tersebut.

Hani hanya mengangguk dan menutup telefon bimbitnya. Dia bergegas ke meja sekumpulan lelaki yang baru sampai dengan masing masing mempunyai motor berkuasa tinggi. Hani tidak berapa suka dengan motor. Tidak kiralah apa jenis motor pun, dia tetap tidak suka. Padanya lagi bagus beli kereta ade bumbung, aircond.

"Ye encik. Order?"

Selesai mengambil pesanan, Hani pergi ke belakang. Sekumpulan lelaki itu mula berborak macam tak ingat dunia. Suara bukan main kuat. Belum campur gelak memasing yang macam nak pecah gegendang telinga Hani. Cukup menyesal bekerja disitu walaupun hari pertamanya.

"Weh jom main game nak?" Tanya seorang dari mereka.

"Ha boleh ah game ape?" Balas Asyraf. Ternyata sekumpulan lelaki itu ialah Hairy, Asyraf dan rakan mereka.

"Truth or dare jom" sambung Asyraf.

"Boleh je. Cepat bagi giliran"

Mereka mula mencabut undi samada Truth atau Dare. Dimana siapa yg mendapat Truth, dia perlu menjawab sesuatu pertanyaan itu dgn jujur. Jika siapa mendapat Dare, akan ade cabaran yang menanti org tersebut dan org tersebut perlu melaksanakannya. Jika tidak, org tersebut perlu membayarnya mengikut jumlah yg pembuat soalan mahu.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now