Penghargaan

40 2 0
                                    

Penghargaan

Saya panjatkan doa kesyukuran kepada DIA, dengan berkat kasihNya kami telah pun menyiapkan novel ini 04/11/2017 bersamaan hari Sabtu, 20:00 (IT) 03:00 (MY). Cerita biografi seorang paderi yang berbentuk novel ini adalah yang pertama di negeri Sabah, apatah lagi menggunakan bahasa tempatan kita. Ianya menjadi suatu kebanggaan kepada saya dan sudah semestinya Fr. Stan sendiri, untuk itu kami ingin berkongsi kegembiraan ini bersama mereka-mereka yang berjalan seiringan bersama kami.

Terima kasih saya ucapkan buat keluarga William Matakim yang membenarkan saya menggunakan nama-nama mereka, buat keluarga kecil saya yang sentiasa berada di sisi. Kepada Fr. Stan. terima kasih kerana mempercayai saya untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini. Bersabar dengan setiap rungutan dan karenah saya, ditambah lagi dengan perbezaan waktu di antara kita. Saya akui kerjasama ini begitu mengujakan dan saya sangat seronok.

Tidak lupa kepada orang perseorangan yang tidak dapat saya sebutkan satu-persatu di sini (anda tahu siapa anda), sumber-sumber lain yang turut menyumbangkan maklumat, serta nama-nama tempat yang terdapat dalam buku ini dimana Fr. Stan melakukan kerja-kerja pastoralnya.

Terima kasih kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia yang turut membantu dalam banyak hal sehinggalah kami dapat menerbitkan buku ini secara rasmi. Nombor rekod katalog untuk buku ini juga boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia.

Tujuan buku ini adalah untuk membantu para seminarian dalam pembentukan mereka menjadi paderi, selain teladan dan ikhtibar yang boleh diambil oleh golongan muda agar tidak gentar menjawab Ya, pada panggilan mereka.

Akhir sekali kepada semua pembaca kami, siapa pun anda, di mana pun anda berada kami amat-amat menghargai sokongan yang sudah pun anda berikan.

Sekian, terima kasih.




**** Refer to: Stan Chiwawa (Facebook account) or contact him personally with his number.. if you want to get a copy of this book.

Price: RM38

The money will go to St. Peter's College Kuching, Sarawak (Seminiarian)


Perjalanan Hidup Ku..Where stories live. Discover now