Hari itu Stanley genap berumur 9 tahun, dalam umur-umur begini dia sudah faham maksud hari jadi dan menghafal tarikh lahirnya sebenar, dia tahu hari terbesar dalam hidupnya ialah pada hari lahirnya, yang patut di raihkan oleh ibu bapa dan keluarga. Walaupun selama ini dia tidak pernah ingat kalau-kalau ada ibu bapanya menyambut hari jadi dia, mahupun mengucapkan selamat hari jadi padanya.
"Kau Stan bila kau hari jadi?" Tanya sahabatnya Azli.
"Hari jadi? Apa itu?" Stan berkerut kening kerana itulah pertama kali dia mendengar akan perkataan itu.
"Kau ndak tau apa tu hari jadi? Hahahahaha... kau ni orang asli oh. Kali orang asli lagi tau dari kau." Azli mentertawakan dia.
"Inglis kah itu?"
"Inglis muuuu lah. Malayu pun ko ndak tau, kau tanya lagi English konon. English nya Happy Bofday. Nah..jadi kau tau lah?" Mencabar betul bunyi nada suara kawannya.
"Oh.. yang macam lagu tu happy bofday you two.. happy bofday you two.., yang itu ka? Aku tau bah. Aku kalau Inglis baru aku tau." Stanley berselindung dari kebenaran untuk menjaga air mukanya.
"Bah, jadi bila kunun kau hari jadi?" Azli mengulangi soalannya tadi.
"Eeeeh.. entahlah ndak aku ingat bah." Sekali lagi Stanley berpura-pura.
"Aku besok. Yahooooooo..." Azli menjerit kecil ketika mereka keluar dari tandas sekolah.
"Jadi 9 tahun sudahlah kau bisuk?" Tanya Stanley, yang baru mau-mau cuba menangkap maksud disebalik perbualan mereka.
"Memanglah. Sebab besok kan tepat-tepat jatuh hari lahir aku."
"Ohhh.. jadi apalah kunun yang istimewa besok selain hari kau lahir? Iyalah.. bukan aku ada di hospital masa mama kau lahirkan kau dulu kan. Manalah aku tahu macam mana kau lahir. Eheh.." Stanley menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia sebenarnya masih tidak faham akan hal hari jadi itu.
"Kau ni.. takanlah mama aku mahu lahirkan aku balik-balik..lagi. Kau ni tahu kah ndak ni hari jadi?"
"Tahulah bah." Yakin betul Stanley berbohong.
"Besok mamaku sambut hari jadi ku. Kau mau datang rumahku? Tapi bawa hadiah ah, abis mama ku masak juga banyak-banyak, kek pun dia sudah beli. Kau tau aku minta bapaku hadiah basikal bah ni tahun. Eeeeeeee, siok kan." Jelas terpancar keseronokan itu di wajah Azli.
Sepanjang jalan pulang dari sekolah Stanley berfikir akan perbualannya dengan Azli, dia hairan kenapa ibu bapanya tidak pernah mengadakan hari jadinya seperti kawannya Azli.
Seingat dia adik-beradik yang lain juga tidak pernah berhari jadi di rumah. Mungkinkah ibu bapanya juga tidak tahu apakah itu hari jadi seperti dirinya?
"Ma.. kemarin kan.., hari jadi aku kan?" Tanya Stanley sebaik saja melihat ibunya di dapur pagi itu.
"Eiii.. tidak tau. Mungkinlah. Kenapa?" Balas ibunya yang sedikit pun tidak menunjukan rasa bersalah.
"Mama yang lahirkan aku pun mama ndak tau kah?" Hati Stanley sudah pun pecah bagaikan gelas jatuh di atas lantai.
"Berapa orang kamu saya beranak? Buli kah saya ingat satu-satu?" Suara ibunya sedikit tinggi.
"Sebab itu mama sama bapa ndak pernah sambut hari jadi kami?" Soalan jujur dari seorang anak kecil yang ingin memahami maksud ibunya itu.
"Kalau ingat pun.. kau ingat kita ini berduit kah mau sambut- sambut. Apa juga yang kau mau? Tidak cukupkah makan pakai kau bapa kau
bali? Itu yuran sekolah yang cikgu kau minta pun belum bapa kau dapat kasih lagi." Terus terang seorang ibu yang telah pun menyakiti hati si anak kecil yang suci murni.
Anak sekecil dia yang terpaksa menerima pahitnya hakikat kehidupan. 'Tidak pun kamurang pernah bali saya ini baju-baju. Semua pun abang-abang punya juga yang saya dapat.' Bisik naluri Stanley yang membawa hatinya terguris keluar dari rumah. Sejak dari itu Stanley sudah tidak mengambil berat sangat mengenai tarikh lahirnya, walaupun dia tahu apakah tarikh itu, tetapi jauh di hatinya tarikh itu sudah tidak begitu bererti lagi. Baginya budak miskin seperti dia tidak sesuai untuk menyambut hari jadi apatah lagi meminta-minta hadiah dengan kawan-kawan atau keluarga sendiri, kesedihan itu dipendam jauh di dalam hati. Mungkinkah kerana perasaan tidak bersyukur seperti apa yang dikatakan ibunya atau kecuaiannya sendiri dia mendapat malapetaka sehari selepas hari ulang tahunnya. Sebaik saja dia terjun dari tangga luar rumah yang setinggi satu meter seperti kebiasaannya sebelum ini, tangga itu memberi pengajaran yang tidak dapat dilupakannya seumur hidup.
"Maaaaaaaa... warrrrrrrrrrrrrrh... ohohohhhhhhh.. aduuuuui." Jeritnya

YOU ARE READING
Perjalanan Hidup Ku..
Tiểu Thuyết ChungMengetahui bagaimanakah seseorang itu mengenali panggilannya, serta menyahutnya.. Panggilan mengisahkan cerita benar kehidupan seorang pemuda yang menyahut panggilannya untuk menjadi paderi. Suka duka dan cabaran yang terpaksa dia lalui hanya untuk...