Sebaik saja aku melangkah ke dewan serbaguna yang berada di hujung bangunan, di dalamnya penuh dengan pelajar-pelajar baru untuk pengambilan sesi Jun/Julai. Iskandar sudah pun kulihat duduk disatu sudut sambil senyum-senyum sendirian. Seronok nampaknya dia mencuci mata dalam program orentasi pelajar-pelajar baru yang bermacam-macam ragam.
"Jadi ada yang cun kah?" Aku menyapa dia ketika mengambil tempat duduk pada kerusi kosong di sebelahnya.
"Ada mata.. tengoklah bah sendiri. Lagipun taste kita ni bukan sama. Nanti mana ku bilang cantik, itu yang kau bilang no class lah, old fashion lah.. bukan aku ndak tau kau tu. Tapi iya juga, yang lidah pindik, bercakap ndak lurus juga yang menjadi pilihan." Dia memandang aku, dan aku juga memandang dia dengan anak mata yang tajam. Memang aku benci betul dengan sindirannya yang tidak habis-habis, dari mula aku dating dengan si Biya pun masih juga menjadi mangsa sindirannya.
"Janganlah bah kau marah, aku belanja kau makan lekor nanti petang ya." Pujuknya pada aku. Sambil-sambil aku juga ikut bergelak ketawa melihat budak-budak baru ini membuat bunyi-bunyi binatang yang bersahut-sahutan, ada seseorang yang mencuri perhatianku. Setiap kali dia tersenyum betul-betul mencuit hatiku, orangnya kurus tinggi, rambut lurus melepasi paras bahu. Lesung pipitnya kecil di hujung mulut sebelah kiri dan matanya yang sepet. Dengan kening dilukis bentuk U terbalik, hidungnya bulat-bulat seperti kuih bom dan lip gloss itu 'just nice' bagiku.
"Kau tengok tu si munyit tu bah." Aku menyiku Iskandar di sebelahku.
"Siapa?" Iskandar berpaling pada aku.
"Si Munyit bah. Tu sana tu.. yang bajunya tulis 'spice up your life' tu
bah. Sana tu.." Aku memegang belakang kepala Iskandar supaya dia tahu dimana arah telunjuk ku.
"Ndak.. siapa kau cakap tadi? Apa kau panggil tadi?" Dia bertanya lagi, meminta kepastian.
"Si munyit bah. Issshh.. kau tinguk bah bunyi apa dia buat tu.. baru garu-garu bandannya bukan lagi tu munyit. Ertinya dia tu munyit, tu dia mencari kumpulan dia tu. Baru bunyi pun ndak kuat manalah jumpa tu munyit-munyit yang lain tu begitu."
"Kau biar betul?" Iskandar melihat aku denganpenuh tanda tanya.
"Uuuuh..aaah.. Uuuh..aah.. Uuuhhh..aaah.., sini kau munyit.. ni banyakkawan-kawan mu..," belum sempat aku menghabiskan kata-kataku dengan nada suarayang tinggi supaya boleh didengar si 'Spice up your life' sudah pula mulutku ditutupoleh Iskandar.

YOU ARE READING
Perjalanan Hidup Ku..
Ficción GeneralMengetahui bagaimanakah seseorang itu mengenali panggilannya, serta menyahutnya.. Panggilan mengisahkan cerita benar kehidupan seorang pemuda yang menyahut panggilannya untuk menjadi paderi. Suka duka dan cabaran yang terpaksa dia lalui hanya untuk...