Bab 4

27 1 0
                                    

"Morning sayang!" Sergah seorang gadis yang terserempak dengan Hairy dalam perjalanan masuk office.

"Ouh hi Ryna" mahu tak mahu saja Hairy membalas.

"You dah breakfast? Kalau belum, jom lah breakfast dengan I. I belum breakfast la sayang" gedik Eryna.

"Why not you pergi je sorang? I dah breakfast dengan family I. Okay? I got to go." Balas Hairy dan terus dia melangkah meninggalkan Eryna keseorangan.

**********

"Eh bro! Ape ni pagi pagi dah muka masam je? Ape cite?" Tegur Asyraf sebaik saja Hairy keluar dari pintu lif tingkat 10.

"Ha baguslah kau ade dekat sini. Nak tahu kenapa? Masuklah bilik aku dulu" balas Hairy lega melihat sepupunya ada pada pagi itu di office. Mungkin sepupunya mahu bertemu dengan beberapa orang staff di office-nya atas dasar kerja. Kalau tidak, jarang sekali dapat jumpa Asyraf masuk office.

"Ha ape pasal muka kau tu? Baru gaduh dengan Hani ke?" Tangkas Asyraf bersuara sebaik saja memasuki bilik Hairy.

"Aik. Mana kau tahu nam budak baru tu Hani?" Tanya Hairy bingung.

"Alah bro. Macamlah kau tak kenal aku. Aku terserempak dengan dia tadi. Aku pegilah tanya staff dekat sini. Dorang bagitahu lah nama dia Hani." Terang Asyraf.

"Ouh. Kau ni memang cekap betullah! Tapi bukan sebab dia aku muka masam macam gini. Kalau pasal Hani, aku happy je memanjang weh." Balas Hairy sambil membuka kot nya untuk disangkutkan. Dia panas.

"Amboi! Dah pandai kau eh. Dahtu kenapa ni?" Asyraf memerli Hairy. Mesti ini tentang permainan Truth or Dare haritu.

"Si minah gedik biasa tu lah. Aku meluat doh tengok dia. Hari hari nak ber-sayang sayang dengan aku. Dia ingat dia siapa" terang luahan hati perasaan Hairy.

"Hahahahahaha siapa? Ryna?" Gelak sakan Asyraf.

"Eh eh kau ni. Yang gelak macam orang gila ni kenapa? Ha yelah! Ryna la siapa lagi?" Hairy serious.

"Lahai. Ketawa pun tak boleh? Sah sah lah dia tu ex girlfriend kau. Normal lah dia macam tu" balas Asyraf.

"Tak salah pun kau gelak tu. Ye aku tahu lah dia ex girlfriend aku. Masalah nya EX je. Stop la panggil aku sayang pe semua. Nanti susah lah aku nak dapat Hani. Kalau Hani dengar macam mana? Tak pasal pasal dua ribu aku terlepas kat kau" panjang lebar Hairy mengulas.

"Rilex bro. Benda boleh settle. Tapi kau memang nak pikat Hani tu sebab game ke or kau dah jatuh cinta dekat dia?" Sambung Asyraf.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Hairy musykil.

"Yelah. Hani tu pun lawa jugak aku tengok. Kalau kau jatuh cinta sekali sambil main game pon no wonder lah" terang Asyraf.

"Ish kau ni! Sumpah aku tak ada perasaan dekat dia. Aku buat semua ni atas dasar permainan bro. Kau jangan mengarut boleh tak? Dah blah blah. Aku nak kerja pun tak senang lah kalau kau dekat sini. Tak tenteram tahu tak? Dah pergi pergi" Hairy menafikan perasaannya. Dia juga menghalau Asyraf. Dia bimbang Asyraf makin banyak tanya.

"Eh kau ni! Menghalau pulak! Bila aku tak ada, kau call aku suruh datang. Bila aku datang, kau halau pulak. Member jenis ape sia. Okay lah aku chao dulu. Bye sayang! Muah! Take care!" Ayat terakhir Asyraf itu sedikit menggelikan.

"Eeeeee! Please ah! Dah cepat blah" Hairy menolak Asyraf keluar dari biliknya. Terasa sedikit aman.

Hairy kembali ke tempat duduknya. Dia memicit micit tengkuknya. Terasa seperti urat urat nya bersilang silang. Sakit! Dia mengambil patch didalam laci. Dia memakainya di tengkuk. Berangin. Lega sikit!

**********

"Hani. Nak ikut akak pergi lunch tak?" Tegur Kak Dayang.

"Eh tak apelah akak. Akak pergilah. Hani nak siapkan kerja sikit ni lagi. Nanti Hani menyusul dekat cafeteria." Balas Hani sangat sopan sebagai pekerja baru.

"Ouh okaylah" balas Kak Dayang dan terus beredar.

Tidak lama selepas Kak Dayang beredar, tiba tiba ada seseorang duduk di hadapan Hani. Hani tidak menghiraukan. Mungkin pekerja biasa. Dia tidak menoleh langsung. Dia fokus pada skrin komputer nya.

"Focus nya awak. Tak lapar ke?" Tanya orang dihadapannya. Hani mengangkat muka. Sah! Bos gila tu lagi!

"Tak. Aku tak lapar. Sekarang kan waktu lunch. Kau tak pergi makan ke?" Hani hanya melayan saja Hairy tu.

"Saya tunggu awak. Banyak lagi ke kerja? Jomlah teman saya lunch. Saya belanja. Harini hari first awak" pujuk Hairy.

"Eh tak mengapa lah wahai bos ku. Kau pergi jelah. Aku tak lapar" balas Hani. Dia tidak memandang Hairy langsung.

"Alah. Kalau awak tak lapar pun, atleast awak teman lah saya atas dasar kerja. Saya kan bos awak. Awak kene dengar cakap saya." Paksa Hairy

"Kau bukan bos aku. Tan Sri tu yang bos aku. Cuma sebab Tan Sri tak ada, kau lah raja!" Tegas Hani. Malas mahu layan orang gila!

"Heheh. Apa salahnya sekali sekala. Awak sure tak nak teman saya?"

"Sure! 100% sure!" Balas Hani dengan membuat jari menunjukkan dia ok.

"Hm. Tak ape lah orang dah tak sudi." Hairy terus beredar selepas berkata begitu.

Secara tiba tiba, selepas Hairy beredar, Hani berasa bersalah. Yelah. Itukan bos nya pada ketika itu. Dia tak sepatutnya menolak pelawaan bos nya. Nanti apa kata staff lain? Hani puas memikirkan jalan keluar. Dia tak tahu!

'Aduh Hani! Tu kan bos kau! Kau boleh je makan dengan dia atas sebab dia tu bos kau!' Kata hati Hani menyesal. Dia sepatutnya melupakan tentang Hairy yang dia kenal semasa di cafe dahulu. Sekarang dia berkerja dengan Hairy. Sepatutnya Hani perlu professional. Dia sedar kesalahannya.

**********

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik Hairy diketuk semasa waktu lunch tamat.

"Yes?" Balas Hairy agak kuat.

Seorang perempuan memasuki bilik tersebut berserta fail kerja. Itu Hani.

"Yes Hani?" Kedengaran seperti Hairy memanggil Hani itu 'honey' buat sementara waktu.

"Nah. Dah siap. Bos check lah dulu. Nanti apa apa panggil saya" kata Hani sambil memberi fail tersebut.

"Apa? Cakap lagi sekali? Saya??? Awak gelarkan diri awak tu 'saya'??? Saya salah dengar ke?" Balas Hairy mahu kepastian.

"Yelah. Bos kan majikan saya. Saya baru sedar benda tu. Bos bukan lagi pelanggan saya dekat cafe. Kenapa? Nak saya panggil dengan gelaran 'kau aku' lagi ke?" Hani memberi sebab.

"Eh tak payah. Panggil je awak saya terus. Saya suka. Nasib baik awak dah sedar. Kan sedap sikit awak panggil macam tu. Tak ada lah macam gangster sangat 'kau aku' awak tu." Balas Hairy.

Hani hanya tersenyum. "Kalau tak ada apa apa, saya pergi dulu." Hani membalas sebaik saja selepas dia selesai tertawa manja tadi. Padanya, Hairy seperti sedang membuat lawak.

"Nothing. Nanti saya check file ni. By the way Hani, senyuman awak tadi tu cute" kata Hairy semasa Hani dalam perjalan untuk keluar. Hani terhenti buat seketika sebelum membuka pintu. Dia memandang kearah majikannya itu dan tertawa comel itu lagi. Selepas itu, Hani melangkah keluar.

Hati Hairy bagaikan ditembak tadi. Senyuman itu memang memukaunya. Hairy sedar yang dia mempunyai pekerja yang sangat cantik. Hairy sambung membuat kerja.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now