Bab 7

27 1 0
                                    

Seminggu kemudian.

Hani dan Wafa sedang sibuk mengemas pakaian. Maklumlah, mereka mahu balik ke rumah agam mereka yang bak istana tu. Yang mempunyai ramai pembantu rumah dan tidak perlu menguruskan hal rumah sendirian. Mereka bagaikan puteri di dalam rumah itu nanti. Mereka tidak sabar. Ummi dan abi pasti sedang menunggu.

"Hani! Dah settle belum? Nak masukkan barang dalam kereta ni!" Jerit Wafa. Ya, Wafa kan? Mana pernah tak memekak.

"Dah dah! Kejap aku bawak turun!" Semasa Hani melangkah turun tangga, telefonnya berdering.

"Hello? Nak apa? Saya tengah busy ni" kata Hani sebaik saja panggilan dijawab.

"Awak tengah angkat barang ke? Nak saya pergi tolong tak?" Balas suara itu.

"Tak payah. Saya dengan kakak saya dah nak jalan. Saya ada keje sikit ni. Maaf ya Hairy." Hani terus memutuskan talian.

Nampaknya panggilan itu dari Hairy Azreen! Wah mereka dah rapat agaknya. Yelah, Hani nak balik rumah parents pon Hairy tahu. Jodoh kita siapa tahu kan? Hani melangkah turun semula dengan beg nya dan berjumpa Kak Wafa.

"Siapa call tadi Hani?" Tanya Kak Wafa yang agak tertanya tanya.

"Boss. Dia tanya pasal cuti. Aku kan amik cuti 4 hari" balas Hani. Dia menipu.

"Ouh. Boss kau tu dah kenapa. Takkan orang nk cuti jumpa family pon tk boleh!" Marah Wafa.

"Ish kau ni kak! Dia tak ada pon cakap tk boleh. Dia nk pastikan je. Double check. Dah dah cepatlah aku tak sabar ni."

"Yeye. Jom naik kereta".

Kak Wafa memandu kereta BMW berwarna putih itu dengan laju di lebuhraya. Jika jalan lengang, berkemungkinan perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Johor. Hani? Kerjanya tidur saja dalam kereta. Baginya, kakaknya itu mampu settle kan bende kecil setakat drive 4 jam ni begitu saja. Itu yang dia tidak risau.

**********

Di perhentian R&R,
Hani dan Wafa membeli makanan yang mereka mahu kemudian duduk di suatu meja makan yang terdapat berdekatan singki.

"Kau diet ke Hani? Asal makan tu je seh" kata Wafa sebaik saja melihat Hani yang hanya membeli pau daging dan pau kacang merah berserta air milo.

"Takdelah. Aku takde selera. Lagipun nak simpan perut untuk sampai JB nanti. Kan Ummi masak" balas Hani selamba. Wafa hanya menggeleng dan mula menjamu selera.

Dalam anggaran 2-3 minit selepas Hani menggigit cebisan pertama nya, telefonnya berdering.

"Hello. Ye Hairy. Ada apa?" Begitu sopan santun rasanya mendengar suara Hani.

"Awak dah sampai JB? Awak dah makan? Awak ok ke tak ni? Kenapa saya call 5/6 kali awak tak angkat?" Bertubi tubi soalan keluar dari corong telefon terus menuju ke telinga Hani. 'Haih dia ni!' Keluh hati Hani.

"Kejap kejap. Sorry saya mute phone. Ada apa awak call banyak kali? Ada urgent pasal kerja ke?" Jawab Hani, tenang.

"Tak tak. Awak tak payah lah fikir pasal hal kerja. Tu semua boleh settle" balas Hairy agak laju.

"Then? Ada apa call banyak kali?"

"Haih. Saya nak tanya awak dah sampai ke? Awak dah makan ke? Nak tanya awak ok ke tak? Tu lahh" balas Hairy seperti cemas. Hani sedikit tersengih mendengarnya.

"Ouh hahahahaha. Sebab tu jeke? Saya tengah makan ni dkt R&R. All the way tadi saya tidur je. Wafa yang drive. Saya ok jelah. Tak payah lah risau sangat" jawab Hani satu persatu. Dia tertawa mendengar gelagat Hairy.

"Fuhh baguslah. Nanti dah sampai JB call saya ye. Saya dah nak pergi meeting ni. I'll call you later ok Hani? Bye" lagi sekali di telinga Hani, Hairy seperti menyebut 'honey' berbanding 'Hani'. Mungkin perasaan nye saja.

**********

"Assalammualaikum Ummi! Abi! Hani dgn Kak Wafa dah sampai ni ha!" Jeritan Hani yang kedengaran di hadapan pintu rumah bak istana itu membuatkan Tan Sri Khalid bergegas memanggil isterinya, Puan Sri Humairah.

Puan Sri Humairah bergegas membuka pintu,
"Waalaikumsalam. Anak aku dah balik! Hani sayang! Wafa sayang! Mari sini" Puan Sri Humairah memeluk kedua anak kesayangannya. Beliau begitu merindui mereka.

"Ummi sihat? Abi mana?" Tanya Wafa sebaik saja pelukan terlerai.

"Abi ada dekat atas. Dia tengah baca news harini. Itu yang suruh Ummi yang bukak pintu. All the maid tkde harini. Ummi bagi dorang cuti. Yelah, anak Ummi nak balik kan? Buat apa pakai maid lagi" terang Puan Sri Humairah.

"What do you mean by that, Ummi?" Hani sedikit terkejut mendengar semua pembantu rumahnya diberi cuti.

"Yelah. Ummi dah ada anak dara besar panjang. Both of you kan boleh tolong Ummi" balas Puan Sri Humairah selamba.

"Err Kak Wafa will always help you Ummi. Don't worry. Kan Wafa?" balas Hani sambil menyiku Wafa.

"Eh eh. No Ummi. Actually Hani yg excited nak tolong Ummi. Trust me dari KL sampai JB dia asyik cakap tak sabar je. I guess she wanna help you a lot." balas Wafa tersenyum lebar. Hani mengerutkan dahi.

"Haih yelah yelah. So i guess you berdua ni balik sini bukannya nk tolong Ummi or Abi kan? Sebaliknya nak goyang kaki and gemukkan diri dengan masakan Ummi. Hm tahu sangat dah" terang Puan Sri Humairah yang tahu benar dengan kerenah anak anak nya.

"Goyang kaki tu takdelah Ummi. Nanti Hani tolonglah. Tapi gemukkan diri tu haih minta dijauhkan la juga hihih" balas Hani.

"Dah dah mari masuk. Apelah berbual dekat depan pintu ni. Angkat beg beg tu cepat" arah Puan Sri Humairah.

Hani dan Wafa bergegas mengangkat beg mereka yang dimana setiap sorang membawa 2 beg tarik. Entah entah mahu berhijrah terus dengan pakaian sebanyak itu.

Hani memasuki kamar nya. Ya, masih teratur lagi. Tiada perubahan perabot tetapi masih bersih dan bebas dari sebarang habuk. 'Ni mesti maid kemas hari hari ni' kata hati Hani. Jika dilihat sekali imbas, bilik Hani itu seakan akan bilik seorang puteri yang mewah. Mana tidaknya, biliknya itu umpama sebesar ruang tamu di rumah yang dia tinggal di KL bersama Wafa. Terdapat meja agak besar disertakan dengan laptop peribadinya dulu di hujung bilik itu. Almari pakaian yang besarnya mempunyai 8 pintu itu juga masih cantik pada pandangan matanya. Katil king yang disarungkan dengan sarung berwarna pink pich itu membuatkan Hani sangat merinduinya. Hani sangat menyukai warna pastel. Hani meletakkan beg nya dan terus baring di atas katil itu.

'Haihh bestnya. Dah lama betul aku tak tidur dekat sini. Tv tu pun agaknya dah tak boleh buka' kata hati Hani sambil matanya tertumpu pada Tv sebesar 60 inci di hadapan katilnya.

'Eh! Aku lupa nak call Hairy. Nanti karang dia bebel pulak'. Hani terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Hairy.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now